Drama Mantera Anjasmoro sebanyak 13 episod ini telah ditayangkan di TV3 sejak 3 Mac 2011, setiap Khamis, pukul 9.30 malam. Drama seram ini lebih banyak menampilkan adegan suspens dan permainan emosi berbanding paparan makhluk halus atau hantu secara terbuka.
Pelakon Utama
Sharifah Shahriza (Sabrina)
Adi Putra (Zahid)
Fouziah Gous (Suria)
Raja Norbaizura (Ramona)
Pengarah:
Aidilfitri Mohamad Yunos
Penerbit:
Nor Aliah Lee
Penulis Skrip:
Sofia Aliza.
Kelainan drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak. Drama ini menceritakan tentang wanita yang menggunakan ‘pendamping’ untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya.
Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.
Nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.
SINOPSIS MANTERA ANJASMORO
Drama ini menampilkan sepasang suami isteri, Zahid dan Sabrina yang berjaya dalam karier masing-masing. Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan baik Sabrina iaitu Suria.
Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan. Sabrina sering berjumpa dengan Ramona untuk mengikat suaminya supaya suaminya hanya ingat padanya sahaja, tidak pandang pada perempuan lain dan tidak fikir untuk mengambil anak angkat kerana dia sudah tidak boleh mengandung setelah kandungan pertamanya gugur.
ENDING MANTERA ANJASMORO
Sabrina telah sedar yang selama ini dia dipergunakan oleh Ramona. Anak dalam kandungannya juga diambil oleh Ramona. Ramona sebenarnya menuntut janji nenek moyang Sabrina untuk menyerahkan setiap anak perempuan pertama mereka kepadanya ketika moyang Sabrina meminta bantuan Ramona agar suaminya sentiasa menurutinya. Perjanjian mereka berbunyi seperti ini:
“Setiap anak perempuan pertama dari keturunan mu semuanya adalah hak aku”.
Walaupun Sabrina telah sedar, tapi sudah terlambat. Ramona tetap mengambilnya sebagai pengikutnya sehingga akhir hayat. Menurut Ustaz Kalam, ustaz yang cuba mengubati Sabrina dan Zahid, mereka berdua tidak akan kembali setelah Sabrina, yang ketika itu badannya dimasuki Ramona, membawa Zahid dari hospital ke sarang Ramona.
p/s: Kesian sangat aku tengok Zahid tu dalam cerita ini. Dia menderita akibat perbuatan sesat isterinya sendiri.
Pengumuman: PEMINAT PERODUA BERPELUANG MEMENANGI RM10 RIBU MELALUI CONTEST INI.
Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.
emm..camtu ceritanya..dah lama tak tengok drama kat tv3 ni. sibuk aje memanjang.
best citer ni. ramai yang tengok. dia lain dari cerita seram yang lain
Saya seorang follower cerita tu. Dah tamat pun. Saya seperti terkejut dengan penyudahnya. Namun saya faham maksud cerita tersebut. Perkara-perkara ‘khurafat’ dan pergantungan kepada selain Allah itu wajib dihindari. Bila sudah terjebak, payah berpatah balik.
Zahid itu wajar dikasihani. Namun jika dalam awalnya dia mendengar keluhan dan rintihan isteri(perihal mimpi dan misteri dialami), serta mencari cuba menyelesaikan masalah yang menghantui Sabrina secara Islami, mungkin keadaan tidak seperti itu. Tapi taklah jadi cerita pulak yeh…
Hehe…tu lah, penyudahnya tu buat saya ternganga. Habis dah?. Alaa…tapi nak buat macam mana kan, cerita sekarang ni memang banyak ending cenggitu je. Mereka suami isteri memang tak berapa nak amalkan cara hidup islam. Kawan siap pelik lagi, ibu bapa Zahid tu OK pula cara hidup mereka. Hik2…Nak buat camne kan, dalam realiti hidup ni pun, memang banyak keluarga yang macam ni.