Sayangnya DIA padaku
DIA selalu berikan apa yang ku pinta
DIA selalu berikan apa yang kuhajati
Sayangnya DIA padaku
Walau aku sering melupakanNnya
Walau aku melakukan laranganNya
Sayangnya DIA padaku
DIA sentiasa mendengar rintihan hatiku
DIA sentiasa melihat perbuatanku
Sayangnya DIA padaku
Mengapa aku tidak dapat menyayangi diriku sendiri?
Sepertimana DIA menyayangiku?
Sayangnya DIA padaku…
Aku…
Manusia yang lemah
Aku…
HambaNya yang sering alpa
Aku…
Punyai banyak kekurangan
Aku….
Aku ingin berubah.
Aku tahu…
Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya
Aku tahu…
Harta itu racun,
zakat itu ubatnya
Aku tahu…
Bercakap sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya
Aku tahu…
Anugerah umur itu racun,
ketaatan itu ubatnya
Aku tahu…
Semua tahun dalam kehidupan itu racun,
Ramadhan itu penawarnya
Aku tahu…
Aku mahu berubah.
Contest aku ingin berubah dianjurkan oleh Muslimah Optimis.
semoga berjaya 🙂
thanks.
satu perkongsian yang menarik.. terima kasih kerana sudi join..sebarang update akan dimaklumkan di Laman Muslimah Optimis..tq