menaip keyboard

Ya, sekarang ni aku rasa rindu sangat nak menulis dengan bebas. Bebas membuat apa sahaja entri di blog ni. Kadang-kadang kata hati ni bertingkah. Nak buat entri bebas mengikut apa yang sedang kurasakan, tetapi kadangkala aku menemui sesuatu yang menarik pula untuk dikongsikan dengan orang ramai.

Aku tak nafikan. Sejak blog ini dah kurang entri personal, dan lebih kepada entri-entri info, aku memang rasa seronok dapat berkongsi info dengan para pembaca. Tidaklah aku terlalu mengejar trafik yang tinggi. Bagi aku, aku seronok dapat memberikan maklumat kepada mereka yang memerlukan.

Kejar keyword yang mempunyai permintaan tinggi?. Kadang-kala aku buat juga. Tapi selalunya aku malas juga. Bukan semua entri panas yang aku kejarkan. Aku cuma buat entri yang aku minat nak buat sahaja. Kadang kala, bila aku melawat blog rakan-rakan blogger yang lain, aku tahu entri itu ada permintaan yang tinggi, tapi aku tak buat entri tu di blog sebab aku tak minat perkara tersebut atau kadang kala aku rasa susah kalau aku nak follow sesuatu isu itu. Aku lebih cenderung untuk buat entri yang lebih dekat dengan aku.

Aku suka layan drama-drama di tv3, jadi aku buat entri berkenaan drama yang aku tengok. Aku suka baca novel, jadi aku buat review novel yang aku baca. Kalau pada masa yang sama, entri-entri ini mendapat permintaan yang tinggi, ianya akan menjadi bonus untuk aku.

Tapi kadang-kadang, rasa rindu bertandang juga untuk menulis entri-entri yang lebih bersifat luahan perasaan atau sekadar nukilan apa yang berada difikiran. Tapi entahlah. Kadang-kadang rasa malu pula nanti kalau orang baca. Hihi…. Tapi takpelah, agak-agak kalau rasa malu tu terlebih tebal pula dalam diri ni, lepas taip entri, private kan je lah entri tu kan. 😀

BACA JUGA :  BERPINDAH DARI BLOGSPOT KE WORDPRESS
error: Content is protected !!