Hobi melancong mula timbul pada 4 tahun yang lalu, ketika aku sekeluarga mula membuat rancangan agar mengadakan percutian tahunan keluarga.
Langkawi:
Percutian pertama kami di Fraser Hill, kemudian ke Langkawi dan seterusnya ke Sabah.
Sabah:
Keseronokan melancong semakin dirasai apabila kali pertama terbang ke Beijing, April tahun lepas. Bagi aku, aktiviti melancong ini dapat melepaskan tekanan bekerja, merehatkan minda dan juga dapat mengenali negeri/negara orang.
Aku yang dilahirkan di Johor, bersekolah, melanjutkan pengajian dan bekerja juga di Johor memang teringin nak tengok tempat orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Aku suka sambil jalan-jalan, sambil belajar sejarah dan budaya sesuatu tempat.
Beijing, China:
Sejak mengenali dunia blog, aku mula merakamkan pengalaman percutianku di blog ini dan meletakkan catatan perjalanan dan pengalamanku dalam kategori JALAN-JALAN. Tujuannya, agar aku tak lupa apa yang telah dipelajari di sana dan dijadikan kenang-kenangan. Selain dari itu, entri-entri yang dihasilkan boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin melancong. Hati gembira apabila ada pembaca mengucapkan terima kasih di atas info yang diberikan dan tak kurang juga yang bertanya dan berkongsi pengalaman percutian mereka. Inilah salah satu keseronokan berblog. Sharing is caring. 🙂
Namun begitu, terlalu banyak tempat yang dilawati, tetapi tidak dirakamkan di blog ini. Bagi aku, menyiapkan 1 entri perlancongan agak memakan masa. Aku cerewet dalam menyiapkan entri jalan-jalan kerana aku ingin cuba memberikan sesuatu yang bermanfaat dan terbaik untuk tatapan pembaca blog ini. Pelbagai info cuba diberikan dan juga beberapa keping gambar menarik perlu dipilih untuk diselitkan dalam entri sebagai pelengkap.
Maka, tatkala terbaca mengenai My Selangor Story 2011 Contest di blog eyriqazz, aku begitu teruja untuk menyertainya. Bagiku, dengan menyertai program sebegini, dapatlah aku mendisiplinkan diri untuk menyiapkan entri pengalaman percutianku pada hari yang sama dengan aktiviti dilakukan. Ini adalah kerana, dalam My Selangor Story 2011 Contest, peserta dikehendaki membuat entri harian dan juga merakamkan video, selama 5 hari 4 malam pertandingan ini dijalankan. Aku ingin mencabar diri sendiri untuk menyahut cabaran yang pastinya mencabar tahap disiplin diriku ini, selain daripada bersaing secara sihat dengan peserta-peserta lain. Pengalaman ini akan aku jadikan panduan untuk memperbaiki mutu penulisan blog. Paling penting, segala pengalaman di Selangor akan dikongsikan di blog ini untuk informasi kepada pembaca sekalian.
Cowboy Town A Famosa Resort, Melaka:
Buat masa ini, walaupun Beijing telah ku jejaki, Sabah telah ku terokai, Melaka dan Langkawi telah ku lawati, namun Selangor tidak pernah ku terokai. Apakah tempat-tempat menarik di Selangor?. Jika dilihat pada tempat-tempat yang dijejaki oleh peserta My Selangor Story 2010, hanya Genting Highland sahaja yang aku pernah pergi. Tempat lain?. 😀 Masih belum pernah sampai di sana.
Maka, dengan hajat besar, seluas padang pasir, aku ingin menyertai My Selangor Story Contest 2011 dan harap dapat terpilih sebagai top 30 bloggers dan seterusnya dapatlah merakamkan detik-detik indah di Selangor.
Oleh itu, jasa baik anda untuk vote SyaIsya diperlukan 😀 Bagi Sya peluang untuk travel di Selangor pula dan berkongsi pengalaman bersama pembaca blog syaisya.com yang mempunyai pelawat unik 1000++ sehari.
Untuk vote:
1. Klik link ini: http://www.myselangorstory.com/merakam-detik-detik-berharga-di-selangor/
2. Klik gambar love mengikut rating yang anda mahu berikan. Digalakkan untuk klik love yang paling kanan 😀 Maksudnya korang bagi aku markah penuh. Thank you.
3. Contoh gambar love yang akan tertera adalah seperti di bawah ini:
Klik sekali sahaja pada gambar love yang paling kanan sekali. |
4. Satu hari boleh klik sekali je. Esoknya, korang boleh vote lagi. Dan begitulah seterusnya. Nak vote setiap hari? Memang dialu-alukan.
5. Terima kasih kerana support Sya Isya 😀 Love you all. Muah!.
syaisya..bestnya eik. merata genap alam dah eheee…
bgs ada blog leh jd simpanan online tuk artikel gmbr or video kan. kalo kat locker leh hilang. leh cover dari blog lak 😀
takdelah merata genap alam lagi…sikit je. Ramai lagi orang lain yg lagi panjang langkahnya.
yup! salah satu yang bestnya boleh simpan kenangan kat blog.
Woww nice blog and nice video.. 🙂
saya melancong hanya indonesia saja..
belum pernah ke luar negeri..
bikin ngiler aja nih
roger.. aried vote
Saya pun hanya sekali sahaja ke luar negara. Yang lain semua dalam Malaysia saja.
biasa2 saja. baru first time buat video
nak kena register ke sebelum vote tu?ada link dia tak?
akk dah vote..sekali je ke ? moga berjaya sya…
boleh vote sekali je sehari. Esoknya boleh vote lagi. kalau rajin vote lah hari2. hehe 😀
tak perlu register. terus tekan je love tu. ni link: http://www.myselangorstory.com/merakam-detik-detik-berharga-di-selangor/
best3x !!!
thanks, Aried 😀
😀 Kalau dapat experience sendiri Selangor, lagi best. pastu record kat blog ni. tolong vote, ya.
Ok da vote.
Good luck yer 🙂
thanks 😀
Emm, dah vote.. mujur tak merumitkan.. 🙂
bab vote-vote ni..payah aku nak join. Apapun, aku harap ko menang ek..
Hai…salam kenal 🙂
nice share…buat pengalaman travellingnya 🙂
Good luck buat competitionnya 🙂
nanti lau dah alang2 melancong kat selangor nnt..ajak sy skali tau akak..hehe..dh vote dah..huhu
Semua masuk ni. Goodluck Syaisya.
semua masuk? siapa lagi yang masuk? thanks wish 😀
masuk lah sekali, kita melancong sama2..hehe
thank you. 😀 Good luck juga untuk kamu
hehe…sekadar mencuba dan berusaha. Kalau ada rezeki aku, adalah 😀
thanks, vote. 😀 Memang tak rumit pun