3 Janji bakal menggantikan drama Vanila Coklat yang menjadi kegilaan ramai sebelum ini. Drama 3 Janji arahan Heykal Hanifah ini akan mula ditayangkan pada 20 Mac 2012 setiap Selasa jam 9 malam.
Peluang untuk jadi kawan kepada Miss Malaysia
PELAKON DRAMA 3 JANJI
Liyana Jasmay (Dahlia)
Shahrizal Jaszle (Khursy)
Shah Iskandar
Ana Dahlia
Idzham Ismail
Hanez Suraya
Ungku Ismail
Roy Azman
Rosnah Johari
Zara Zya.
3 servis pakej broadband pada harga RM59.
SINOPSIS 3 JANJI
Drama 3 Janji mengisahkan seorang gadis bernama Dahlia yang berkawan rapat dengan Khursyi sejak kecil. Mereka saling sayang-menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi meninggal akibat kemalangan yang menimpa mereka semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM.
Sejauh manakah anda sihat?. Gunakan Wellness Profiling ini untuk mengetahuinya.
Dahlia redha dengan pemergian kawan rapatnya, Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 JANJI yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terkahir mencari suami terbaik.
Kini muncul dalam hidup Dahlia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi?.
Sama-sama kita saksikan drama 3 Janji yang akan ditayangkan di slot Lestary, tv3 mulai 20 Mac 2012.
Vanila Coklat akan difilemkan
Ramai peminat Vanila Coklat mengharap agar drama 3 Janji ni akan best macam drama Vanila Coklat yang berjaya menarik perhatian 4.5 juta penonton sekaligus mencipta rekod sebagai drama bersiri yang paling ramai ditonton. Dengar-dengar Vanila Coklat nak difilemkan dan pengambaran akan dimulakan paling lewat bulan Mei ini. Mesti Filem Vanila Coklat dapat sambutan hangat dari peminatnya nanti. 😀
Sumber: Nurizspace (pelakon, sinopsis dan gambar 3 Janji), Encik Nakal (Filem Vanila Coklat)
Kongsi Pelakon dan Sinopsis 3 Janji ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.
kawan cakap vanilla coklat best…
mak aih..semua yg terbaik dia janjikan tu..gandingan liyana n shah…xleh nak komen pape..kena tgk dulu..