Pada 25 Julai 2011, Proton Holdings Berhad telah melancarkan Proton Saga FLX 1.3. Proton Saga FLX menggunakan teknologi terbaru iaitu transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar dan prestasi keseluruhan lebih cekap.
Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Tetapi untuk varian asas Saga FLX Standard, tiada ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.
PROTON SAGA FLX VS PROTON SAGA FL
CIRI-CIRI | PROTON SAGA FLX | PROTON SAGA FL |
Kuasa kuda | kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum | 6,000rpm. |
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km | 5.7 liter (manual 5-kelajuan) | 6.0 liter |
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km | 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) | 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT |
PROTON SAGA FLX 1.3 MENJIMATKAN PETROL
Proton telah melakukan ujian dan mendapati tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4% (dalam bandar) dan hampir 10% (lebuh raya).
Awal lawan Scha!. Siapa menang?
HARGA PROTON SAGA FLX 1.3
(berdasarkan warna metalik)
VARIAN | SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH/ SARAWAK | LABUAN | LANGKAWI |
Standard MT | RM 38,598 | RM41,378 | RM 38,298 | RM 36,448 |
Standard CVT | RM 41,598 | RM44,378 | RM41,298 | RM 39,448 |
Executive MT | RM 42,398 | RM45,198 | RM41,648 | RM 40,098 |
Executive CVT | RM 44,998 | RM47,798 | RM44,248 | RM 42,698 |
WARNA PROTON SAGA FLX
Elegant Brown (Warna baru)
Tranquility Black
Genetic Silver
Solid White
Blue Rock
GAMBAR PROTON SAGA FLX 1.3 (EXTERIOR)
Sumber gambar dari SINI
GAMBAR PROTON SAGA FLX 1.3 (INTERIOR)
Sumber gambar dari SINI
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton Saga FLX ini di SINI.
Sumber maklumat mengenai Proton Saga FLX diambil dari Arena Kereta dan www.epicsaga.com.my
p/s: Proton juga ada membuat promosi Proton Inspira sempena Hari Raya yang bakal menjelang nanti. Klik SINI untuk maklumat lanjut.
Kongsi harga, spec dan gambar Proton Saga FLX ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dan Twitter dengan menekan butang share dan Tweet ini.
locally manufactured price of proton flx is considered high. proton should give discounts or cash rebates.
thanks.