Sebenarnya dah lama dah perasan pasal kewujudan benda ni. Bila aku saje-saje google syaisya.com, keluar macam gambar kat bawah ni.
Tapi entah mengapa, aku boleh buat dek je. Ala-ala macam takde perasaan. Lepas tu, lama-lama baru aku tersedar. Erk! Bukan ke yang berderet-deret kat bawah syaisya.com tu bukan semua blog boleh dapat?.
Tapi, seriously. Aku lupa ‘apakemenda’ namanya senarai tajuk entri yang berderet-deret tu. Hari ni aku terajin pula nak blogwalking. Actually, takdelah BW sangat pun, aku macam biasalah, cari contest kat gengblogger. Yeay! Happy yang gengblogger.com dah boleh diakses. Senang ler aku nak cek contest-contest yang sedang berlangsung. So, jumpalah blog cetusanhati ni. Sebaik sahaja aku terbaca tajuk kat related post yang blog dia dapat sitelink, aha! Terus aku dah ingat dah. Menda tu namanya ‘sitelink’. Maka, dengan ini, persoalan ‘apakemenda’ ni dah pun selesai. Dari minggu lepas jugalah aku dok mencari ‘apakemendanya’ namanya ni. Dulu ada baca juga blogger-blogger yang dah ada nama cerita pasal diorang dapat ‘menda’ ni, tapi aku pun tak amik pot sangat, sebab tau aku takkan dapat. Jauh panggang dari api lah. Sekali bila dah dapat ni, payah pula nak recall perkataan sitelink ni.
Hehe…senyum je lah dapat sitelink google ni. 🙂 Apa lagi yang boleh aku buat, kan. Sejak aku bertukar ke wordpress self hosting 5 bulan lalu, macam-macam lah pula aku dapat. Earning NN pun dah up sikit. Hehe..tapi taklah cecah ribu-ribu lagi. Setakat 3 angka boleh lah dapat. *wink wink*
p/s: Tapi tak tahu lah berapa lama aku boleh dapat sitelink ni, sebab dah beberapa bulan ni, google update PR tiap-tiap bulan. Aku pula blogging asyik surut je, jarang mood blogging aku nak pasang. Surut ke laut je..ngeh3.
wahh, tahniah. dapat juga sitelink..
tahniah 😀 pacifista je yang tak dapat sitelink lagi 😛
tahniah syaisya.com
tak lama lagi dapat lah tu
terima kasih 😀
terima kasih. Titan
kira dah bagus sangat tu dapat sitelink…..
Alhamdulillah, tapi tak tau juga lah berapa lama kekalnya tu. 🙂
sebelum google update sitelink baru sy ada 8 sitelinks..tapi pastu check2 kat webmaster takde sitelink.. then hilang..skrg baru ada 4.. pelik sket la sitelink baru ni..sebab blog sy yang blogspot dah setahun takde trafik pn ada sitelink..
wow! blogspot setahun takde trafik pun google bagi sitelink juga?. Entahlah, Sya pun bukannya tahu sangat pasal sitelink ni semua. Just blogging macam biasa je.
Wah..hebat-hebat..tahniah cik Sya..
Dah lama dah dapat ni. Sekarang dah kurang sikit sitelink tu. Dulu 8, sekarang 6 je
Yeke, takpe la..kire ok la tue dah ade kan..Jamal punye dua-dua blog pun dapat 6 je sitelink tue..:-)
banyak blog Jamal, ek. bagus betul 😀
Ade la sikit-sikit..yang aktif sekarang nie 2 je..Jamal ade 2 blog BM dan 2 English.. 🙂
uhuhu..banyak tu. Sya yang ada 1 BM ni pun dah selalu terbengkalai, Lagi 1 blog jual novel 2nd hand pun biar je tak berupdate. Ada juga blog personal english, tak berupdate juga. La ni setting blog english lain, tapi ni Sya serius bangunkan blog tu. 😀 Admire kat blogger yang boleh handle banyak2 blog. Kasi tips sikit. 😀
Ish, tak layak lagi nak bagi tips rasenye. Tapi since dah request, Jamal share sikit ye. Kalau nak berblogging secara serius nie, kena pandai uruskan Time Management. Time Management nie sama penting untuk blogger yg masih study ataupun yang dah bekerjaya. Biar seimbang diantara keduanya sebab kita nie bukannya full time blogger kan
Dan lagi satu tips ialah berblogging dan tetapkan niche blog kite sama dengan hobby dan interest kita. Maknanya semua entry dan post yang kita hasilkan untuk blog tue kita betul-betul minat dan tak bosan.
thanks for the tips. setuju sangat dengan kedua-dua point yang diberikan. untuk point first tu yang Sya lemah. Ehehe…Point yang ke-2 tu, memang tu yang Sya amalkan. Tapi kan, kadang-kadang kalau ada masa pun, tapi takde mood, Sya tak blogging juga. 😀
Takpe, slow-slow and Good Luck untuk Sya..:-)
thanks 😀
Keren ni sis, jangan lupa shre ilmunya ni gimana cara ngedap[etin sitelink ini
saya ga pasti gimana caranya. rasanya, kalau blog mesra search engine, bisa dapat. mungkin. saya juga ga tahu. 😀