PendambaRahmat mengajak aku mengenang kembali kenangan zaman sekolah rendah dulu. Hoyeah, zaman sekolah rendah, zaman hingus meleleh, zaman comot selekeh sana sini.

Nak imbau kembali zaman sekolah rendah ni satu persatu, mengikut darjah. Hehe….

Darjah 1

Sekolah rendah tempat aku belajar merupakan bekas hospital ketika zaman penjajahan Jepun. Maka, setiap kelas hanya dipisahkan oleh dinding dan tiada pintu.  Bangunan lama kan, masih lagi kekal hingga hari ini. Setiap hari, aku belajar ditemani seekor burung hantu. Burung hantu pun nak belajar kat sekolah juga, tau. Hehe..Tapi sebenarnya dia tak dengar pun apa yang cikgu ajar, sebab dia pejam mata, tidur je. Cuma tak berdengkur je. Alaa…nama pun burung hantu kan, siang tidur lah.

Satu hari ketika cikgu tengah mengajar, tiba-tiba dinding diketuk oleh beberapa orang pelajar. Aku lihat pelajar-pelajar tersebut memasuki ke kelas aku. Di tudung, atau baju mereka, terdapat sehelai kertas yang bertulis “Saya Budak Malas”. Rupanya pelajar-pelajar tersebut kena denda sebab tak siap kerja  rumah dan dikehendaki pergi ke setiap kelas dengan kertas ditampal di pakaian masing-masing.

Darjah 2

falsafah matematik

Selepas cikgu Matematik selesai mengajar, cikgu menyenaraikan beberapa muka surat di buku latihan untuk disiapkan. Aku dan rakan-rakan semua pun membuat latihan yang diberikan. Setelah menyelesaikan semua soalan tu, aku mula kebosanan. Dah tak tahu nak buat apa, sebab semua soalan dah siap. Nak kacau kawan, aku lihat masing-masing tekun menyiapkan kerja.

Aku pun angkat tangan dan beritahu cikgu yang aku dah siap semua soalan. Cikgu pun tambah lagi bilangan muka surat untuk disiapkan. Yeay, ada kerja!. Aku tak bosan. Aku pun buatlah setiap muka surat yang cikgu suruh. Setelah siap, aku angkat tangan lagi.

Aku: “Cikgu, dah siap”.

Cikgu: “Dah siap?. Sabar, Sya, cikgu tak boleh tambah lagi kerja, budak lain tak siap lagi”.

Huhu..bosan lah. Aku pun selak muka surat sebelah. Alaa..buat jelah, walaupun cikgu tak suruh. Mana yang aku boleh buat, aku buatlah. Mana soalan yang aku tak boleh jawab, aku tinggalkan. Tunggu cikgu ajar pada kelas yang berikutnya.  

Darjah 3

Eh, apa ek yang best masa darjah 3. Haha..tak ingat dah..atau takde yang special untuk diingati. Weeee…

Darjah 4

senam berirama

Aku mula melibatkan diri dalam acara senam berirama untuk hari sukan sekolah. Position aku pula di bahagian tengah dan depan sekali sebab ketinggian aku yang tak tinggi ni. Hehe..So, setiap hari berjemur di tengah padang. Kadang-kadang seharian aku di padang. Pelajaran memang banyak tercicir.

Tapi, aku tak pernah tak siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Setiap hari, kawan aku akan senaraikan kerja sekolah yang cikgu berikan, dan aku siapkan sendiri di rumah. Satu hari tu, aku tak tahu langsung macam mana nak jawab soalan tu, sebab aku tak berada di kelas ketika cikgu mengajar.

BACA JUGA :  iPHONE 5 GADGET IMPIAN SHARIDAWATI.BLOGSPOT.COM GIVEAWAY

Apa yang aku buat masa tu, aku tadah tangan dan berdoa pada Allah, agar berikan aku idea untuk menyelesaikan kerja rumah tersebut. Lepas tu terus aku dapat idea macam mana nak jawab soalan tu. 

Yang pastinya, prestasi akademik aku agak terkucil sikit masa darjah 4.  Namun, Alhamdulillah, masih berjaya menempatkan diri dalam kelas pertama untuk sessi pembelajaran darjah 5, tapi nyawa-nyawa ikan lah time tu. Dah hampir nak kena tolak ke kelas no.2. Start dari darjah 4, sekolah aku mula me’ranking’kan student mengikut prestasi akademik masing-masing.

Darjah 5 

Aku masih sibuk dengan persembahan senam berirama. Kali ni bukan untuk hari sukan sekolah, tapi untuk Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri. Fuuhhh..sampai sekarang aku masih ingat pengalaman membuat persembahan di hadapan orang ramai ni. Setiap step kena ingat. Dah ler aku orang pertama yang masuk ke padang,  center lah katakan. Depan sekali pula tu. Bila dah berada di hadapan, perlulah membawa satu barisan yang aku lead. Kalau aku tersilap bawa, alamatnya, huru-hara lah formasi yang cikgu dah ajar. Huhu…

Darjah 6

diam ler

Pengalaman yang aku ingat sampai sekarang. Sebenarnya, dari darjah 4 lagi, semua cikgu tak suka budak-budak kelas aku. Kami terkenal dengan tahap kebisingan yang melampau. Pantang kalau cikgu tiada dalam kelas. Kelas dah tak jadi kelas, dah jadi pasar ler gamatnya.

Mana ler cikgu-cikgu nak suka. Setakat pandai, tapi kuat buat bising. Lepas tu, dapat banyak komen dari cikgu-cikgu, mengatakan yang kami sombong, tak nak campur dengan budak kelas lain. Hadoyai!. Memang macam tu lah budak-budak kelas aku. Aku pun tak suka, sebab diorang ni berkelompok. Memang diorang ni pilih bulu. Iyolah, ibu bapa aku tak kerja best macam ibu bapa diorang. Aku pun bukan top 10 dalam kelas tu.

Cikgu kelas aku pun dah tak tahu nak buat apa dengan kami. Memang tak boleh nak kawal lagi dah tahap kebisingan kami. Apabila cikgu tak berada dalam kelas, cikgu arahkan ketua darjah untuk jadi spy, catat nama-nama budak yang buat bising.

mata-mata gelap

Lepas cikgu masuk kelas, nama-nama yang tersenarai akan didenda. Cikgu pun dendalah kena bayar duit 20 sen kat cikgu. Owh! Budak-budak tu semua dengan baik hatinya bagi cikgu duit. Tak heran pun dengan duit. Tak serik kena denda duit dah melayang. Kelas bising juga lagi.

Kali ni, cikgu denda kena menyanyi pula kat depan kelas. Pada pendapat cikgu, kalau kena denda nyanyi, nanti malu, maka pelajar akan senyap. Tapi sangkaan cikgu tu meleset. Mereka nyanyi dengan muka tak malunya. Bagi kawan-kawan aku tu, apa yang nak dimalukan, semuanya perempuan (aku sekolah perempuan).

Satu hari tu, sebelum cikgu tinggalkan kelas, cikgu pun ugutlah. Kalau siapa bising, saya tolak markah ujian 10 markah. I tell you what, kelas tu senyap terus. Takde orang pun yang buka mulut, bercakap. Semuanya alim. Haha..kali ni cikgu sudah tahu apa yang kami sayangkan. Kami memang tak sayang duit, tak sayang air muka, tapi kami sayang markah. Well, apa lagi kan yang budak kelas pertama sayangkan, kalau bukan markah!.

BACA JUGA :  GIVEAWAY DOMAIN FROM MELROMEO.COM

Cikgu pun dengan bangganya memberitahu cikgu-cikgu lain kelemahan kami. Haha…itulah…antara yang mencuit hati aku juga dengan karenah rakan-rakan sekelas ni. Nama aku memang tak pernah tersenarai dalam ‘nama budak buat bising’, sebab aku ni memang pendiam. Tambahan pula, spy cikgu tu duduk kat depan aku je. So, bila aku buka mulut je bercakap, dia suruh aku diam, dan dia tak pernah letak nama aku. Kawtim baik punya… Hehe..

*********

Itulah dia, antara kenangan indah aku semasa di bangku sekolah rendah. Lepas tu, kat sekolah menengah, aku pun tak nak dah duduk dalam kelas pertama. Tak berapa suka dengan beberapa sifat budak kelas pertama ni. Aku lagi selesa berada di kelas pertengahan.  Tak berada di atas, tak juga di bawah. Yang penting masa PMR buat betul-betul. Peperiksaan akhir tahun tu, buat main-main sikit, supaya tak yah duduk kelas atas nun. Huhu..

 Untuk contest ni, kena tag 2 orang. Maka mangsanya ialah aurikelsan dan broframestone. Nak join, klik SINI.

 
error: Content is protected !!