Malam terakhir kami di Golden Palm Tree Resort (malam ke-2), kami dijemput ke majlis makan malam yang dikenali sebagai “Malaysian Night”. Makanan utama malam ini ialah makanan laut. Di sepanjang luar ballroom, terdapat pelbagai jenis makanan laut dihidangkan. Setiap makanan juga dijaga oleh chef-chef yang bersedia untuk melayan pengunjung.
Banyak sangat pilihan yang ada, sampai aku tak tahu nak makan apa. 😀
Meja yang penuh dengan pencuci mulut. Macam-macam ada. Pilih je yang mana berkenan di tekak. 😀
Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba ball room bertukar kepada suasana gamat. Rupanya persembahan akan dimulakan sebentar lagi. Para penari masuk ke dalam dewan dengan gimik-gimiknya. Kesemua blogger yang sedang makan, berhenti makan dan sepantas kilat meghilangkan diri. Mereka semua menghala ke hadapan dan juga tengah dewan untuk mengambil gambar. Well, sepanjang MSS ni, memang boleh nampaklah, blogger dah macam paparazi juga. Bakat terpendam ni.
Gaya paparazi blogger – masing-masing pegang kamera.
Persembahan para penari memang bertenaga dan menghiburkan. Rata-rata hadirin terhibur dengan persembahan mereka. Kebanyakan hadirin terdiri dari warga China dan Hong Kong.
Persembahan tarian ini tidak terhad kepada tarian kaum Melayu sahaja, tapi tarian merangkumi seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Gimik! Kredit foto: Hafiz
Antara gimik pada persembahan Malaysian Night. Shoot me if you dare!. Haha..gimik je tu. Kalau lah betul-betul penari tu lepaskan sumpit tu, mahunya tembus sampai ke jantung. Pheww! Perempuan tu mesti seram dah.
Di akhir persembahan, para penari mengajak beberapa orang tetamu untuk menari bersama-sama di atas pentas. 2 orang peserta MSS2011 telah dijemput untuk ke pentas iaitu Suzan dan Shaleh.
Suzan dan Shaleh menari riang (di tengah-tengah pentas)
Selepas persembahan tamat dan hadirin semua telah keluar, kami bergambar beramai-ramai terlebih dahulu sebelum bergerak ke bilik Mama Amelia untuk mendengar taklimat tentang beberapa perkara penting.
Selepas mendengar taklimat dari Amelia, aku pulang semula ke villa dan menyediakan fizikal dan mental untuk meneruskan aktiviti yang lebih mencabar di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort, keesokan harinya.
Entri seterusnya >> Abseiling di Awana Genting Highland <<
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011: