1 lagi novel yang laju je aku baca, selepas berjaya khatamkan novel Sayangku Casper. Tajuk novel ni Quartet, buah tangan Saidatul Saffaa.
Novel ni mengisahkan seorang gadis bernama Misa dalam misinya mencari cinta. Mencari menantu idaman ibunya, seperti Sami Yusuf. Dalam misi pencariannya ini, cinta Misa asyik tersalah jatuh. Misa mudah jatuh cinta, dan mengangankan lelaki yang dicintainya itu menjadi pasangan hidupnya. Dalam melengkapkan misi mencari calon suami ini, Misa melalui proses transfromasi dalam dirinya.
Dari gadis free hair, Misa mula memakai tudung shawl dan akhirnya memakai tudung labuh. Kekecewaan demi kekecewaan yang dialaminya menjadikan Misa seorang gadis yang semakin kental hatinya.
Novel ini digarap bertunjangkan maksud Surah Al-Thalaaq, ayat 2-3:
” Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan larangna-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas dihatinya”.
Dalam novel ini juga ada menyebut beberapa buku yang bagus untuk santapan rohani melalui buku-buku yang dibaca oleh watak-watak dalam novel ini.
Secara keseluruhannya, novel ini sempoi sahaja gaya bahasanya, tapi penuh dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembacanya. Untuk muhasabah diri pun bagus juga 😀 Cintailah diri sendiri sebelum menyintai insan lain. Jangan menyintai hamba Allah, lebih dari Nya.
SINOPSIS NOVEL QUARTET
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah.
Sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.
Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.
p/s: Ok, aku nak let go novel ni. Macam biasalah kan, lepas baca aku jual sebagai novel 2nd hand. Harga asal RM20. Aku jual RM 15 je lah. Tak termasuk pos. Novel masih dalam keadaan tip top. Baru sekali baca je pun. Aku khatamkan pun dalam tempoh 24 jam je. 😀 Berminat nak beli, email je kat aku novel2ndhand(at)gmail.com.
Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.
gua sudah berhenti kejap baca novel. tunggu demam gua sembuh dulu..
lama betul ko demam ni Titan. patut kena masuk wad ni. dirawat oleh nurse dan Dr yang cun, baru ko sihat. Hahaha.. 😛