ariffshah

Hehe,..hari ni join contest lagi. Memang itulah kerja aku sebagai blogger ni. Dah macam addict dah nak join-join contest ni. Ni adalah pelengkap kepada GA ARIFFSHAH NAK BAGI WANG TUNAI RM500. Memang ramai yang join contest ni. Cuba jelah kan, kot lah ada rezeki aku.

Ariffshah beserta blognya adalah antara blog terawal yang aku kenali ketika awal-awal berkecimpung dalam dunia blog ni. Aku mula mengenali blog Ariff Shah melalui GengBlogger (GB), sebab Ariff Shah ni salah seorang moderator GengBlogger.com.

Pertama kali masuk ke blog beliau, jari-jemari aku ni bagai digerak-gerakkan untuk klik kepada entri-entri lain. Begitulah aura yang terdapat dalam blog Ariffshah ni. Baca 1 entri je rasa tak puas.

Pernah juga aku melepak berjam-jam lamanya di blog Ariff Shah, hanya untuk skodeng Ariff. Ops! Hehe..biasalah tu kan, part time stalker. 😀 Saja je nak tahu empunya blog tu. Aku memang suka membaca pemikiran penulis blog. Blog pun aku baca, tentang diri dia pun aku baca. Tahlah, hobi baru aku kot, sejak aku berblog ni. Semestinya bukan blogger bernama Ariff Shah sahaja yang pernah aku skodeng.

Ni lah dia gerangannya Ariff Shah. Ada pernah terserempak kat mana-mana tak?

 

Blogger newbie memang biasanya akan kenal Ariff Shah ni. Yang bukan newbie dan lama berblog pun kenal juga Ariff. Yang bukan blogger pun kenal Ariff juga. Eh!. Yeke?

 

Ariff Shah di akhbar Kosmo Infiniti

 

Ariff Shah di ManggaOnline

 

Ariff Shah di NST

 

See! Dah banyak kali dah cerita tentang dia dan blognya di dada-dada akhbar. Kalau dah muka masuk paper tu, mestilah akan dikenali ramai. Ya tak?. Itulah Ariff yang menonjol kerana penulisan-penulisannya di blog.Ariff.

Penulisan yang bagus dan bermanfaat, maka dapatlah sambutan hangat. Seawal pembabitan aku dalam dunia blog, ariffshah.com adalah salah 1 tempat aku menimba ilmu berblog.

Memang banyak tips-tips berblog, terutama tips SEO dari Ariff yang telah aku pelajari.  Cara penyampaian yang mudah difahami menyebabkan aku senang menyedok ilmu dari blog beliau.

Kejayaan demi kejayaan yang ditempa beliau dalam dunia blog telah banyak memberikan inspirasi kepada blogger-blogger lain untuk teruskan berblog dengan cemerlang.

Macam-macam hadiah mahal dah Ariff Shah ni menang. Sebelum ni menang iPad Touch. Paling terkini, beliau berjaya memenangi pertandingan menulis entri anjuran FamousBloggers.net, ComLuv.com dan iBlogZone.com, dan kemenangan ini memartabatkan beliau sebagai famous blogger di peringkat antarabangsa.

Oklah, sampai sini jelah cerita tentang pelajar Malaysia di Moscow bersama blognya (blog.ariff). Sebenarnya aku nak berceloteh panjang lagi, tapi masa tak mengizinkan. Aku perlu menelaah buku-buku dan jurnal-jurnal untuk menyiapkan proposal Master aku ni. Huhu….banyak betul nak kena baca ni. 🙂 Korang nak tahu lebih lanjut tentang blogger yang seorang ni, skodeng je lah blog dia di ariffshah.com

BACA JUGA :  HADIAH DARI 2 ORANG BLOGGER LELAKI KACAK

p/s: Alhamdulillah, siap juga entri ni. Hik2..join di saat-saat terakhir. 😀

error: Content is protected !!