Kesungguhan penting ketika bertanding. Bagi yang suka join contest, memang jelas ketara yang kesungguhan dan kerajinan merupakan satu elemen yang sangat penting.
Yang pertama, mestilah kena rajin mencari contest di mana-mana. Sana-sini ada blogger yang anjurkan contest. Kalau tak rajin mencari memanglah tak tahu contest apa yang sedang berlangsung. Blogwalking adalah salah satu cara untuk tahu kat blog mana yang ada contest. Selain dari tu, boleh cari contest kat ping site.
Yang kedua, masa join contest tu kenalah bersungguh-sungguh. Tahap kesungguhan ni terpulang pada tahap kesukaran contest yang disertai. Aku memang suka join contest sana-sini. Dah banyak contest yang aku join, dan dah banyak juga yang aku menang walaupun bukan semua contest aku menang. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.
Adik suruh aku buat senarai contest yang aku menangi di blog ni, tak kiralah hadiah kecil, atau hadiah besar. Tapi sampai sekarang tak terbuat list tu. Sebab banyak juga dah lupa contest mana yang dimenangi. Hehe…
Contest paling besar hadiah yang aku menang ialah dapat RM2,500 beserta trofi dan sijil. Ni contest peringkat kebangsaan lah. Bukan yang blogger-blogger anjurkan. 😀 Dapat duit ni, aku sambar gadget impian aku. Apa lagi kalau bukan Samsung Galaxy Tab. Ada lagi balance duit ni, tak tahu lagi nak beli apa. Beli external hard disk kot nanti.
Sekarang ni aku kagum tengok kesungguhan dan consistency para peserta peringkat akhir contest gadget impian yang dianjurkan oleh Denaihati. Ni contest yang besar, di mana blogger yang menang contest ni akan dapat gadget yang diimpikan. Macam-macam gadget canggih idaman blogger.
Aku masa peringkat awal lagi, dah kurang beri tumpuan pada contest ni. Awal-awal lagi aku dah give up. Bukan sebab aku tak nak gadget idaman aku ni, tapi aku awal-awal lagi dah rasa yang aku akan kecundang dalam contest ni.
Oleh kerana aku pun ada join banyak contest lain, serentak dengan contest ni, maka aku memilih untuk lebih memberikan tumpuan pada pertandingan lain yang aku sertai. Itulah yang aku menang RM2,500 tu. Alhamdulillah. Hasilnya sama juga, aku dapat juga gadget impian aku tu, walaupun tak mendapatkannya dari contest Denaihati ni. Itulah namanya rezeki ada di mana-mana. Rezeki aku mungkin bukan di contest gadget impian Denaihati ni, tapi rezeki rakan-rakan blogger yang lain.
Apapun, aku memang rasa kagum dengan kesungguhan para peserta akhir contest ni. Memang nampak komitmen penuh yang mereka tonjolkan dalam merealisasikan impian mereka. Memang semua peserta akhir bukan calang-calang orang. Ni dah bukan je kata ada rezeki ada lah. Tapi rezeki memang perlu dicari, diusahakan. Kerana yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.
Siapa agaknya yang berjaya dapat gadget impian mereka?. Tak sabar aku nak tahu siapa pemenangnya. Contest ni memang tough. Seramai 103 peserta yang menyertai contest ni, hanya 18 orang sahaja yang berjaya mengumpul mata lebih dari 1000 dan hanya 15 orang sahaja layak ke peringkat akhir.
Semua peserta dah cuba yang terbaik, sebaik mungkin yang mereka boleh lakukan. Kagum dengan semangat mereka, aku juga turut bagi sokongan dan bantuan kepada rakan-rakan blogger yang berjaya ke peringkat akhir. Tapi ada juga yang aku tak sempat tolong. Rezeki masing-masing lah ek, siapa yang dapat komen, share, tweet dan G+ dari aku. Tahniah kepada mereka semua kerana berjaya ke peringkat akhir.
Senarai peserta akhir Contest Gadget Impian anjuran Denaihati beserta gadget impian masing-masing:
Zie Fauzie -Samsung Galaxy Tab 10.1
UpProfits – Samsung Galaxy Note
Zulseffort – Samsung Galaxy Tab 10.1
Aku Mahu Hidup Bebas – MacBook Pro
(Senarai peserta setakat 21/2/2012 jam 5.33 petang.)
Walaupun aku tak dapat gadget impian melalui contest ni, tapi aku dapat juga senaskah buku “Khalifah Ganti Superman” tulisan Tan Sri Ali Hashim, hadiah saguhati untuk semua peserta yang menyertai contest ni. 😀 Buku pun bagus juga kan?. Ianya akan jadi amat berharga sekiranya diamalkan ilmu yang terdapat di dalamnya.
p/s: Siapakah pemenang contest gadget impian Denaihati?. Bukan peserta je yang berdebar, orang lain pun berdebar juga nak tahu siapa yang menang. 😀
memang kena konsisten dan berusaha sungguh-sungguh sebab peserta peringkat akhir bukan calang-calang hebatnya.
kayaknya masih ada 3 entri yang belum keluar..
masuk contest memang perlu fokus, terutama contest yang besar – besar macam ni.
Iya kang Iwan. Ada lagi entri yang belum dipublish. Terima kasih kerana mampir di sini 😀
syoknya dah dapat gadget impian walaupun bukan dr contest Denaihati… Betul, kesungguhan untuk join contest ni mmg penting… Jika xde rzeki di sini mungkin ada di sana… 🙂 Macam Sya la…
p/s: Galaxy Tab mana satu ni, syok tak??? 🙂
Betul gak kata syaisya tu ekk…kalau dh masuk kena la ada kesungguhan…nak2 contest besar mcm kt D/H tuu…sbb tu x join contest kt D/H….takut tak mampu bg komitmen…nak cari entri yg syaisya menang rm2,500 tu arrr….- mungkin pas ni nak layan contest je kot…hehehe
saya hanya mampu melihat orang lain mengejar dengan pantas..;)
tak kesahlah siapa yang menang. Janji, depa puas hati. 🙂
Tab 8.9, Zie 😀
Sya tak semua contest pun bersungguh2. Kadang2 tu saja2 je join sebab hobi. Kadang2 tu tak budget pun menang, tapi boleh menang, terperanjat juga. Tapi rezeki takkan nak tolak. Terima je. Alhamdulillah rezeki Allah nak beri. Kadangkala Allah beri kita rezeki dari sumber yang kita tak jangka.
Untuk contest DH ni pun Sya saje je testing power, tengok tanpa kesungguhan boleh pergi sampai mana. Memang tak jauh ler perginya. Hehe.. 😀
Wah, kalau Yas lepas ni layan contest je, tipis lah peluang Sya untuk menang. Yas hebat bercontest. 😀
Yang penting Cikgu dah buat yang terbaik. Jika memang rezeki cikgu, takkan ke mana. Sya pun tak sempat nak bantu cikgu. Masa tu tak mengikuti sangat final stage ni. Jika berkesempatan Sya pasti akan tolong rakan2. Suka tengok kesungguhan orang bertanding. Memberi kesedaran dan inspirasi kepada diri Sya sendiri. Sya pun selalu join contest, jadi memang faham perasaan orang yang bertanding ni. Sokongan kawan2 memang diperlukan untuk contest yang memerlukan undian 😀
Kalau dah berusaha sehabis baik, memang puas hati lah. Tahap kepuasan berbeza untuk setiap orang.
Iskkk…jgn gitu syaisya…tak de hebat mana pun, kalau hebat dh banyak dah menang…ni baru sekali je menang…tgu yg satu lg sampai skg x de announce…hehehe
Thanks for this article.
Btw, menang apa 2.5k tu? Macam menarik je. Hehe.
Serius stress sbb contest ni, lepas tamat je malam semalam, satu kelegaan 😆
Salam ziarah. Jemput joint juga ya Giveaway akak, boleh lihat di http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html
jangan lupa tekan button share di bawah tajuk entry akak ni (http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html) untuk share di facebook @ tweeter.
insya Allah, berjaya dapatkan pack serbuk tu nanti.
huhu.. tak sempat join. Good luck untuk contest iPhone 5 tu. Belum keluar keputusan pemenang lagi, kan.