PANDUAN MEMILIH KERJAYA DAN HALA TUJU KERJAYA SELEPAS SPM
Halatuju selepas SPM. Selepas SPM nak ke mana?. Apakah laluan kerjaya bagi lepasan SPM. Banyak pilihan yang ada dan boleh dipilih.
Dulu lepas SPM, Sya pun tak tahu nak ke mana juga. Mak galakkan anak-anak dapatkan pelajaran dan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ayah pula lebih menitik beratkan kemahiran. Ayah kata kemahiran lagi penting, kelulusan tak penting. Mak pula berpendapat pendidikan dan pelajaran boleh mengubah nasib keluarga.
Sementara tunggu result SPM, Sya bekerja sebagai waitress dan juga cashier. Hehe..sempat lagi tu tukar pekerjaan. Jadinya, dah merasa juga lah kerja tanpa memerlukan kelulusan yang tinggi ni. Terlalu berbeza sebenarnya pekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi dan juga pekerjaan yang tanpa kelulusan.
Dapat tawaran Matriks, Sya pergi. Esok dah nak berdaftar, hari ni masih lagi kerja. Takde rehat banyak sangat pun. Lepas tu dalam tempoh tak sampai 24 jam, kehidupan aku dah berubah, dari kerja tiba-tiba dah jadi student semula. 😀
Habis matrikulasi setahun, masuk U pula. Lepas 4 tahun setengah, jadi Engineer selama 3 tahun. Lepas tu sambung belajar buat Master pula. So, sekarang ni, jadi student lagi. Hehe… aku suka lagi jadi student berbanding kerja. Lepas ni nak sambung PhD pula. InsyaAllah.
Untuk adik-adik lepasan SPM yang tak tahu laluan kerjaya selepas SPM ni, di bawah ni ada beberapa tip memilih kerjaya yang adik-adik idamkan.
PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA SELEPAS SPM
Lepas SPM sebenarnya ada 2 pilihan besar. Yang pertama bekerja dan kedua melanjutkan pelajaran. Pilih yang mana satu sebenarnya yang kita nak. Tak semua orang minat belajar. Kena ikut juga kelayakan dan kebijaksanaan masing-masing. Ada juga yang tak pilih dua-dua pilihan di atas, tapi dia pilih kahwin dan jadi suri rumah sepenuh masa. Ni untuk perempuan lah. 😀 (Kalau jodoh dah sampai, apa salahnya, kan. Hehe ).
Bagi yang keputusan SPM bagus, lebih baik lanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Bidang apa yang nak dipilih, bergantung kepada kerjaya apa yang kita pilih dan minat. Minat itu penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Barulah kita akan rasa enjoy buat kerja yang kita suka. 😀
Ada yang berminat nak jadi doktor?. Boleh baca entri Hidup Sebagai Doktor ni.
Nak sambung belajar di mana selepas SPM?
Nak sambung belajar, ada banyak cabang lagi:
- Tingkatan 6
- Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Belajar ke luar negara
- Dan lain-lain..
NAK KERJA APA LEPAS SPM?
Macam mana nak tahu apa yang kita minat dan kerjaya yang sesuai?
Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri sendiri setelah berjaya melaksanakannya.
Tetapi jika adik-adik ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, adik-adik boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun internet serta buku-buku panduan kerjaya yang terkini. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.
Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.
Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti.
Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.
Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.
TIP MEMILIH KERJAYA
- Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
- Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
- Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
- Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
- Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.
Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi Sya Isya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Ingat! Pilih kerjaya, bukan kerja!.
Klik SINI untuk mendapatkan rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini.
Good luck!. Semoga adik-adik berjaya dapat kerjaya yang diidamkan.
Kongsi tips memilih laluan kerjaya dan hala tuju selepas SPM ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
Like FB Page Syaisya.com untuk update-update yang akan datang.
semoga sukses LINK lepasanSPM.com .. hehe..
sekarang ini semua calon sedang tunggu keputusan U/Matrik
gudluck tewww.. ehhhee
good luck utk study, mudahan sampai dapat phd nanti.
hadapi msalah yang same dulu before dapat tawaran masuk u..
da dapat masuk..takkan pernah sia2kan peluang yang da diberi..:)
jika kita x dpt matrik kita leh cube tingkatan 6 atau polytech..mmg byk cara utk berjaya.. 🙂
ada makna tu. hahahahah 😛
nasihat kepada lepasan SPM, kalau berjaya masuk U, pastikan belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jangan nak main-main pulak bila dah berjaya memijak kakai di menara gading
buatlah pilihan yang terbaik…
yang penting kerjaya yang dipilih benar-benar akan mendapatkan kita pekerjaaan kelak.
susah nak cari kerja, pengalaman kena ada.. sekarang ni kerja orang nak ada pengalaman, boleh buat ape yang dikehendaki…
so pilihlah yang betul2 minat
saya ambil diploma lepas SPM.. sekarang tgh praktikal di tapak bina.. . memang ilmu itu penting.. . dan suasana bekerja dengan suasana di hostel ketika belajar berlainan. saya mengaku saya lebih suka suasana belajar dan jadi student. .. .
insyaAllah tahun depan habis diploma terus sambung degree dlm engineering.. phD itu cerita no 2 .. . 🙂 🙂
thanks for all of it..very helping..
bab2 nak pilih kursus ni plg memeningkan kepala
mesti dapat banyak sales ni. hehe..
salam sume 😀
saya still student lagi. baru nak amik spm. sy minat sesangat biology. plan nak amik medic. tapi rasa cam tak yakin sbb otak sy susah ingat sket kalo menghafal. hehe. tapi bi pon sy suke. so, patot tak amik medic?
thanks, senior 🙂
sya msh pning kpala fkr kn hala tuju sya lepas spm nie..
bagi tnjuk ajar kpd sya..ok..:)
salam..kak..sy bimbng n rungsing n sdih..sya bru je sbln abis spm..kwn2 sy rmai da dpt offer..ade yg da fly..sy mrsm student..sy xtaw na apply ape..mmndngkn result trial sy ad 2 failed..spm sy xtaw la mcmmne..hrp kak bg sdikit kate smngt..sy nak jugak fly mane2..india or arab xpe dah..
salam, dik ezzati. Akak dulu pun teringin nak belajar oversea, sampai sekarang pun masih ada keinginan tu. Tapi, akk tak fly pun ke mana2. Ya, biasanya yang sekolah asrama memang fly. Akak dulu sekolah harian biasa je. Rezeki masing-masing, dik. Biarlah kawan-kawan tu fly, Insya Allah, adik akan dapat tempat yang terbaik untuk adik nanti. Akak dari dulu sampai sekarang nak belajar kat oversea, last-last, sampai Master ni pun masih di Malaysia. Insya Allah, akak cuba ke oversea untuk PhD nanti.
Kat mana-mana pun dik, tetap belajar juga. Dapat buat degree juga. Masuk matrikulasi pun ok juga lepas setahun matrik, boleh buat degree terus. Ezzati mungkin boleh baca kisah akak masa nak ambil SPM ni http://syaisya.com/2010/03/spm-aku-tak-nak-straight-a-2.html. Apa yang akak nak tekankan di sini, result percubaan SPM bukan segala-galanya. Result SPM juga bukan segala-galanya. Setiap orang ada rezeki masing2.
Moga jawapan akak ni dapat membantu adik Ezzati. 😀 Senyum sokmo, deh. 😀
cuba minta nasihat ahli keluarga dan guru kaunseling. Mereka boleh tunjukkan kamu, banyak jalan yang boleh kamu pilih dan lalui. All the best, ya 😀
Ikut yang mana satu nisha prefer. Dalam apa pun yang kita buat, kita kena yakin. Pernah dengar lahu “Fikirkan Boleh”?
“Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan!.
Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”.
Lirik lagu ni mempunyai mesej yang sangat mendalam. Boleh cuba hayati.
Good luck, and All the Best, Nisha! 😀
Baru Habis Spm . Kos Apa Yang Bagus Diambik …? Yang Boleh Bawa Kejayaan ? Pening Dan Rungsing Memikirkannya .
Pening? Minta pendapat ahli keluarga. Tak pun, kat sekolah kan ada guru kaunseling, boleh tanya guru kaunseling. Good Luck! 😀
mmg btol..restu family tu pnting..tp nk buat mcm mne ek lau fmly nk suruh jd doktor,,tp sy nk jd eng chemist..maa ckp bdq pompuan susah nk dpt kerja lau jd eng..akak amek kos ape time matrix tok jd eng?blh terangkn x sikit psal kerjya akak?
salam kak 🙂
akak sy skrg tgh keliru dan dlm dilema nk pilih u ataw matriks . sy dpt uitm kos sistem maklumat perakaunan dan matriks nti sy akn pilih akaun even sy dpt twrn sains . hati sy berbolak balik nk pilih yg mane . akak , lepasan matriks ade ke yg oversea ye ? terutamanye bdk kos akaun ?
Mmmm saya bersetuju ngan pendapat awak…. awak memang betul dalam hal
nie….