Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, pelakon dan juga pelawak telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi di rumahnya di Kota Damansara. Arwah mengembuskan nafas terakhir di sisi isterinya dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Berita kematian Bob Kuman telah disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi. Mazidul Sidek juga turut mengumumkan pemergian arwah Bob Kuman di blognya.

Kira-kira dua minggu sebelum ini, telah tersebar angin kononnya telah meninggal dunia. Ekoran khabar angin tersebut, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan arwah mengalami masalah sesak nafas.

Menerusi laporan akhbar Berita Harian 5 Mei, adik Allahyarham, Syahrin Madzmin, berkata arwah Bob meninggal ketika tidur berikutan komplikasi penyakit yang dihadapi dan pemergiaannya itu disedari isterinya yang cuba mengejutkannya.

Arwah dipercayai menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair dan obesiti. Masalah sesak nafasnya bertambah teruk serta berlarutan sejak penghujung tahun lalu.

Arwah yang terbabit dengan penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak ketika itu berdepan dengan masalah penafasan teruk apabila miang buluh masuk menerusi hidung dan mengakibatkan pendarahan banyak.

Takziah kepada ahli keluarga arwah Husni Mohd Rawi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber: Sinar Harian dan portal murai

BACA JUGA :  FINALIS JUARA LAGU KE-25, 2010
error: Content is protected !!