Uhuhu..serius aku terperanjat, terkejut, dan nasib baik tak terkujat tengok trafik yang tertera di depan mata ni!. Betul ke apa yang aku tengok ni. UV 2k++ semalam?. Kelmarin masa cek trafik pun, aku terperanjat bila dia cecah 1.7k. Tapi, tu OK lagi sebab still tak pecah rekod.
Tapi semalam ni memang kira dah pecah rekod lah. Selama aku berblog setahun 6 bulan ni, ni lah kali pertama trafik blog ni melebihi 2000 UV. Alhamdulillah. Syukur. Tak tahu nak cakap apa lagi dah, senyum seindah suria je lah. 😀 Hehe..
Aku tak dapat nak nafikan, tapi inilah yang aku rasa. Sejak berdomain dan berhosting sendiri ni, aku tengok trafik memang mudah nak naik, walaupun aku selalu je rasa malas-malas nak update blog dan selalu rasa bosan dengan blog. Huhu..Jadi, memang tak rugi berdomain dan berhosting sendiri ni. Cubalah kalau yang masih menggunakan platform percuma tu sebab memang berbaloi-baloi guna WP self-hosting ni. Kat sini boleh beli domain semurah RM28.80 setahun. Hosting pula serendah RM10 setahun. Student pakej RM35.00.
p/s: Entri ini dibuat hanya untuk merakamkan kenangan manis dalam dunia blogging kepada diri penulis blog ini sahaja.
tahniah….bukan senang tu…
thanks. 😀
pergh! blogger otai ni sya ni
Mana ader…bese2 je…minggu ni je kot 2k..huhu…