Awak Suka Saya Tak? Itulah dia tajuk novel yang baru je aku khatamkan kelmarin. Seronok dapat khatamkan novel setebal 1056 muka surat, karya Melur Jelita ini. Pertama kali aku membaca novel hasil tulisan novelis bernama Melur Jelita ni.
Sebenarnya, aku kurang gemar baca novel tebal-tebal ni. Melihatkan ketebalan novel ni, aku jadi gerun. Aku tahu, novel tebal-tebal ni akan memakan masa yang lama untuk dikhatamkan. Start baca novel ni pada awal Ramadhan sewaktu berada di kampung, menyambut awal Ramadhan. Tapi, seminggu berikutnya, aku kembali ke U, novel ni aku tinggalkan, sebab aku tahu aku tak akan peruntukkan masa untuk baca novel ni di U, kerana perlu menyiapkan beberapa jurnal penyelidikan. Selepas seminggu raya, aku sambung baca novel ni semula.
Pada awalnya, memang aku tak nak beli novel ni. Tapi, setiap kali aku ke kedai buku Popular, aku terdengar orang cakap yang novel ni best. Kemudian, lain hari, aku ke Popular, dengar lagi orang cakap novel ni best. Lama-lama, “Ish! Tak boleh jadi ni. Ramai sangat yang kata novel ni best”. Tu yang aku beli juga novel Awak Suka Saya Tak? ni. Hehe…. Terpengaruh sudah… huhu… Novel Awak Suka Saya Tak? ni, baru sahaja 5 bulan di pasaran, sudah capai cetakan ke-7. Terserlah yang novel ni mendapat sambutan yang hangat.
SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK?
Antara Hilman Yong dan Damien Yong, saipakah menjadi pilihan Intan Zulaikha? Walau siapa pun dia, cintanya hanya untuk seorang yang bernama Intan Zulaikha.
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…
Kembalilah…
Review Awak Suka Saya Tak?
Apabila aku dah baca novel ni, OK, aku akui, novel ni memang best. Ia mengisahkan seorang mualaf bernama Hilman Yong, yang menyintai Puteri Intan Zulaikha dan dia mendidik Intan dengan ajaran-ajaran Islam secara berhemah. Hilman Yong sangat sabar dengan kerenah Intan yang ego dan baran, tak mudah mengaku salah dan tak nak minta maaf.
Hilman melayan Intan dengan baik sekali. Intan lebih banyak memberi berbanding menerima. Banyak adegan-adegan yang sweet dalam novel ni. Bukan mudah untuk Hilman mendapatkan Intan. 11 tahun menyayangi dan cuba mendapatkan Intan, belum cukup untuk mengubah perangai Intan yang panas baran.
Sehingga 1 insiden, Hilman terlalu marah pada Intan. Intan mula menyesal dan rendahkan egonya. Tapi, Hilman dijumpainya terbaring tidak sedarkan diri di tepi pantai. Intan cuba menyelamatkan dan menemani Hilman di hospital tetapi dihalang oleh mummy Hilman dan dituduh sebagai punca kejadian.
Sepanjang pembacaan, terlalu banyak kenangan manis antara Intan dan Hilman. Pada awal cerita, ada konflik sikit. Di bahagian tengah, tak banyak konflik selain dari kisah manis percintaan Intan dan Hilman. Penat juga aku nak baca cerita yang agak mendatar di pertengahan novel ni. Aku ni memang suka baca cerita yang ada konflik, sebab lagi bersemangat nak meneruskan bacaan. Hehe…Tapi, aku faham, yang Melur Jelita cuba menyampaikan tema kasih sayang dalam novel ini dengan sebaik-baiknya. Hilman mengajar Intan tentang Islam melalui dialog seharian. Tidak formal dan santai. Akhirnya Hilman memang berjaya mendidik Intan.
Bagi aku, penulis berjaya menggunakan ilmu pengetahuannya yang sedia ada tentang Islam sesuai dengan beliau yang berkelulusan Usuluddin. Banyak perkara tentang Islam disentuh dalam novel ini termasuk adat orang Melayu. Terutama adat perkahwinan orang Melayu, yang pada aku memang betul pun apa yang Melur Jelita sampaikan di dalam novel ini.
Kesimpulannya, banyak perkara yang dapat aku pelajari sepanjang membaca novel Awak Suka Saya Tak? ni. Selain mengenai Islam, dapat belajar cara menunggang kuda dan juga penjagaan kuda. Masa baca novel ni, aku pun jadi rasa teringin nak menunggang kuda. Sebenarnya, ia adalah salah satu hasrat aku bila aku sambung belajar semula ni. Dulu masa undergrade, tak pula walau sekali aku menunggang kuda, walau di Uni ini ada kuda.Dah sem terakhir ni, InsyaAllah, aku akan sampaikan juga hajatku ini. Hehe 😀
Cuma 1 je yang aku rasa kurang syok baca novel ni. Bila salam dijawab “Waalaikumsalam”. Yang betul, “Waalaikumussalam”. Oh, betulkan aku jika aku tersilap, ya.
Blog Melur Jelita. FB Awak Suka Saya Tak?. Baca novel Awak Suka Saya Tak? online. Tapi tak semua bab lah boleh dibaca secara online. Melur Jelita ada satu lagi novel iaitu I Love U, Stupid. Tengok kat FB ramai yang ternanti-nanti episod I Love U, Stupid ni. Boleh lah nanti aku layan ILUS ni. 😀 Ish, semua novel nak baca, aku ni. Huhu..
p/s: Oh, baca novel ni, 1st time aku dengar istilah “Kera Tampar Mata”. Korang tahu tak maksud “kera tampar mata” tu apa?.
Macam biasa, lepas habis baca, nak let go novel ni. Ada 2 kotak dah novel-novel yang aku tak habis baca lagi. Tak cukup tempat dah nak simpan novel-novel ni. Banyak betul. Huhuhu. Berminat nak dapatkan novel ni?. Boleh tinggalkan komen di bawah. Aku akan reply dan balas emel. 😀
Anda peminat novel?. Jom Like FB page Suka Baca Novel ni. 😀
tebal giler novel ni. 1 bulan pun belum tentu habis baca
kera tampar mata?..first time dgr tu.. 🙂
Sya pun 1st time dengar. baca novel ni baru tahu apa maksudnya. hehe
Hehe..Sya pun baca dari Ramadhan ke Syawal baru habis baca 😀
Mesti best novel ni 😉 blm beli lagi..
Tebalnya buku yang hendak dibaca.kalau saya berapa lama boleh habis tak tahu la.
saya dah lama tak layan novel.. last layan novel free, hadiah dari PTS 😉
best lah dapat novel free. Sya semua pun beli sendiri. Pastu jual as novel 2nd hand 😀
sementara cuti Ramadhan dan cuti raya, boleh lah baca yang tebal. If kat Uni ni, baca yang nipis2 je.
memang best pon. if nak beli dengan Sya boleh je. 😀
tahniah! anda salah seorang pemenang GA blog ciktom; http://www.ciktom.com/senarai-pemenang-giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/
ha..dah habis baca kan? bak pinjam satt..
mak aih..banyaknye koleksi novel dia.. sy pun tengah pupuk nak bace novel ni.ahahha
lama nya kak sha tak baca novel..huhu
Bab baca novel memang mata saya nie tak boleh tahan.hehehe
biasanya perempuan yang suka baca novel. laki jarang. tapi ada gak laki yang layan novel. Contohnya Titan. Hehe 😀
novel2 ni biasanya orang belum kahwin larat lah nak baca. kalau dah berkeluarga memang susah sikit lah nak baca. hehe 😀
yup. memang banyak. sampai bila nak baca tu pun, pilih nak baca novel yang mana 1. 😀
pinjam x leh. bli 2nd hand leh. hehe 😀
Alhamdulillah. rezeki lagi 😀
hehe,,wah3 …best je sinopsis dia tapi sy tak minat novel 😀
nak beli…. bape RM..
Harga asal novel – rm 35
Harga jual – rm 25
Harga pos biasa – rm4
Harga pos laju – rm 10
Kak zue boleh pilih nak pos laju atau pos biasa. If pos biasa sampai lambat sikit dan tak dijamin sampai.
ASST mmg tidak menjemukan………Hilman dan Intan …..berkasih sayang kerana Allah……
yup, tapi bukan mudah juga tu untuk berkasih sayang kerana Allah.
Ada tak novel sehangat asmara nak letgo? Atau syaisya tau saper2 nk letgo..nak beli.. bleh whatsapp atau sms sy 0133949275
novel ni mcm best
memang best pun. bercinta yang islamik. perkahwinan juga islamik.
saya nakbeli..tolong contact saya dlm fb Nong Shasya / 0125727197..segera!!!
maaf shasya. novel ni dah terjual.
nk bli kat sya la….ada diskaun?
Watak Hilman tu dah betul.Dennis Joseph O’Neil.Tapi watak Intan bukan tulah.Dlm novel tu,muka Intan ada mcm arab2 sikit.So,sya rsa watak Intan lagi sesuai klau muka dia mcm ni.
best. .saya baca empat hari baru habis. .saya rasa dah jatuh cinta dengan Hilman Yong. .hehe. .ada lagi ke lelaki macam dia dalam dunia niee. .hihi
Kannn… masa baca tu memang rasa bestnya lah hai kalau dapat laki macam Hilman Yong ni. Tapi rasanya memang tak wujud lah lelaki macam dia. Dalam novel boleh lah. Haha