Sepanjang bulan Ramadhan, memang banyak restoran-restoran menawarkan promosi buffet Ramadhan. Macam-macam menu menarik disediakan. Berikut adalah beberapa promosi buffet Ramadhan yang terdapat di sekitar Johor Bahru.
BUFFET RAMADHAN 2012 JOHOR BAHRU
>> Cinta 20 sen. So sweet! <<
1. RESTORAN PUCUK REBUNG
Menu: 28 masakan kampung, resepi tradisi Johor dan Semenanjung yang terkenal.
Harga: RM 28.00 (Dewasa), RM 12.00 (Kanak-kanak).
Masa: 7 malam – 10 malam.
Tarikh: 21 Julai – 17 Ogos 2012.
No. Telefon: 010-8291889 / 010-8291899
Alamat: No. 7, Jalan Kebun Teh 1, Pusat Perdagangan Kebun Teh, 80000 Johor Bahru, Johor (Berhampiran CIMB Bank)
2. RESTORAN SHAHAB BERIANI HOUSE
(JB FAMOUS BERIANI HOUSE)
Menu: Aneka masakan beriani, kuih-muih & makanan tradisional berbuka puasa.
Harga: RM 24.00 (Dewasa), RM 12.00 (Kanak-kanak).
Promosi: Percuma buffet untuk dewasa (seorang) bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk 1 bil / tempahan makanan secara online untuk kumpulan (100 orang).
No. Telefon: 07-5214339
Lokasi: No 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.
Cawangan: G15, Jalan Mutiara Emas 9/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru.
Blog: http://shahabberiani.blogspot.com
p/s: Dah pernah makan kat sini. Baru je minggu lepas rasa nasi beriani gam berlaukkan daging lembu. Memang sodap!.
>> Crazy Mega Sales Offer! <<
3. ALONG CATERING
Menu #1: Set nasi tomato @jagung. (RM15.00)
- Ayam masak merah
- Daging masak kurma
- Acar timun nenas
- Dalca
- Mee goreng
- Air Sirap
- Percuma buah kurma, teh O dan 2 jenis kuih.
Makan secara dulang: set nasi ambang cuma RM5.00. Min 50 orang – percuma Teh O.
Menu #2: Set Melayu (RM14.00)
- Nasi putih
- Ayam masak gulai asam pedas
- Ikan kembung goreng
- Sayur cap-cai
- Ulam-ulam kampung + sambal belacan
- Bubur kacang hijau @ Set roti jala
- Buah tembikai
- Air sirap limau
- Percuma buah kurma, teh O dan 2 jenis kuih.
No telefon: 012-7038303
Lokasi: Restoran Jom Makan, No. 75, Susur Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru.
Website: www.alongcatering.com
Emel: along.catering@yahoo.com.my
FB: Along Catering Johor Bahru
4. RESTORAN D’SERAI CORNER
>> Kisah cinta 20 sen Razali dan Izyan <<
Menu: 40 jenis lauk / masakan ala-kampung
Harga: RM 19.90 (Dewasa), RM 14.90 (Kanak-kanak).
No. Telefon: 016-6664009 / 016-7404009
Alamat: AC-4, Auto Centre Pandan City, 81100 Johor Bahru, Johor
Emel: ogyman@yahoo.com.my
FB: dseraicorner
5. ABAH BERIANI HOUSE
Harga: RM 25.00 (Dewasa), RM 12.00 (Kanak-kanak).
No. Telefon: 016-6664009 / 016-7404009
Alamat: No. 12, Jalan Padi Emas 6/1, Pusat Bandar Tampoi (BBU), Johor Bahru, Johor
Emel: abahberianihouse@yahoo.com.my
FB: Abah Beriani House
6. OTAI STEAMBOAT BBQ & GRILL
Harga: RM 19.90 (Dewasa), RM 9.90 (Kanak-kanak).
No. Telefon: 017-7066880 / 017-7282286
Alamat: 17, Jalan Idaman 3, Larkin Idaman, Johor Bahru, Johor
>> Sesuatu yang anda perlu cuba sekali seumur hidup <<
Sebenarnya memang ada banyak lagi buffet Ramadhan di merata tempat. Tapi ini adalah antara yang aku terjumpa di iklan buckjet. Buat masa ni memang aku belum lagi try makan buffet Ramadhan di mana-mana tempat sebab baru 2 hari berpuasa dan makan masakan ibu yang paling lazat ni. Hehe. 😀 Tapi Shahab Beriani tu memang sedap. Tak muak makan nasi beriani yang dimasak menggunakan cara tradisional tu. Atau kalau nak makan seefood, yang glamour di Johor ialah Senibong. Entri untuk Senibong ni pun tak siap lagi. 🙁
p/s: Oh, bulan lepas berpeluang merasa makanan Buffet Ramadhan di salah sebuah hotel di Selangor. Belum siap lagi entri food review untuk Buffet Ramadhan hotel tersebut. InsyaAllah, akan siapkan bila berkesempatan nanti. Dah lama stop blogging ni, so ada banyak entri makan-makan dan juga entri jalan-jalan yang tertangguh 😀
Oh ya, dah baca TIP BERBUKA PUASA ni?
Kalau nak makan buffet Ramadhan kat hotel, boleh try Buffet Ramadhan di hotel ni. Sedap. 😉
Kongsi senarai tempat buffet Ramadhan di Johor Bahru ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
walaupun aku duk jay bee semua tempat ini aku belum pernah pergi, tapi mungkin lepas puasa ni restoran shahab tu aku nak try (sepower nsi bryani bee pee ke tak)
silalah try, Shahab ni famous juga sebenarnya. yang kat BP Sya tak pernah try pula lagi. Di mana ek, nasi beriani paling sedap kat BP? Boleh Sya try dengan family nanti.
Murah jugak harga buffet ni. Kalau duduk kat JB, dah lama try ni. hehe.
yup. ni bukan hotel so murah lah. ni restoran yang menawarkan buffet Ramadhan.
harga yg sederhana pasti tarik ramai orang Jb n singapura juga.
p/s: berbuka jarang makan banyak2.
maksud saya beriani yang dimasak oleh tukang2 masak batu pahat yang berada disekitar kawasan saya, tapi di bandar batu pahat sendiri biasanya kena dekat kebayan depan hospital shoutern (tapi sekarang putra) menghala ke muar
sy pon x pnh pi shahab tu..mcm menarik..hehe
femes kat bp? nasi beriani mat shah, kat medan selera peserai.. 🙂
Jauh dr tempat den nih…hehehehe
tahun ni masih berbuka kat rumah
beli juadah kat bazar ramadhan
hehe
perghhhh nak test semua tmpat nieee….huhu…
silakan test. restoran buffet Ramadhan budget ni. If kat hotel memang lagi mahal lah 😀 Dah test semua, bagi tau Sya eh, mana paling sedap
restoran shahab tu,skudai kt mne ye?
mksud sy berhampiran kedai mne or stesen minyak or apa2 le.hehehe
kat taman U. dekat belakang Jusco. sebelah restoran chicken chop (mama chop papa grill kalau tak silap-ni kedai paling tepi). kat situ memang ada deretan kedai.
Klu kat skudai rasa jauh, gi jer kat mount austin. Cawangan shahab ada juga kat situ…pasal beriani shahab aku boleh kata “two thumbs up”
yup, cawangan baru dibuka di Austin.
hmm menarik nanti saya akan try kat abah beriani house ni….nasi beriani gam memang femes kat johor terutama di area batu pahat dan muar. Saya baru jer upload pics masa makan beriani gam kat Tangkak…bagi saya yg paling best tapi kurang dikenali.
Senang2 tu singgah la yer blog saya di blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Nanti follow yer blog saya TQ TQ TQ