Alhamdulillah, setelah setahun 3 bulan berblog menggunakan platform blogger, akhirnya hari ni aku berjaya juga mengumumkan perpindahan blog ke wordpress self-hosted. Sebenarnya domain ni aku beli seminggu yang lalu. Kiranya, aku mengambil masa selama seminggu untuk setting blog ni. Satu masa yang agak lama bagi aku.
Nak kata payah sangat setting wordpress ni tak lah juga sebenarnya, cuma aku memang ada lakukan beberapa kesilapan. Tu yang ambil masa lama untuk setting ni. InsyaAllah, aku akan kongsikan dengan korang pengalaman setting blog di wordpress self-hosted ni di entri lain nanti.
Aku tinggalkan blog lama (akumerpatiputih.blogspot) dalam keadaan:
Alexa Rank: 575, 942
Trafik Rank di Malaysia: 5,249
PR: 1
Rupa blog baru pula, macam yang korang tengok sekarang ni:
Alexa Rank blog baru: 5, 140,443 (wow! besarnya nombor =P)
Ni entri pertama yang aku hasilkan di blog WP ni, terasa sangatlah janggal. Takpelah, alah bisa tegah biasa. Lepas-lepas ni OK lah, kan. Hehe..
Sepanjang aku setup blog ni, ada 2 orang yang dah tahu pasal blog syaisya.com ni sejak dari hari pertama dia lahir, iaitu yoy (admin weirdobytes) dan azuanrazi. Terima kasih kepada mereka berdua ni atas support dan pandangan yang diberikan.
Tapi, dalam hal aku nak merahsiakan kehadiran blog baru ni sementara dia disetting, tiba-tiba malam tadi ada pula 1 komen masuk dari Fitrihadi:
Terkejut beruk aku bila baca komen ni. Macam mana pula dia boleh jumpa blog ni, sedangkan aku tak redirect lagi blog lama ke sini, dan aku block search engine dari crawl ke blog ni. Haha…kemain lagi nak sorok-sorok, tau-tau kantoi pula dengan si Fit ni. =D
OK, sekian sahaja entri perasmian blog domain sendiri ni. Hope you all enjoy reading syaisya.com ni, ya. <^.^>
Tahniah akak sebab dah berjaya menggunakan domain sendiri..hehe..saya pun terasa bangga lak..hehe..=)
wahhh..dah ade domain sendiri…congrats!!
Boleh la ajar Jamal macam mana nak pakai wordpress lepas nie ye..:-)
alahai jamal, jamal lagi otai lah. jangan lah cakap cam tu