contest

Hohoho..Tiba-tiba mood aku hari ni rasa hyper sangat nak blogging. Mungkin ini disebabkan dah 3 minggu aku kemalasan berblog dan rasa macam bosan a.k.a menyampah kat blog sendiri. Keh2. Aku memang selalu macam ni. Boleh pula rasa bosan akt blog sendiri ek. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku bosan, tah-tah orang lain lagi bosan ngan blog aku ni. Hihu..Tapi takpe, aku dah lali dengan perangai aku sendiri. Memang spesies yang cepat bosan!.

So, hari ni, rasa teruja sangat nak update blog. Hari ni je dah 3 entri kot aku buat. Haish! Tu pun still lagi rasa nak buat entri lagi. Takpe-takpe, selagi ada rasa nak update, aku update. Kang dah takde mood nak hadap blog ni, dashboard blog pun aku tak buka. Hihu…

Selain dari rasa gian nak update blog, aku juga turut rasa sangat teringin nak join contest. Sana-sini blog aku terjah, cari contest semata. Cis!. Payah betul nak jumpa contest yang sealiran dengan minat aku.

Korang, ada cadangan tak, contest apa untuk aku join?. GA aku tau mahu. Selalu kalah je. Huhu…

BACA JUGA :  BERBASIKAL DAN LAWATAN AIR SURUT DI PANTAI SMILEY
error: Content is protected !!