Ini kisah aku yang mempunyai 2 handset dan 2 nombor (satu Maxis dan 1 Celcom). Maxis aku guna bil, Celcom aku guna prepaid. Celcom dah 8 tahun aku gunakan. Maxis pula baru je 4 tahun. Disebabkan Maxis guna bil, maka nombor Maxis lah yang aktif aku gunakan. Celcom pula, aku hanya top up supaya nombor tu tak di’terminate’. Almaklumlah, ramai rakan-rakan lama dan saudara-mara yang mengetahui nombor Celcom berbanding Maxis.

Tiba-tiba, Selasa lepas, aku nak topup nombor Celcom, tapi dibilang oleh Celcom yang nombor prabayar aku dah ditamatkan. So, nombor topup 16 digit tu dah beli, tapi tak boleh topup lah pula. Setelah disiasat, buat pertanyaan dan dah cuba minta Celcom Centre agar mengaktifkan semula nombor tu, dia bilang tak boleh lah pula. Sebab aku dah tak top up 120 hari. Basically, tak top up lebih 50 hari, nombor tu akan di’terminate’. Hatoi!.

Yang buat aku selamber je tak topup sebab aku tak dapat mesejpun suruh top up. Selalunya Celcom akan mesej suruh topup sebelum nombor ditamatkan. Pulak tu, handset aku masih boleh menerima mesej dan call. Tak tahu pula aku yang nombor aku tu dah ditamatkan. So, Celcom kata, nombor aku tu akan ditamatkan bila-bila masa saja.

Sayangkan nombor top up 16 digit tu punya pasal, aku pun belilah Xpax baru yang dinamakan Plan X2. Lagipun aku memang dah tak nak pakai bil Maxis tu dah. Dah jadi student ni, aku tak nak pakai post-paid. Mak dan kakak aku pun guna Celcom, so adalah lebih baik jika aku pun gunakan Celcom,sebab aku selalu call mereka berdua ni.

Xpax X2 plan 28sen for 10 minute

Guna X2 ni bagi aku jimatlah. Sebab hanya dikenakan caj 28 sen je untuk 10 minit perbualan, SMS pun 1 sen je (untuk Celcom ke Celcom). So, 10 minit untuk aku berborak dengan mak, memang lebih dari cukup lah bagi aku.

Ni plan X2 yang ditawarkan Celcom:

Celcom X2 plan info

Bagi mereka yang dah sedia ada guna/aktifkan Xpax sebelum 8 April 2011, boleh juga tukar ke plan X2 ni. Caranya macam ni: 

how to migrate Xpax to X2

Plan baru Xpax (X2) ni lebih menjimatkan berbanding plan lama Xpax. Jadual di bawah ni menunjukkan perbandingan antara Xpax plan lama dan Xpax plan baru.

Perbandingan Xpax old plan and Xpax new plan (X2)

Ha! Memang berbaloi-baloi lah bagi aku. Lepas aku insert je simkad baru ni kat hp, benda pertama yang aku lakukan ialah mesej kat mak aku, wish dia Selamat Hari Ibu dan bagitau dia, ni nombor baru aku. Tapi mak tak reply pun lagi mesej aku tu..Tak kisah, sebab aku tahu dia tengah kursus. Petang lewat sikit nanti baru dia boleh baca dan reply mesej tu. 😀

p/s: Ini buka entri berbayar/sponsored post eh. Ini cuma entri personal je.

BACA JUGA :  GARA-GARA GILA WORLD CUP

Nota kaki kecil: Dah jadi student semula ni, aku kena fikir macam mana nak cut cost dan jimatkan perbelanjaan. Iyelah kan, dulu kerja, pegang duit banyak sikit. Sekarang student…kena pandai-pandailah nak hidup :D. Lepas ni, Maxis pun aku nak guna prepaid, tapi topup sekali-sekala je. Just tak nak bagi nombor tu hilang.  

error: Content is protected !!