Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, (komposer dan penulis lirik) menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 2 April 2011, jam 8.30 malam (menurut Kosmo), jam 8.15 malam (menurut Bernama).
Arwah telah menderita sakit saraf selama 6 tahun. Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan selepas zohor (3 April 2011) di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk, Port Dickson.
Arwah pernah mencipta lagu untuk penyanyi Jamal Abdillah dan Anita Sarawak. Beliau pernah mendirikan rumahtangga selama 2 kali dan mempunyai 5 orang anak bersama isteri pertamanya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.
Sumber: Bernama, Kosmo.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan button ‘Share’ ini.