Logo Liga Perdana Keputusan perlawanan ketujuh Harimau Muda B vs USM FC pada 31 Mac 2011  menyaksikan Harimau Muda B gah menewaskan USM FC, 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Dengan ini, skuad Harimau Muda B berjaya menduduki tangga ketiga liga dengan 12 mata di belakang Selangor PKNS dan ATM FA.

Pada minit ke 28: pemain USM FC, Mohamed Shahril Sidek diarahkan keluar padang setelah menerima kad kuning kedua kerana menjatuhkan kapten Harimau Muda B (D. Saarvindran). Kejadian ini menyebabkan USM FC terpaksa berlawan dengan 10 orang pemain sahaja.

Pada minit ke-40: Muhammad Farizzuan Azhar berjaya menjaringkan gol pertama untuk skuad Harimau Muda B setelah mendapat hantaran lintang dari rakan sepasukan.

Pada minit ke-80: Benteng pertahanan USM FC semakin lemah dek kerana menerima asakan bertubi-tubi menyebabkan Harimau Muda B berjaya menjaringkan gol ke-2 melalui Ibrahim Aziz.

p/s: Tahniah skuad Harimau Muda B. Semakin maju ke hadapan. =D

Kongsi artikel ini dengan rakan anda di Facebook dengan menekan button ‘share’ ini.

BACA JUGA :  KEPUTUSAN MALAYSIA LAWAN VIETNAM AFF SUZUKI CUP 2010: SEPARUH MASA KE-2 (VIETNAM 18 DISEMBER)
error: Content is protected !!