Pernah tak anda ditanya atau terjumpa dengan soalan di atas?. Soalan ni aku jumpa di dalam komen satu blog post tu. Tak ingat blog post kat blog yang mana satu. Tapi, aku sendiri pernah diajukan soalan tentang buat duit dengan blog ni (Nuffnang) oleh bukan blogger (housemate aku).
Masa aku cakap dekat dia dengan muka yang happy sangat dapat duit dari Nuffnang ni, 25 sen untuk 1 iklan selama seminggu, memang dia buat muka je. “Bila boleh kaya macam tu?“. Tu lah soalan yang diajukan semula pada aku.
Erk! Bila boleh kaya?. Aku nak kaya dengan Nuffnang ke?. Aku jawab “ada je orang yang dapat beribu-ribu setiap bulan dari Nuffnang ni je”. Hakikatnya, aku pun bukannya berniat nak jadi kaya raya hanya dengan Nuffnang ni.
Earning dari Nuffnang ni sebagai duit poket tambahan je lah untuk aku, di samping aku seronok-seronok berblog mengisi masa lapang yang ada. Daripada aku dok surfing yang bukan-bukan tak tentu hala, baik aku buat blog. Sekurang-kurangnya ada yang dapat manfaat dari blog aku ni. InsyaAllah.
Walaupun aku tahu blog aku ni tak best mana dan tak famous mana pun, tapi bukan glamour yang aku kejar. Blog ni dah jadi sebagai sebahagian dari hidup aku. Itu je.
Berbalik semula kepada soal buat duit dengan Nuffnang, best ke tidak, kalau tanya aku memang aku jawab best ler. Ketuk-ketuk keyboard buat entri pun boleh je dapat duit. Memang aku tak expect nak dapat banyak sangat pun dari blog ni. So, dapat cash out beberapa kali pun kira OK lah kan, siapa nak kasi?. Sekurang-kurangnya tiap-tiap hari ada duit masuk walaupun beberapa ringgit, Alhamdulillah, aku senyum je juga.
Bukannya apa, buat apa aku nak paksa diri sangat kalau nak berhempas pulas pun untuk dapatkan duit banyak-banyak dari Nuffnang. Aku tahu ada banyak cara lagi untuk buat duit dari internet, amnya dan buat duit dari blog, khususnya.
Malas nak mengharap sangat dengan Nuffnang sebenarnya, kalau terlebih mengharap karang frust pula. Silap-silap haribulan, berhenti berblog terus. So, apa yang aku buat sekarang ni, just update je blog ikut suka hati aku. Ada BE Nuffnang nak bagi, Alhamdulillah. Aku terima dengan senyuman manis. Kalau takde pun, takpe, esok lusa adalah tu nanti.
Erm…sekarang ni kalau tengok earning yang tertera, jumlahnya memang dah boleh cash out, tapi kena tunggu BE tu gugur jadi Metered lah. Hehe.. tangan aku ni memang gatal, pantang tengok dah cecah RM50 je, mesti sibuk nak cash out. Tapi of course lah aku tetap suka kalau iklan-iklan BE tu joget lama-lama dalam blog aku. Lagi lama dia joget, lagi banyak lah aku boleh kaching!. 😀
Kalau nak buat duit dari blog memang memerlukan kesabaran. Kalau nak happy berblog, tak boleh fikirkan sangat pasal duit. Nanti boleh cepat down!. Tapi ramai je orang yang dah berjaya buat duit dengan blog, tu kena banyak belajar dari mereka-mereka yang dah berjayalah. Nothing imposibble. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, tak semestinya kena ikut highway je. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. 😀
p/s: Selain dari Nuffnang, boleh juga buat duit dengan jawab survey. Boleh tambah-tambah lagi duit poket. Dengan Churp Churp pun boleh dapat duit juga.
yup, sronok dpt duit dr blog ni, sbb kita pun utk2 suka2 je dpt duit.. hehe rmai org mg;h xdpt duit dr uffnang, tp mrka xsdar cara mreka tu slah 🙂
Boleh kaya dengan Nuffnang ni kalau ada ilmu Nuffnang. Kena cari ilmu dari mereka yang pakar pasal Nuffnang ni…. 🙂
earning dari nuffnang tu anggap macam bonus je.. best atau tak, biarlah orang yang rasa sendiri je yang tau.. yang tak buat mana la nak tau
Hik2..betul, sokong sangat. Dia pelik kot dengar dapat 25 sen je pun suka. hihi…mula2 25 sen la, lama2 dah lebih dari tu.
Nuffnang oh Nuffnang..
“Nuffnang Sana-Sini ( I QUIT ??? )”
Saya pun anggap hasil dari Nuffnang sebagai hasil sampingan jer..Langkah Seribu Bermula Dari Langkah Pertama.
gud luck
hehe.. nice answer.. happy blogging..
luahan dari hati ni!!
Kalau asyik asyik je pikir nak earning dari nuffnang ni,baik tutup je blog…
buat blog yang berkualiti,
hati happi,
earning dtg sendiri…
Setuju sangatlah dengan Blog Nwe
Setakat ni x nampak hasil lagi la ngan Nuffnang ni..
Kena pasang iklan Nuffnang dulu, baru boleh dapat hasilnya.
haha.. kalau kaya tu.. x lah kan bagi saya sebab blog trafik saya 10 je shari..hehe… tp, untuk suka2 tu, ok lah.. hehe
sikit sikit lama lama jadi bukit
Entry Terbaru Saya — Rahsia Pemasaran Email Sebenar + Bonus Paling Hebat
yup betul. untuk suka2 ok ler..
akak dah pasang iklantu tapi tak der hasil lagi.. camner caranya yang terbaik untuk akak memperkenalkan blog akaktu..
dapat merasa 50 hengetpun okler.
ada banyak cara nak perkenalkan blog, antaranya ialah ping di gengblogger, blogged.my, boleh join apesal.com, gengcyber dan macam-macam lagi. Selain dari ping, boleh blogwalking dan tinggalkan komen. InsyaAllah, nanti ramai lah yang akan kenal blog akak. Cara paling mudah, belajar pasal SEO, then, cuba tackle pakcik google, supaya dia boleh bawa visitor ke blog kita. Kalau visitor ramai, chances untuk iklan diklik adalah lebih tinggi. InsyaAllah, jika kita berusaha dengan cara yang betul, akan nampak hasilnya nanti. Just blogging happily. Good luck, ya kak.
Tingkatkan traffic
owhh . . kiranya setiap kali orang klik, kita dapat duit lah yerr ??
sorry kurang mahirr bab-bab ni . . .
tengs for the info syaisya, untuk bagi traffic naik
salam…hebat dan otai lah gitu dapat ribu-ribu…ty..