SINOPSIS KONGSI
Filem Kongsi merupakan filem aksi komedi arahan Farid Kamil, memfokuskan pada siasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap satu kes pembunuhan bersiri ketua-ketua dan ahli-ahli yang berpengaruh 3 kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga kumpulan kongsi gelap ini menuduh antara satu sama lain kerana mereka tidak tahu pembunuhan ini dilakukan oleh siapa. Setelah mengetahui pembunuhan ini dilakukan oleh seorang pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam), mereka semua berusaha untuk menangkap Tumulak. Pembunuhan ini dirancang oleh Kimpedu (Bront Palare) yang mahu menguasai kawasan – kawasan hitam di Malaysia daripada kumpulan kongsi gelap Malaysia. Setelah identiti Tumulak dapat dikesan, Inspektor Shariff sebenarnya mengenali rapat pembunuh upahan itu. Apakah kaitan antara Inspektor Shariff dan Tumulak?. Berjayakah pihak polis menangkap Tumulak?.
PELAKON UTAMA KONGSI
Putri Mardiana, Shaheizy Sam, Azad Jasmin, Norliana Samsudin, Fizo Omar.
PANDANGAN SYAISYA TERHADAP FILEM KONGSI
Ni pandangan tulus ikhlas aku terhadap filem Kongsi ni. Semalam aku tengok kat panggung memang panjang betul barisan. Aku tahu, memang ramai yang menunggu Filem Kongsi ni keluar panggung. Aku juga mempunyai high expectation terhadap filem ini. Tapi kan, huhu…lepas dah tengok filem ni, agak kecewa jugalah, kerana tak seperti yang aku harapkan.
Ramai yang menyuarakan bahawa cerita ni tak best. Aku salah seorang darinya lah. Sorry ya, Farid Kamil. Aku tonton cerita ni dengan kawan aku, dan kawan aku pun mempunyai pendapat yang sama dengan aku.
Sepanjang aku tonton filem ni, sehingga ke akhir cerita, aku tak tahu apa motifnya si Kimpedu hantar Tumulak ke Malaysia dan bunuh orang. Kenapa pula dia nak bunuh geng-geng kongsi gelap tu?. Nak buat entri ni, cari sinopsis filem ni, baru aku tahu sebab kenapa Kimpedu berbuat sedemikian. Haish!. Ni kes jalan cerita tak jelas lah ni…Ermm..
Jom baca komen Farid Kamil kat Berita Harian mengenai isu ini:
Bagaimanapun, ditanya mengenai plot cerita yang bercelaru serta menimbulkan kekeliruan kepada penonton, Farid menjelaskan, penonton perlu memberi tumpuan pada awal cerita lagi supaya boleh memahami keseluruhan cerita yang cuba disampaikan.
Erk..Aku tak bagi tumpuan ke pada awal cerita ni?. Entahlah..tapi kawan aku pun sama juga tak tahu kenapa dia nak bunuh-bunuh orang. Terbaca kat youtube tadi pun, ada juga orang yang suarakan soal ni. Huhu..
Bagi aku cerita ni lebih kepada aksi lah, berbanding komedi. Bab-bab aksi dia memang best lah. Manakala bab melawak, pelawak yang lebih menonjol dalam cerita ni ialah Azad Jasmin. Haha..dia ni cakap je lebih dalam cerita ni, tapi habuk pun tadak. Jadi ketua gengster pula tu.
Komen Farid Kamil:
“Pada asalnya Kongsi ditulis sebagai filem aksi. Bagaimanapun saya olah kembali skripnya dijadikan komedi. Kebetulan waktu itu, Adnan Sempit mendapat sambutan menggalakkan. Jadi saya berasakan, Sam sesuai membawakan watak utamanya, Tumulak.
“Saya sengaja mengubah genre Kongsi daripada serius kepada komedi kerana jalan cerita asalnya ganas. Kalau genre itu diteruskan, filem ini hanya dapat ditonton oleh penonton 18 tahun ke atas,” jelas Farid selepas majlis pratonton filem itu.
Lakonan Shaheizy Sam pula dalam cerita ni memang mantap. Fizo pula, nampak lebih macho dalam filem ni. Ehehe…
Sepanjang cerita ni ditonton, aku lihat ada gambar yang bergoyang terutama ketika aksi pertarungan. Pening sikit aku tengok. Dush!.
Jom baca penjelasan Farid Kamil mengenai hal ini:
Farid menjelaskan dia tidak pernah puas dengan produk dihasilkan dan mengaku memang berlaku kesilapan teknikal pada kamera, apabila ditanya wakil media mengenai kualiti gambar filem itu yang kurang memuaskan.
“Ketika penggambaran memang berlaku sedikit gangguan teknikal pada kamera. Kesilapan pada fokus menyebabkan gambar yang diambil agak kabur, tetapi ada juga yang memang disengajakan kerana ia sebahagian daripada teknik fotografi,” katanya.
OK lah, Farid Kamil, moga success selalu. Bukan senang nak buat filem yang boleh puaskan hati semua orang, kan.
Untuk cerita ni, aku bagi 2 bintang je lah. Hik2..
Apapun lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan. Dah tonton filem ni? Apa pandangan anda?. Jom share pendapat anda.
p/s: Apa maksud ‘langsi’ ek?. Ada sesiapa tahu?. >>> Maksud Langsi ialah kurang ajar. Terima kasih kepada pembaca blog ni, Noh dan Minami kerana memberitahu maksud langsi kepadaku di ruangan komen :D.
PENGUMUMAN: Peminat Perodua berpeluang memenangi RM10K melalui CONTEST INI.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.
salam ziarah
jom ke blog buaya…hehe
Hi Buaya, thanks datang blog ni.
hhha citer ni akan jd komedi apabila penonton org utara yg faham bahasa lorat dialet org utara n thai…bg aku yg dah tonton aku faham jalan citer dye dr awal….xder pon kalangkabut …that y farid ckp bg tumpuan waktu awl .tuu
langsi adalah bahasa cina bermaksud kurang ajar
lu langsi lu mati=lu kurang ajar lu mati
apa2 pon syabas farid bt filem.. kita kena suport filem malaysiaklu x sapa lg
hhha citer ni akan jd komedi apabila penonton org utara yg faham bahasa lorat dialet org utara n thai…bg aku yg dah tonton aku faham jalan citer dye dr awal….xder pon kalangkabut …that y farid ckp bg tumpuan waktu awl .tuu
langsi adalah bahasa cina bermaksud kurang ajar
lu langsi lu mati=lu kurang ajar lu mati
apa2 pon syabas farid bt filem.. kita kena suport filem malaysiaklu x sapa lg
salam kenalan syaisya ..
“langsi” tu maknanya kureng ajarr,kerek.. 🙂
salam..saja aku singgah kt blog nie.aku dpt tw blog ni pn cr kt googel.aku taip pendapat tentang filem kongsi.
1st,,aku nk ckp cite nie xbesh.aku tgk mse mula2 ditayangkan.
mula2 agk funny sume.lame2 aku duk dlm wyg 2 aku jd blur abes dgn jln cite uw.btol gk ckp ko yg knape die kne g kl n kucar-kacirkn genste2 ni?yg tu 1 aku xphm..yg ke2 aku xphm..watak puteri mardiana..xsilap aku..mse mula2 watak aizad kt umah 2,ada 2minah.sorg awek die.sorg org gaji.org gaji 2 pu3 mardiana.dan mse pu3 mardiana lwn dgn sam..tbe2 die call n ckp tuan?knape tbe2 jd polis?npe xdbgtw pd mula?apa2 pun aku sokong filem MELAYU..mse aq klua wyg..rmai yg mcm mengeluh..cm puas hati pn ada.tah la..Kelakar 5bintang..aksi 3bintang..jalan cite..???sendri pikiaq le..
maaf kalu terslh ckp..cume komen biasa..
Assalamualaikum
Puteri Mardiana tu kira undercover..dia menyamar je jadi orang gaji kat rumah azad tu, sebab nak selesaikan kes ni. Aku pun sokong filem melayu gak, sebab tu aku tengok kongsi ni. InsyaAllah, esok nak layang Nur Kasih The Movie pula. 😀
Thanks eh bagi tau 😀
Hi Minami, thanks di atas perkongsian pendapat. Yup, Sya akui dalam cerita ni memang ada banyak loghat Utara. Mungkin juga time awal cerita tu Sya terlepas pandang 1 ayat masa Tumulak perkenalkan diri dan bagi tau apa tujuan dia mai KL. Cerita ni memang ada unsur komedi dan aksi. Sya pun ada gelak2 juga tengok cerita ni. Cuma, tak tergelak sangat lah..tu ajer…Sya juga penyokong filem2 Melayu. Jarang masuk panggung kecuali memang betul2 nak tengok cerita tu.