Subuh semalam, sewaktu aku dalam perjalanan dari rumah ibunda nak ke JB untuk pulang bekerja setelah menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga (dan nak habiskan kemas rumah akibat banjir), kereta aku telah dicium. Huish!. Memang geram ler…
Tiba di satu tempat tu, ada 4 kereta di hadapan sedang berhenti. Lalu aku pun berhenti. Sebaik sahaja aku berhenti, telinga aku mendengar bunyi ‘sretttttttttt’ dum!. Kereta aku dah kena kiss lah. Hadoi!. Tak pasal-pasal bumper aku lekuk (dalam pula tu) dan salah 1 sensor aku rosak.
Yang melanggar tu pula, dah le takmo buat report dan claim insurance, konon nak ajak aku settle tepi, tapi 1 sen pun tak mahu bayar. Alasan, takde duit. Dah tu, siap boleh suruh aku tanggung kos repair kereta aku tu separuh pula. Mak aih! boleh gitu? Kau dah langgar kereta aku, pastu tak pasal-pasal aku pula kena keluar duit!.
Lepas tu pula, sibuk dok kata dia kena keluar duit untuk repair kereta dia lagi lah, kereta dia baru je cat, anak kaki patah lah…banyak la pula masalah ko ye?. Habis aku ni takde masalah ke?. Selfish tau ini orang. Dah dia langgar kereta orang, boleh pula nak cakap banyak. Whatever pun, kes accident ni, orang yang langgar tetap bersalah, tak kiralah apa pun yang orang depan lakukan sampai menyebabkan kau langgar kereta depan. Yang belakang tetap salah!.
Kereta aku tu, tak sampai pun setahun. Masih under warranty lagi. Tapi, of course lah tak boleh claim warranty sebab accident!. Pendek cerita, tadi petang aku buat juga report polis. Petang semalam lagi aku dah beritahu dia, suruh dia buat report polis. Tapi dia nampaknya keberatan. Aku peduli apa!. Aku nak claim insuran dia, dah dia langgar kereta aku dan tak mampu bayar. 1 biji sensor kereta aku tu pun, harga dah seribu lebih!. Tukar 1 set bumper original dengan 4 biji sensor, total almost 5k (tak termasuk service). Spare part kereta ni memang ler mahal. Mampu ke dia nak bayar?. Kalau mampu, time kejadian tu juga boleh hulur duit kat aku. Ni, 1 sen pun tak nak bagi.
Selain dari tu, kepala aku pun menerima hentaman akibat dia sondol kereta aku. Of course lah, dah aku sandar kepala aku kat seat. Weng juga lah aku semalam, tekak rasa loya je. Makan pun tak rasa apa. Aku pi klinik pun, sampai lupa nak bayar. Adik aku cakap dengan aku pasal warranty kereta dan suruh report polis pun, aku susah giler nak faham apa yang adik aku cakap. Yelah, kepala tengah weng. Aku demam lah juga. Demam terkujat!.
Semalam, sebelum tidur dah makan ubat. Susah juga lah nak lelap mata. Last-last dapat juga tidur nyenyak. Alhamdulillah, pagi ni bangun dah sihat. Masa aku buat report petang tadi, polis semak dalam sistem, orang tu still lagi tak buat report. Hmmm…kau memang cari pasal!. You kiss you pay, OK!.
p/s: Orang yang langgar mesti kena buat report polis dalam tempoh 24 jam. Kalau aku dah buat report, dia tak buat-buat juga report, atau memang lepas ni langsung tak nak buat report, boleh charge dia langgar lari.
p/s/s: Moral of the story: Kalau orang yang langgar takde duit nak bayar, time-time tu juga lah, pergi balai polis sama-sama. Jangan lepaskan orang yang langgar kita.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
alamak..kesiannye akak…lau dah buat report tu bgus la..akk sbr jela ye..bia undang2 yang tentukn..
p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)
****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****
Nak tnye, at the end ape yg trjadi? org tu dah buat report? sbb sy pun mengalami masalah yg sme. dh 3 minggu tunggu org tu belum buat report. taktahu mcm mane nak claim insurance die. sy dh buat report2 awal2. polis suruh tggu 2 minggu. tp dah lebih 2 minggu,
dalam kes saya polis keluarkan waran tangkap dan orang tu datang buat report. tapi tulah, bila saya claim insuran dia, yang bestya, after almost 1 year dari tarikh saya hantar dokumen claim, bila saya follow up tanya syarikat insuran dia, boleh pula dorang cakap, tiada dalam rekod, no plat kete saya dan juga no plat orang yg langgar tu. erm… malas dah nak fight dengan syarikat insuran tu. tak tau lah dorang buat apa dengan dokumen2 yang saya submit. last2 kos repair kete tu, insuran sy pula yang bayar. emmm… tah pepe..