Esok hari peluang terakhir untuk join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Tapi entri nya masih tak buat lagi. Haish! Entahlah, awat liat sangat aku nak taip entri tu aku pun tak tahu. Mungkin sebab tahu takkan menang, kot. 😀
Malam ni aku rasa macam nak bagi sokongan pada rakan-rakan blogger yang ada buat GA. Kali ni nak join Giveaway Bedak Arab anjuran Syu. Syu adalah salah seorang blogger yang rajin singgah blog syaisya.com yang sangat jarang berupdate ni. Hehe.. 😀 Terima kasih, Syu. Oleh yang demikian, aku support GA yang Syu anjurkan ni.
GA ini sangat simple. Hadiahnya celak Arab untuk 1 orang pemenang. Dah pernah guna celak Arab ni. Dapat free dari Syu juga, sebab aku beli bedak arab masa promosi bulan Ramadhan hari tu. Setakat ni, baru sekali je aku gunakan celak Arab ni, sebab aku ni memang jenis yang malas nak conteng mata. Hehe.. Celak Arab (Eye Liner) ni tak kalis air. Aku suka yang tak kalis air ni, senang nak bersihkan. Tapi, aku tetap malas nak lukis kelopak mata ni. 😀
Rakan-rakan lain yang nak join, masih sempat lagi rasanya. Cara-cara untuk join sangat mudah. So, apa tunggu lagi, KLIK SINI untuk join!. Tamat 31 Ogos, selagi belum pukul 12 tengah malam, boleh lah join. 😀
bgus juga bahan yg digunakan tidak kalis air..mmg sng la nk cuci muka nnt.. 🙂
cam mne nk beli celak arab ni..?
beli kat syuhadasalleh.my