kalau aku bukan blogger

Weh! Kalau aku bukan blogger….

1. Aku akan jadi seperti aku dulu sebelum bergelar blogger…

Time tu, waktu malam aku rasakan macam terlalu lambat masa berlalu. Tak tahu nak buat apa, blur je. Then, decide nak beli broadband, dalam fikiran ni, dengan wujudnya line internet di rumahku, maka aku bolehlah surfing. Surfing punya surfing sampai dah tak tahu nak buat apa. Sampailah 1 hari tu, aku mengenali dunia blog dan tersampai seru nak berblog sendiri (tapi tak terfikir pun time tu nak berhosting sendiri segala bagai). Hik2.

Weh! Kalau aku bukan blogger….

2. Aku tak ambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling. Sememangnya dari dulu, aku ni ibarat katak di bawah tempurung, dan tempurung tu memang takde tingkap, takde aircond. Aku hanya tahu duniaku sahaja. Surat khabar memang tak beli dan tak baca. Berita pula memang tak dengar. Hatoi! Tah apa-apa je. Tapi bila dah jadi blogger ni, telinga ni alert lah pula tentang apa yang berlaku di luar tempurung ni.. Kira sekarang ni, walaupun tempurung dah ada tingkap, tapi aku pun dah tak nak duduk kat bawah tempurung tu lagi. Lihatlah, pandanglah, dengarlah..segala yang berlaku disekelilingku..hik2.

Weh! Kalau aku bukan blogger….

Udah ler tu Abang Zam oi! aku dah penat dah ni. Huhu <-0.0->

Aku join segmen Abang Zam lah ni, sebenarnya. 😛

BACA JUGA :  ZAIKULIM'S 1ST GIVEAWAY
error: Content is protected !!