beza karenah atau kerenah

Karenah dan kerenah. Apa beza kedua-dua perkataan ini, selain dari perbezaan ejaan dan huruf ‘a’ dan huruf ‘e’?. Sebenarnya tadi aku dah taip satu entri yang diberi tajuk “Melayan Kerenah Wanita Mengandung”. Tapi setelah entri siap, aku rasa tak jadi pula nak publish entri tu, sebab watak wanita mengandung tu ialah akak aku sendiri. Akulah yang melayan kerenah dia. Hehe… 😀 Atas sebab-sebab tertentu, aku tak jadi publish entri tu, dan digantikan dengan entri ini.

Ketika hendak memberikan tajuk tu, aku terkeliru sebentar. Karenah atau kerenah?. Apa beza karenah dan kerenah?. Carian di enjin pencarian google membawa aku ke laman Portal Pendidikan Utusan.

Karenah dan kerenah memang mempunyai maksud yang berbeza iaitu:

Karenah =  alamat, bukti, tanda, dan cena.

Kerenah = ragam, tingkah laku, kemahuan dan perangai.

Contoh ayat menggunakan perkataan karenah dan kerenah:

Kejadian-kejadian ganjil yang sering terjadi kini menunjukkan karenah akhir zaman.

Kelambatan pemprosesan permohonan itu disebabkan oleh kerenah birokrasi.

Jadi, secara tak langsung, untuk membuat satu entri di blog, aku telah dapat belajar kosa kata baru. Hehe…tambah perbendaharaan kata, dah lama tak belajar Bahasa Malaysia ni. 😀

p/s: Antara yang bestnya blogging, blogger dapat belajar banyak perkara baru. 😀

Kongsi perbezaan maksud karenah dan kerenah ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

BACA JUGA :  PIZZA HUT PERCUMA
error: Content is protected !!