One FM, Fly FM dan Hot FM dengan kerjasama Saito College menyediakan peluang penajaan pendidikan  bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan dan mempunyai daya kreativiti serta prestasi akademik yang membanggakan. Biasiswa ini menyediakan dana kewangan untuk pelajar terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, serta peluang untuk menjalani latihan industri bersama Hot FM, Fly FM atau One FM.

Dengan skim bisiswa ini, (1) pelajar yang terpilih bakal menerima tajaan untuk yuran pengajian mereka untuk kursus-kursus seperti:

  • Diploma Pengiklanan Kreatif
  • Diploma Senireka Grafik
  • Diploma Senireka Multimedia
  • 

Kelayakan Memohon

  • Berminat untuk menyambung pengajian di Saito College
  • Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan ke bawah pada 2011.
  • Pemohon perlu menunjukkan prestasi / keputusan yang baik dan konsisten.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam SPM.
  • Minimum GPA 3.00 dalam 3 subjek di peringkat STPM.
  • Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Tidak mempunyai kontrak / terikat dengan syarikat / organisasi lain.
  • Pemohon tidak boleh / pernah menerima biasiswa atau tajaan kewangan daripada organisasi lain.
  • Keperluan kewangan perlu disokong dengan bukti yang kukuh.


Terma dan Syarat:

  • Biasiswa ini hanya untuk pengajian sepenuh masa dan kursus yang ditawarkan di Saito College Malaysia.
  • Penerima biasiswa juga perlu patuh pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Saito College.
  • Keputusan mengenai semua aspek penajaan adalah muktamad. Sebarang bantahan / rayuan tidak akan dilayan.
  • Hot FM, One FM, Fly FM dan Saito College mempunyai hak mutlak untuk mengubah, menukar, menambah atau mengeluarkan sebahagian daripada terma dan syarat dari masa ke semasa.
  • (1) Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat tawaran biasiswa dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Biasiswa Yang Ditawarkan

RM32,100 termasuk yuran pengajian.

Cara Untuk MemohonPemohon perlu melengkapkan borang online ‘Biasiswa One, Fly dan Hot FM’ dan hantarkan dokumen sokongan seperti:

  • Resume terkini – termasuk aktiviti ko-kurikulum, pencapaian pemohon.
  • (1) portfolio mengenai hasil seni pemohon.
  • Borang J / Cukai pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga.
  • Sijil pengajian tertinggi. Contoh: SPM.
  • Gambar berukuran passport.
  • 

Tarikh Tutup

Permohonan online perlu diterima oleh pihak kami sebelum 10 Jun 2011. Permohonan yang lambat tidak akan dilayan.

Kriteria Pemilihan

  • Pemohon yang disenarai pendek perlu menghadiri sesi temuduga untuk pemilihan akhir.
  • Untuk sesi pemilihan, pihak pengurusan akan melihat pada kriteria-kriteria seperti:
    • Potensi / kreativiti pemohon.
    • Latar belakang akademik dan ko-kurikulum.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi SAITO KOLEJ.
Sumber rujukan: http://lol.hotfm.com.my/istimewa/saito/

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

BACA JUGA :  BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2011
error: Content is protected !!