ustaz amirul tv3

Ustaz Amirul merupakan Drama bersiri Slot Zehra TV3, ditayangkan sebanyak 13 episod setiap Jumaat, jam 9 malam. Aku mula mengikuti drama Ustaz Amirul ini sejak Episod 3. Kali pertama menonton drama ini, aku mula terfikir yang drama ini mempunyai banyak maksud tersirat yang ingin disampaikan. 

Drama ini mengisahkan seorang ustaz yang berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan, termasuk difitnah  memperkosa Anita (ZarynMin), seorang gadis di kampungnya yang tergila-gilakan Ustaz Amirul (lakonan Ashraf Muslim).

Drama ini juga memaparkan bahawa ustaz juga adalah manusia biasa yang tak lari dari tuntutan fitrah semulajadi manusia. Walaupun Ustaz Amirul sangat menyayangi Adawiyah, sehingga mengatakan bahawa, apabila sebut sahaja perkataan “wanita”, hanya satu wanita yang akan dibayangkannya, iaitu “Adawiyah” (lakonan Eira Shazira).  

Namun,  Ustaz Amirul tidak dapat menjejaki Wiyah yang membawa diri setelah kecewa ditinggalkan Amirul, yang melanjutkan pelajaran di Mesir. Dalamnya cinta Amirul terhadap Wiyah, tapi Amirul berkahwin dengan Munirah (lakonan Sti Saleha). Ketika itu, Amirul sudah berasa dia wajib berkahwin.

Wiyah kembali di saat-saat Amirul mahu berkahwin. Tapi Wiyah tidak pernah mengganggu rumah tangga Amirul, malah merestuinya. Namun, Wiyah sebenarnya menaggung sakit barah pangkal rahim, akibat ditipu menjadi GRO ketika dia menghilangkan diri.

Munirah yang sememangnya menpunyai hubungan yang baik dengan Wiyah, bersimpati dengan Wiyah dan mengatur perkahwinan untuk Amirul dan Wiyah.

Mereka bermadu. Ustaz Amirul pula kini beristeri dua. Pening juga kepala Ustaz Amirul untuk menjaga  hati dan berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya, terutama sekali ketika sakit Adawiyah semakin kritikal dan pada masa yang sama, Munirah mengandung.

Munirah berasa cemburu dengan Adawiyah kerana mendapat lebih perhatian dari Amirul, sehingga Munirah sanggup menuduh Adawiyah pura-pura sakit semata-mata untuk memancing perhatian Amirul . Berlaku salah faham antara kedua-dua isteri ustaz ini. Makin peninglah kepala Ustaz Amirul.

Akhirnya, Wiyah pergi menyahut seruan Ilahi dalam keadaan yang sangat tenang.  Ending cerita menunjukkan Adawiyah meninggal dengan bepakaian serba putih, baring terlentang dalam keadaan Qiyam.

Huhu..aku pula time tengok Wiyah tu meninggal, boleh la pulak meleleh-leleh air mata ni. Ngeh2..Padahal aku dah tahu dah yang Wiyah akan meninggal sebab dia nak beli kain putih dan buat baju untuk mereka seisi keluarga.

Apapun, secara keseluruhannya, aku suka cerita ni. Banyak maksud yang tersirat sebenarnya, yang cuba ditonjolkan dalam cerita ini. Sepanjang cerita ni, aku layan berdua dengan roomate ku, kecuali episod terakhir. Aku tonton sorang-sorang sebab roomate ada Dinner. Kalau tonton dengan roomate, confirm aku tak nangis. Ada orang kan, so kenalah cover. Kalau sorang-sorang tu lain lah, kan. Allah, malaikat dan syaitan je yang nampak aku nangis. Hik hik hik.  =D

p/s:

1. Bermadu itu menyakitkan.

2. Bukan senang nak jaga hati wanita, kerana hati wanita lembut dan mudah terguris.

3. Bagi aku, Ustaz Amirul lebih sayangkan Adawiyah berbanding Munirah. 

BACA JUGA :  INDERA JONED SLOT AKSI TV3

4. Ustaz juga manusia biasa.

 

error: Content is protected !!