Ini cerita tentang Contest Aku Ada Impian. Dah beberapa bulan aku nak join contest ni. Beberapa entri memang dah terangka dalam hard disk kepala aku ni. Cuma masa saja yang tak mengizinkan untuk aku berceloteh mengenai contest ni.

Aku tak ingat dari blog mana aku tahu pasal contest ni sebab time tu aku main klik je kat banner contest ni kat sidebar blog orang. Sebab aku memang pantang nampak banner contest yang menarik minat, aku akan klik.

Contest Aku Ada Impian anjuran Master Arshad ni memang menarik, tertarik lagi Da Bom!. Paling menarik adalah hadiah yang akan dimenangi oleh para pemenang.

Woah! Hadiah memang menarik wooo…Ipad 2 lagi tu. Nokia N8 pun ada juga. Nak hadiah-hadiah ni?. Klik je banner kat bawah ni untuk tahu syarat-syarat contest ni, apa yang perlu anda buat dan macam mana nak menang.

Tapi bukan senang nak menang hadiah tu semua. Biasalah kan, hadiah lumayan, mestilah syarat contest pun ketat. Kalau syarat contest longgar, tak challenging lah kan. Cewah.

Wujudnya entri ini, maka dengan sahihnya aku menyertai contest yang lumayan ini. Hadiah best, siapa tak nak, kan. Kalaupun aku tak menang contest ni, sebab memang susah nak menang, tapi keseronokan dan pengalaman join contest ni yang berharga. Tapi, of course lah kan, kalau menang tu lagi berganda-ganda keseronokannya tu.

Korang nak join juga?. Kalau nak join, klik je SINI.

BACA JUGA :  EYRIQAZZ DAN ALISYA BAGI AKU DUIT RAYA
error: Content is protected !!