Sejarah aku dan 2Day Blogger.com
Aku mula kenal dengan blog 2Day Blogger ni sejak awal tahun ni (2011). Kira agak baru jugalah aku berkenalan dengan blog ni. Kali pertama aku datang blog ni pun, aku dah jatuh cinta padanya. Sebab? Sebab blog ni punyai keistimewaan yang tersendiri, yang takde pada blog lain.
KEISTIMEWAAN 2DAY BLOGGER
1. Macam-macam ada
Ni lah ungkapan ringkas untuk menggambarkan blog ni. Dalam blog ni, ada berita semasa, politik, hiburan, tips-tips blogging, sukan, tazkirah, kesihatan, kereta, kerjaya, kedai online pun ada. Haa…complete dah aku rasa blog ni. Erm…tak pasti pula kewangan ada ke tak. Tapi, blog ni ada lah juga cerita pasal buat duit dari blog. Penulis blog ni sendiri memang dah banyak dapat duit dari blog. Kira, tiap-tiap bulan, poket dia memang lebat ler. Memang saudara Faisal Abdullah (pemilik blog ni) dah berjaya dapatkan RM 4 angka hanya dari blog. Syiok kan?.
2. Gaya penulisan
Memang tak dapat dielakkan dan tak dapat disangkal bahawa setiap penulis blog mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Gaya penulisan ni biasanya akan memberikan keselesaan kepada pembaca dan boleh juga mengganggu jiwa pembaca. Hah?. Macam mana tu?. Iyalah, setiap pembaca juga mempunyai citarasa yang berbeza dan juga mempunyai naluri yang berbeza. Jadi, penilaian tentang gaya penulisan akan menjadi subjektif. Bagi aku, aku suka dengan gaya penulisan saudara Faisal yang humble dan matang. Jikalau beliau menyuntikkan elemen emosi dalam mengulas sesuatu isu pun, beliau masih lagi mengawal gaya bahasa yang digunakan. Bahasa jiwa bangsa!.
3. Kemas + Ringan
Blog ni bolehlah aku kategorikan sebagai blog yang banyak iklan. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah ni.
Baru tengok bahagian atas je, dah ada 3 jenis iklan dah yang dipasang. Tapi, iklan-iklan ni tak mengganggu pembacaan. Kalau ada yang rasa iklan di tepi sebelah kanan tu menutup widget-widget yang ada di sidebar kanan, itu sebab laptop/pc anda kecil atau ada masalah resolution. Blog ni juga ringan dan loadingnyer cepat iaitu 0.06 saat. Hebat bukan?. Walaupun iklan dipasang dimerata-rata tempat, tapi blog ni tetap ringan. Inilah salah satu kehebatan blog 2Day Blogger. Kena menuntut dengan saudara Faisal ni, camne dia buat sampai blog dia jadi sebegini ringan.
Walaupun banyak iklan, tapi saudara Faisal masih lagi menjaga kekemasan blog. Entri disusun dengan sebaiknya dan teratur. Seperti yang tertera di gambar di atas, tajuk-tajuk entri dalam sesuatu kategori disenaraikan dengan kemas di bahagian home page. Theme yang digunakan oleh saudara Faisal ini menyerupai theme ‘news’. Aku perasan theme macam ni selalu digunakan oleh surat khabar online.
Aku tahu saudara Faisal memang mementingkan kekemasan dan theme blog kerana bagi beliau, theme blog merupakan pakaian bagi sesebuah blog. Atas nasihat beliau dan beberapa blogger lain jugalah, aku kini dah bertukar theme, kerana theme sebelum ni terlalu simple dan tak menarik susunannya.
4. Tak rugi apa pun
Memang rasa tak rugi apa pun kalau datang singgah ke blog 2Day Blogger ni tiap-tiap hari sebab banyak sangat ilmu dan maklumat yang saudara Faisal berikan dalam blog ni. Nak cerita banyak pun tak guna, pi lah terjah blog best yang jadi feature blog Majalah Remaja Jun 2011, Alexa rank 48, 621 dan mendapat UV 10 ribu sehari ni: blog
2Day Blogger.com.
p/s: Entri ini adalah entri untuk contest review blog 2Day Blogger.com. Entri last minute ni disebabkan kekangan masa. Harap ianya masih lagi berbaloi untuk dibaca.
Baca juga artikel berkaitan ini:
masuk gak eh..sy tak tau nak review apa blog dia ni.. semua dah ada.. dia pernah masuk join blog review sy dulu..
eheh.. saya kenal dia sejak mula berblogging pd tahun 2009. Pada masa itu sy amat kagumi dia 🙂
dia memang blogger berbakat 🙂
salam singgh.. good review…
terima kasih madam. review biasa2 je ni
tu lah, dia memang dah otai dah, cuma Sya jer yang terlambat kenal dia. 😀
Sya try je masuk, tak tahu gak nak review apa. taip je lar… 😀