novel pesanan terakhir seorang lelaki norhayati berahim

Lepas satu, satu novel aku habis baca. Selepas mengkhatamkan novel Cinta Tiada Akhirnya, aku baca novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki pula memandangkan aku malas nak mulakan kerja baru mengarang journal untuk dihantar ke publisher. Saje je nak berehat sekejap setelah selamat membuat pembetulan proposal master 1st stage. Alhamdulillah, akhirnya siap juga proposal tu.

Aku tahu mengenai novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki ni melalui forum Cari. Memandangkan aku juga ada menjual novel-novel 2nd hand, jadi aku ushar jugalah apa novel yang mendapat permintaan ramai. Ramai yang mencari novel ni dan orang yang telah membaca novel ni pun mengatakan yang novel ni best. Dek kerana rasa teruja, aku pun mencari novel ni di kedai-kedai buku. 2-3 bulan berikutnya baru aku menjumpai novel ni di kedai buku MPH yang berhampiran dengan universiti. Itupun tinggal satu je novel ni. Hehe..memang rezeki aku lah tu agaknya.

Tapi, setelah berjaya membeli buku ni, aku tak terus baca, tapi sebaliknya aku simpan dulu, sebab nak siapkan kerja-kerja dulu. Lagipun masa tu, novel Stanza Cinta yang baru dibeli sebelum tu pun, aku baru baca sikit je.

Ok, seperti biasa, sebelum aku review novel ni, jom baca Sinopsis Pesanan Terakhir Seorang Lelaki ni dulu.

Sinopsis Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayahnya lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kpd empayar yang dibina. Tercabar dan sakit hati jua hanya membuang masa. dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.

Ok, ni pula review Pesanan Terakhir Seorang Lelaki dari sudut pandangan mata hatiku… (cewah!)

Bagi aku, tajuk novel ni pun dah cukup menarik. Kenapa? Sebab tajuk je pun dah membuatkan aku tertanya-tanya. Apakah pesanan terakhir seorang lelaki? Siapa pula lelaki tu? Seorang suamikah?. Tambahan pula, ramai yang kata novel ni best, so memang semakin menambah semangat aku untuk membaca novel ni.

Permulaan novel ni menceritakan mengenai Atiqah yang sering bermimpikan ayahnya yang dalam keadaan pelik, berdoa, dan kemudian berkata mahu meninggalkannya. Padahal ketika itu, ayahnya berada di Mekah. Ibunya, Zainab juga bermimpikan ayahnya, tetapi mimpi ibunya lain dari Atiqah. Ibunya pula bermimpi yang bekas suaminya (ayah Atiqah) merayu-rayu padanya. Adakah mimpi hanya mainan tidur, atau mimpi 2 beranak ini adalah satu petanda?. Ia membuatkan aku berfikir, tapi hati aku kuat mengatakan bahawa ayah Atiqah akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Sebab itulah tajuknya Pesanan Terakhir Seorang Lelaki. Tapi aku nak tahu juga, apakah pesanan terakhirnya tu.

BACA JUGA :  NOVEL CINTA KONTRAK NURUL AIN SYUHADA - SINOPSIS DAN REVIEW

Ok, pembacaan diteruskan dengan penuh kesabaran. Jalan cerita tidak banyak suspen dan tak banyak memainkan perasaanku. Maksudku, takde lah rasa berdebar, suspen atau rasa tertanya-tanya. Cuma aku tertanya juga, dengan siapakah Atiqah berkahwin? Dengan Faizal, bosnya atau Nik Arif, anak tuan rumah yang disewanya?.

Atiqah seperti sikit menyukai Faizal. Faizal pula sukakan Atiqah dan sering memanggil Atiqah sayang. Tetapi, ayah Faizal, Tuan Ahmad mahu menjodohkan Faizal dengan anak rakannya, Kasmah dan tidak menyukai Atiqah kerana Atiqah hanyalah seorang kerani biasa. Tuan Ahmad menggugut anaknya agar menjauhkan diri dari Atiqah. Faizal tersepit namun akhirnya akur.

Hajah Mimah (tuan rumah merangkap ibu Nik Arif ) pula sangat berkenan dengan Atiqah dan mahu menjadikannya menantu. Tetapi Nik Arif pula menghina Iqa, kerani cabuk, berkereta buruk yang bunyinya pun dah macam motorbot dan perempuan gatal kerana sering tersenyum-senyum padanya. Nik Arif sebaliknya memuji rakan serumah Atiqah yang cantik dan bekerja sebagai setiausaha. Nik juga sering keluar berdua dengan June (teman serumah Atiqah).

Tapi, akhirnya Nik Arif jatuh cinta dengan Iqa. Aku rasa sangat tak suka dengan watak Nik yang sangat gatal, tangan suka merayap-rayap dekat Iqa, dan selamba je mencumbui Iqa walaupun Iqa belum lagi jadi isterinya. Mungkin sebab aku alergik kot dengan lelaki yang tangan merayap dan lepas laku ni. So, aku tak suka watak Nik Arif ni. Ngeh2… 😀

Iqa mendiamkan sahaja dirinya dihina dan dipandang rendah oleh orang sekeliling dan tetap tidak mahu mendedahkan identiti dirinya yang sebenar. Sabar betul si Iqa ni. Tidak pernah mahu menonjolkan dirinya yang sebenarnya sebagai anak Datuk Marzuki, seorang usahawan berjaya yang sering muncul di dada-dada akhbar.

Novel ni bagi aku jalan ceritanya ringan je lah, sebab takde konflik perasaan sangat kot. Mungkin sebab aku baru je habis baca Cinta Tiada Akhirnya yang banyak unsur suspen, jadi perasaan aku sedikit hambar ketika membaca novel ini. Huhu..Tapi tu tak bermakna yang novel ni tak best. Best je sebenarnya, sebab jalan ceritanya lain dari kebanyakan novel yang terdapat di pasaran yang aku dah baca. Tak tahulah kalau ada yang ceritanya lebih kurang sebab tak semua novel aku baca. 😀

Selebihnya, membaca cerita ni menyebabkan aku meluat je dengan perangai si Nik yang gatal tu, dan si Iqa tu pula marah pun macam tak marah sangat bila Nik tu lepas laku je. Huhu…nak buat macam mana kan, orang dah sayang ni, marah pun marah-marah sayang je lah. 😀

Oklah, ini jelah yang nak aku celotehkan tentang novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki ni. Apakah dia pesanan terakhir seorang lelaki kepada seorang lelaki ini? Kalau nak tahu, bacalah novel ini. Kalau baca non-stop dari pagi, rasanya sehari je pun dah boleh habis kot, sebab 400++ muka surat je.

BACA JUGA :  SINOPSIS NOVEL TENTANG DHIYA

pssttt: Karya Fauziah Ashaari vs Norhayati Berahim. Yang mana satu lagi anda suka karyanya?. Sekarang aku tengah baca Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni pula. Hehe 😀

Semalam ter’miss’ drama Gemersik Kalbu sebab on the way balik kampung. Ni nak layan drama tu kat tonton pula. Adios… 😛

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

error: Content is protected !!