Alhamdulillah. Tu je yang mampu aku ucapkan tatkala membaca keputusan Contest review blog 2dayblogger.com. yang dikeluarkan oleh saudara Faisal. Terkejut!. Itulah reaksi pertama aku. Macam tak percaya pun ado. Hik2 😀

Aku mengetahui tentang contest ini pada hari kedua contest ini diumumkan. Contest ini merupakan aktiviti mingguan di blog 2dayblogger, dan ianya hanya berlangsung selama seminggu sahaja.

Saat terbaca mengenainya, aku senyum sahaja dan berniat untuk menyertai pertandingan ini. Hari demi hari berlalu, aku masih lagi tak berkesempatan menyiapkan entri review ini. Akhirnya, apakan daya, tempoh yang singkat ini menyebabkan aku membatalkan niatku untuk join pertandingan ini memandangkan ada perkara yang lebih penting untuk aku siapkan (menyiapkan paper untuk conference).

Pada saat-saat terakhir (sejam terakhir sebelum pertandingan tamat), aku tiba-tiba berubah fikiran untuk menyertai contest ini. Waktu itu aku sedang kepenatan setelah berjam-jam lamanya membuat ayat saintifik bagi menyiapkan journal. Lalu, kesempatan ini aku ambil untuk memberi kesan santai kepada fikiran aku.

Aku pun log in dashboard blog, dan mulalah menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran mengenai blog 2day blogger milik saudara Faisal ini. Sambil review, sambil belek-belek entri yang terdapat di sana, baca-baca entri, sempat tinggal komen sikit. Hehe..

Memandangkan masa hanya tinggal 45 minit sahaja untuk submit link penyertaan, aku hanya sempat review secara keseluruhan sahaja. Tak sempat nak review secara teknikal walaupun tu hajat aku pada awalnya.

Tak ku sangka, entri yang disiapkan dalam tempoh 30 minit ni berjaya menarik perhatian saudara Faisal. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana mengiktiraf hasil penulisan ku untuk entri REVIEW BLOG 2DAYBLOGGER.COM. Hakikatnya, bagi aku, review yang dibuat oleh peserta lain, ramai yang jauh lebih hebat.

Ini adalah kali kedua aku memenangi contest review blog. Tahun lepas aku menang tempat ke-3 review blog reezluv.com. Dah banyak genre contest aku join sejak tahun lepas, inilah kali pertama aku menang tempat pertama. Awal tahun ni, ada  jugalah nama aku diumumkan first sekali sebagai komen terbaik, mengenai ‘duit’ di blog eyriqazz.com.

p/s: Apapun, memang seronok join contest. Menang atau kalah tu tolak tepi. Kalau menang, Alhamdulillah, dapat hadiah. Kalau kalah pun takpe, dapat pengalaman dan boleh belajar dari kesilapan. Kalau boleh aku nak dapat lebih baik dari apa yang aku capai hari ini. InsyaAllah. Masih banyak yang perlu aku pelajari dan perbaiki. Dunia blog ni luas, tanpa sempadan. 🙂

Klik SINI untuk tahu pemenang lain contest ini.

BACA JUGA :  MAHAMAHU.COM ANDA MAHU 2012
error: Content is protected !!