Sekarang ni ramai lelaki kacak yang dilanda penyakit tidur lewat pagi. Bukan tidur lewat malam, tapi tidur lewat pagi sebab bersengkang mata melayan perlawanan bola Euro 2012.
Wanita cantik yang menjadi pasangan lelaki kacak ni pula terpaksa bersabar dengan kerenah suami mereka yang kacak tu. Kalau tak sabar pinggan mangkuk boleh melayang, gamaknya.
Siapakah juara Euro 2012 pilihan kebanyakan lelaki kacak?. Oleh kerana aku ni bukanlah lelaki kacak, tetapi wanita cantik (hehe :D), maka aku bertanya kepada 2 orang adik lelaki kacak aku yang memang ada satu perasaan yang ekstreme terhadap bola sepak ni.
Soalan yang sama ditanya kepada kedua-duanya “Pasukan mana juara Euro 2012?” melalui khidmat pesanan ringkas, SMS. Surprisingly, aku dapat balasan jawapan yang sama dari kedua-duanya. Walaupun sorang jawab Germany, sorang lagi jawab Jerman, tapi aku tau, tu pasukan yang sama, kan.
So, pilihan aku juga: pasukan Jerman yang akan menjadi juara Euro 2012. Follow je lah jawapan adik-adik aku yang kacak tu.
Bila aku tanya mereka kenapa Jerman, dengan penuh keyakinan, adik aku menjawab “dah study dah”. Cewah, apa yang dia study aku pun tak tahu lah. Tapi dah diorang ni memang kaki bola, kan. So, aku pun iyo kan je lah. Yang sorang penyokong tegar Arsenal, sorang lagi penyokong tegar Liverpool, tapi dua-dua pun pilih Jerman sebagai juara Euro 2012. Aku pasti mereka ada alasan mereka tersendiri untuk memilih pasukan Jerman ni 😀
Benar atau tidak Jerman akan menjadi juara Euro 2012?. Sama-sama kita nantikan. Fuuuhhh! Minta-minta lah pasukan Jerman menang. Boleh aku dapat 10,000 trafik blog dan T-shirt ekslusif ni. 😀
p/s: Aku kalau Harimau Malaya lawan, aku layan lah. Tapi, kalau pi kafe, ada ulang tayang Euro 2012, aku layan juga lah sambil menjamu selera. Best pe layan bola. Tapi aku tahu, tak semua lelaki kacak yang layan bola. Ada je lelaki kacak yang tak suka layan bola ni. Oleh kerana adik-adik aku fanatik dengan bola sepak, so aku memang takde masalah deal dengan lelaki kacak peminat sukan bola sepak ni :D. Layannnnn!
Wiih…mantap Juara Euro 2012 pilihan wanita cantik ni, moga bisa menang…
hehe.. kang Dadan, pilihan atas bantuan lelaki kacak juga 😀
saya suka dengan pesan yang ada di gambar headernya Mbak…
pesan itu Sya ambil dari 1 buku. letak di header untuk pesanan buat diri Sya sendiri yang bisa dikongsi bersama pembaca blog ini, kang.
terima kasih menyertai contest Juara EURO 2012 dan good luck
Ternyata menjagokan jerman yah sahabat…semoga sukses dech kontesnya.
Saya suka sama Spanyol sahabat
Jerman mmg ade kelebihan sendiri.. 🙂
haha kak sya main seo awalnya…..haha
saya x follow, hehe
gud luck ya.. 🙂
samala ramalan kita..hehe
Jerman ada potensi. This week bz, tak sempat nk follow. Huhu
chii nak sama ngan sya gak..mengharapkan jerman yg jadi juara 😀
anyway..all the best ye
go go Jerman! 😀 Chii pun layan bola gak eh