Pernah dengar tak pasal aura positif dan juga aura negatif?. Sebenarnya, dalam badan kita ni memang ada cas positif dan juga cas negatif. Kali pertama yang aku betul-betul dengar orang bercakap pasal aura ni dalam tempoh masa yang paling lama dan terperinci ialah ketika menghadiri Seminar Kuasai Potensi Diri Wanita yang diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, 2 bulan lepas yang dianjurkan oleh Richworks Human Capital Development. Speaker untuk program ini ialah Dr. Azizan Othman, Jurulatih Kejayaan No. 1 Malaysia dan juga perunding imej, Fiona Tahir. Seminar ini percuma je 😀

Tapi yang aku nak cerita dalam entri ini bukanlah pasal seminar, pasal Fiona Tahir mahupun Dr. Azizan Othman. Tapi ni aku nak cerita pasal ilmu aura yang aku dapat masa seminar tu. Pasal aura ni tak ditekankan sangat oleh Fiona dan Dr. Azizan Othman semasa sesi bersama dengan mereka.

Tapi, selepas seminar ni, sesiapa yang nak semak aura yang ada pada diri masing-masing, boleh ke tempat yang dah disediakan, dan selepas itu, ada sesi penerangan pada mereka yang berminat untuk tahu pasal aura ni. So, kawan aku pergilah check aura dia. Lepas check aura ni, akan diberikan sekeping gambar aura. Penerangan pasal aura ni dibuat sekali dengan merujuk kepada gambar aura masing-masing. Ketika itu, aku merujuk kepada gambar aura kawan aku sebab aku tak check aura aku. Time tu aku tak snap pula gambar aura dia, tab aku bateri kong. Handset aku pula, memang basic je, takde camera. Kalau korang nak tahu gambar aura macam mana, google je lah ya. Aku malas pula nak copet gambar orang lain :D.

Aku tak reti nak ulang balik apa yang pekerja Richwork tu cerita pasal aura. Apa yang aku nak ceritakan dalam entri ini, adalah pengalaman yang aku sendiri rasa. Pengalaman aku serap aura positif orang lain, baru sebentar tadi 😀

Yang pastinya, setiap orang ada aura yang berbeza. Orang yang positif, mempunyai fikiran yang positif dan sentiasa bersikap positif, akan ada banyak aura positif dalam diri dia dan begitu juga sebaliknya. Jadi, dalam kehidupan seharian ni, kita berjumpa dengan macam-macam orang. Jadi, ada macam-macam aura.

Aura ni pula boleh berpindah dari seorang kepada seorang yang lain, yang ada berhampiran. Jika kita berada disamping orang yang mempunyai banyak aura positif, aura positif dia akan pergi kat kita. Begitu juga sebaliknya. Jika kita ni negatif orangnya, kita akan bagi orang tu aura negatif kita. So, orang tu dapat aura negatif kita, kita pula dapat aura positif orang tu. Hehe… Tapi kalau dua-dua positif, tu baguslah. Kita akan jadi bertambah positif. Kalau dua-dua negatif, bertambah negatiflah jadinya.

BACA JUGA :  HARI INI, 2 BERITA YANG MENYEBABKAN HATI INI GUNDAH GULANA

So, baru beberapa jam lepas, aku experienced apa yang diceritakan oleh pekerja Richwork (aku dah lupa nama dia.. huhu ). Terus terang, memang apa yang aku rasakan ialah sangat fresh. Aku rasa sangat segar. Aku sendiri pun tak sedar, ketika berada bersama dia, tapi selepas aku keluar dari pejabat dia, aku rasa lain.

Sebenarnya, aku ni negatif orangnya. So, masa bercakap dengan dia, dia cakap aku ni negatif sangat. Dan masa tu, dia ada mention perkataan aura, terus aku teringat cerita pasal aura yang aku dengar beberapa bulan lalu. So, bila dia sebut perkataan tu je, terus aku terasa. Ya, aku telah keluarkan aura negatif kepada dia. Alahai.. kesian dia. Tapi, hakikatnya dalam kehidupan, memang lah begitu. Tanpa kita sedari, yang sebenarnya, kita saling bertukar aura dengan orang sekeliling kita.

So, untuk orang tu, eloklah di sini kalau aku gunakan perkataan ‘puan’, puan tersebut perlu cepat-cepat menampal balik kebocoran aura yang telah berlaku pada diri dia sepanjang waktu berbicara dengan aku. Ada banyak cara sebenarnya untuk tampal kebocoran aura ni. Bila puan dah serap aura negatif aku, so akan berlaku kebocoran aura pada dirinya. Tapi, masa puan berbual dengan aku pun, puan memang ada mention yang puan tak nak ambil aura negatif aku. Hehe.. dia ada cara untuk tolak aura negatif 😀

Seriously, aku benar-benar rasa lain selepas bercakap dengan dia adalah dalam sejam. Aura positif dia masih lagi terasa  sekarang ni walaupun dah hampir 3 jam aku melangkah keluar dari pejabat dia. Aku rasa banyak kot aura positif dia yang aku serap. Hehe…  Ni pengalaman pertama aku rasa macam ni. Dengar sahaja tentang sesuatu fakta, dengan kita rasa sendiri, tak sama. So, jika selama ini, ‘aura’ itu hanya sekadar ilmu pada aku, tapi kali ni aku betul-betul rasa apa itu ‘aura’.

Apa pun, segala teguran, ilmu dan nasihat yang puan berikan kepada aku, aku akan ambil berat dan tidak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku akan amalkan dan cuba untuk menjadi seorang yang positif. InsyaAllah. Dia bukanlah seorang kaunselor, tapi dia telah menyedarkan aku banyak perkara yang aku tak sedar selama ini. Dia telah menunjukkan aku ‘root cause’, tindakan selanjutnya adalah atas diri aku sendiri sekarang ni. Kita kena tolong diri sendiri, kan?.

Moral of the story, “BE POSITIVE”.

p/s: Sorry, kalau anda yang baca entri ni tak faham apa yang aku ceritakan. Tiba-tiba aku rasa macam tak pandai nak susun ayat pula. Hehe.. Untuk sesiapa yang berminat nak belajar pasal aura ni, bolehlah mendalami ilmu REIKI. Pernah dengar tak?

BACA JUGA :  WORDLESS WEDNESDAY #11: MANUSIA PENDENGKI

p/s: Baru minggu lepas terbaca kat papan kenyataan masjid, ketika kita solat berjemaah, kita juga sedang bertukar cas positif dan cas negatif dengan orang sebelah kita.  Pertukaran cas berlaku ketika bersentuhan bahu dengan jemaah lain yang di sebelah kanan dan kiri kita. Pertukaran cas ini akan meneutralkan cas yang ada dalam badan kita. Ni adalah salah satu hikmah solat berjemaah, dan kenapa kita disuruh untuk bersentuhan bahu antara satu sama lain ketika solat berjemaah. Solat itu banyak hikmahnya 😀  Allah Maha Besar!.

error: Content is protected !!