Mac 2011: Ekonomi Johor berkembang pesat terutama di Wilayah Iskandar Malaysia. Ini membuka lebih 50, 000 peluang pekerjaan di seluruh negeri dalam pelbagai bidang.
Bagi jawatan Professional:
13, 000 jawatan kosong (seluruh negeri Johor),
5, 000 jawatan kosong (di Wilayah Iskandar sahaja)
Dijangka meningkat kepada 15, 000 kerja kosong pada tahun hadapan (2012).
Jawatan yang melibatkan pekerjaan asas -29,000 jawatan kosong
Perkeranian, juruteknik, perkhidmatan, pertanian dan perikanan, operator loji dan mesin pemasang – 3, 000 kekosongan.
Orang ramai terutama warga Johor boleh memperoleh maklumat pekerjaan tersebut dengan mengunjungi Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) yang akan menjelajah ke setiap daerah mulai April hingga akhir tahun ini.
Jadual Karnival Kepak:
20 hingga 24 April: Johor Bahru dan Kulaijaya
Mei: Kluang
Jun: Mersing
Julai: Kota Tinggi
September: Segamat
Otober: Batu Pahat
November: Ledang dan Muar
Disember: Pontian
Kaedah yang digunakan oleh Program Kepak:
1. Program Kepak akan memadankan pencari pekerjaan dengan majikan yang memerlukan kemahiran mereka.
2. Proses temuduga secara terbuka boleh dijalankan sepanjang program itu berlangsung.
Pada tahun ini (2011) sahaja, kepesatan Iskandar Malaysia telah menyumbang perkembangan industri elektrikal dan elektronik dan memerlukan lebih 2,000 pekerja berijazah. Taman Tema Legoland pula menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dengan kelayakan sijil kemahiran.
Sumber: Utusan
p/s: Wah! Banyak ni peluang pekerjaan di Johor. Nampak-nampaknya, Wilayah Iskandar dan Taman Tema Legoland benar-benar membantu perkembangan ekonomi negeri Johor.
nak cari kerja kosong
boleh ka kalau kelulusan saya cuma sampai tahap SPM jew nak memohon pekrjaan di iskandar malaysia? macam mana nak isi borang pekerjaan? tiada iskandar malaysia datang ke sabah lahad datu untuk interview kerja kosong?
nak cari kerja kosong..