Alhamdulillah, akhirnya blog aku dah pulih seperti sedia kala. Dah 2 hari dia sakit. Hehe…Biasalah kan, blog under maintenance, sebab aku tukar hosting. Selepas proses domain propagation selesai, blog aku terus tak boleh diakses. Huhu….

Apapun ni pengalaman pertama aku tukar hosting. Lepas ni tau dah lah apa perkara yang perlu dibuat sebelum melakukan proses penukaran hosting. Antaranya jangan update blog selepas proses restore dilakukan walaupun dns belum diubah. Lagi satu, letak blog status ‘under maintenance’ sebelum menukar name server kepada server yang baru.

Huhu.. Takpe, belajar dari kesilapan. Patutnya perkara ni boleh settle sekejap je. Yang menyebabkan blog ni sakit sampai 2 hari sebab aku kat kampung. Puasa berblog sekejap. Hehe… tapi aku pantau perkembangan semasa blog aku, cuma aku tak boleh nak buat apa-apa tindakan, sebab line brodband sangat limited di kampungku. So, aku hanya mampu tengok jelah, blog ni demam kura-kura. Kui kui kui.

Sekarang dah okey dah. Alhamdulillah, setelah berurusan sejam setengah dengan hosting provider baru ni. Memang cepat support yang mereka berikan. I like!  😀

p/s: Ada yang bertanya hosting mana yang aku gunakan sekarang ni, bolehlah klik SINI untuk ke website syarikat hosting tu. Setakat ni memang tip top support dari mereka sebab aku dah tanya macam-macam soalan kat diorang sebelum mengambil keputusan untuk beli hosting dengan mereka. Pukul 2, 3 pagi pun ada technician yang jawab soalan-soalan aku. 😀

BACA JUGA :  JOM UNDI MEREKA: BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA 2010
error: Content is protected !!