Alhamdulillah, akhirnya, buat pertama kali dalam sejarah blog syaisya.com ni, trafik blog cecah melebihi 2000 UV (unique visitor) sehari. Kalau sebelum-sebelum ni dah beberapa kali hanya 19++ dan 18++, akhirnya pecah juga rekod 2000 ni, di saat-saat blog aku sedang bermasalah. Home ada problem, kadang-kadang kalau google syaisya.com, home tak display apa-apa pun, kosong je. Sedih aku. Blog ni dah problem sejak awal bulan lepas.
Disebabkan blog bermasalah, termasuk loading page slow yang teramat, trafik mula jatuh sedikit demi sedikit, dari normal 1, 800 – 1,500, trafik mula turun bawah 1000, dan akhirnya, dalam minggu lepas, trafik semakin menjunam ke angka 400. Aku yang sedang mengalami waktu kritikal untuk submit research proposal, terpaksa memandang sepi sahaja masalah blog ni. Haruslah aku memberi keutamaan kepada research aku, kalau tak, tak viva ontime lah jawabnya.
Baru-baru ni Google update PR lagi, nasib baiklah PR blog ni kekal di tangga ke-2. PR 2 sejak beberapa bulan yang lalu. Aku memang tak mengharapkan kenaikan PR. Aku berblog tak pernah letak matlamat nak naikkan PR. Kalau dia naik, aku senyum je kegembiraan. Kalau dia turun, janganlah. Sure aku sedih sikit. Tapi, dia kekal ni, aku bersyukur. Alhamdulillah.
Tapi Alhamdulillah, cuti raya haji hari tu, sempat aku betulkan sikit blog aku ni. Sebenarnya disk space dia dah over, dah penuh lah senang cakap. Aku syak tu lah masalah utamanya. Hmm..nak kena upgrade pakej lah ni jawabnya. Sedang mempertimbangkan pakej mana yang perlu diambil.
Alhamdulillah, kemaskini yang aku lakukan terhadap blog ni akhirnya membuahkan hasil juga, loading page dah laju sikit, tapi still kadang-kadang ada masalah kat home page. Trafik pun dah mula naik semula ke angka 1+++. Tapi, apapun, masalah blog ni masih belum selesai. Takpe lah, aku betulkan sikit-sikit. Tak perlu nak rushing sangat. Setakat mana yang sempat je lah aku buat, tu pun kalau ada masa yang terluang.
Dalam kepala ni duk ingat nak buat correction proposal je. Perlu hantar dalam tempoh sebulan. Tak perlu nak pening kepala sangat fikir pasal blog, baik peningkan kepala fikir pasal master ni. Target aku nak viva on time, pastu nak buat PHD kat UK pula. Amin. Moga hajat aku tercapai. Korang doakanlah aku, ya 😀
semoga akak dapat pergi ke UK. Aja aja fighting!
Nanti boleh berjalan-jalan kat sana. hehehe.
tahniahh….keep up a good workk….
P/s:belajar kat UK memang best…Oh,windu-windu UK…
xpela akak..ade masalah pn still leh dpt above 500uv..hehe..tahniah akak..eheh..sy pnye trafik pn semakin kencang..dah boleh dapat 900++ semalam..eheh..itu pun sbb sy rajin update..huhu…cuti skrg nie..kalau tak cuti..xupdate la..haha..
huhu, terere..terere…
hehe..ala..untuk sehari je tu. Tapi jadilah kan, sebagai catatan baru rekod blog ni.
tahniah, Faiz. Dah semakin laju berlari sekarang ni, ek. Keep it up. lama2 nanti cecahlah ribu-ribu. Update je selalu. Akak pun tak update tiap hari. Ada free time, ada mood baru update.
thanks, cikgu. Memang teringin nak belajar kat sana. Jelous tengok gambar2 student kita kat sana 😀
jalan-jalan tu sudah semestinya, Hanis. Memang kaki jalan ni. Jom lah belajar kat sana sama-sama. Mesti lagi best 😀 Thanks, doakan akak, ya.
wow..hebatnya..2000UV tu banyak..ni antara blog yg femes..:)
tahniah
saya nak dapat UV 1k pun susah.huhu… 😛
Alamak. nak belajar kat sana memang saya tak berapa nak sebab dah ada target negara lain. hehe.
All the best!
pacifista dah glamour dah, PR dua kali ganda dari blog ni 😀 Blog Sya ni dah setahun lebih, pacifista baru 3 bulan, tapi dah cukup baik dah performance pacifista untuk usia blog yang sebegitu. Mantap tu. I adore it. 😀
wah, kat mana tu hanis?. Boleh kita ziarah menziarah. Cewah, dah berangan ni. Hahaha 😀
oh, terimakasih. DH sudi tinggalkan komen kat blog cap ikan bilis ni. 😀
Err…mana ada femes, ni blog biasa2 je. blog cap ikan bilis. huhu..
tahniah ye isya 😀
semoga dapat selesaikan proposal tu cepat2..
sis ni puas pikir kajian master, still xdapat lagi… kena g bertapa agaknya..hehe
apasal la blog aku thun ni tak pernah capai lebih 2000uv ni
tak kan nak tunggu tahun depan
huhu
tahniah. kali pertama singgah balas dan terima kasih
All the best…smoga dpt ke UK nanti
thanks, sis. memang kena bertapa lah tu sis, nak pilih tajuk ke? ke dah start buat kajian?. On the way betulkan proposal ni. huhu 😀
takpe, blogging macam biasa je, lama-lama nanti dapatlah. Sya pun tak pernah kejar semua ni. dia datang sendiri tanpa disangka. sebelum ni pernah 1998 UV, huhu, kurang 2 UV je nak pecah rekod. Tapi last2 dia pecah juga. 😀
Thanks, Amin. Tapi perjalanan masih jauh lagi. Kena dapatkan Master dulu. 😀
Aduii ! … 2K UV dalam masa sehari … itu kalau B3njy mahu memakan masa 2 bulan baru dapat traffic cam tu … wah memang dashyat betulah … Apa2 entri ini memberi semangat kepada B3njy untuk terus berblogging … dan setakat ni B3njy lebih suka menjadi blogger underdog je … hehehe namun hasrat nak jadi blogger hebat tetap ada … terima kasih atas inpirasi entri ini …
huhu..alaa..ni pun kira nasib je ni. rezeki untuk hari tu.lepas tu turun balik 1k++ je. tapi memang dah lama tunggu pecah rekod 2k ni. wow! baguslah kalau ada hasrat nak jadi blogger hebat. Sya pun takde pasang hasrat tu. Sebab tak pernah tetapkan apa-apa hala tuju blog ni. Yang Sya tahu update je blog, dan fikir untuk majukan lagi blog ni dari semasa ke semasa.
wahh. hebatnya dia.. 🙂
biasa je. mana ada hebat. lainlah kalau tiap-tiap hari maintain macam tu. huhu 🙁
terbaik la, memang cool 2k sehari….
walaweh,,bnyk tu..mabruk2
memang hebat..tahniah..;)
thanks. tak hebat mana pun. sehari je. kalau tiap2 hari memang best lah. hehe 😀