masa terbaik untuk beli emas harga emas terkini malaysia 2013

Bilakah waktu terbaik untuk beli emas?. Ni lah antara soalan yang pertama muncul dalam fikiran sejak aku mula celik emas bulan Mei yang lalu. Tahun lepas memang aku ada terbaca pasal emas di blog-blog, tapi memang aku tutup mata dan tutup hati ni pasal emas. Dalam erti kata yang lain, memang tak ambil port langsung. Hehe…

Tapi sejak aku menghadiri Seminar Celik Emas dan Perak, aku mula tahu kebaikan menyimpan emas. Walaupun aku perempuan, tapi sebelum ni tak pakai pun barang kemas dan tak minat pun emas ni. Bukan semua perempuan gila emas tau. Mungkin ada lelaki yang fikir, asal perempuan je, emas. Asal emas je, perempuan. Haha… Jika ada yang berfikiran macam tu, tanggapan anda itu salah sama sekali. Bukan aku je tak kisah emas, kawan-kawan aku pun ada yang macam ni juga. Tapi tu dulu lah, sekarang aku suka emas. Hehe…:D

Sebenarnya, orang lelaki lah yang lebih gemarkan emas berbanding perempuan. Cuma bezanya, orang perempuan ni suka beli emas sebab nak pakai. Dalam erti kata lain, orang perempuan lebih sukakan barang kemas. Lelaki pula, mereka prefer gold bar ataupun dinar emas. Orang lelaki juga suka beli emas untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Nak buat bisnes dengan emas pun boleh juga. Malah, bisnes emas lebih dimonopoli oleh kaum lelaki.

Jadi, beli bukan sebarang beli, masa bila paling sesuai beli emas?.

MASA YANG SESUAI UNTUK BELI EMAS

1. Masa ada duit.

Ya, masa yang paling sesuai ialah ketika kita ada duit. Takde duit macam mana pula nak beli emas, kan. Duit ni pula ialah:

  • Duit yang kita tak nak gunakan dalam tempoh masa yang dekat.

Jadi, daripada simpan je duit tu yang tak kalis inflasi, malah nilai duit semakin lama jadi semakin kecil, maka adalah lebih baik tukarkannya kepada emas. Kenapa?. Tengok je graf kat bawah ni, kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun (Jan 2002 – Jan 2012) ialah 511%. Sumber graf dari kitco.com.

graf harga emas kenaikan 10 tahun

graf harga emas kenaikan 10 tahun

 

  • Lebihan duit seperti duit bonus, duit dari blog

Bonus?. Ya, best kan dapat bonus. Tak kira lah, pekerja swasta mahupun kerajaan. Hakikatnya, duit bonus ini adalah lebihan duit yang kita dapat pada satu-satu ketika. Maknanya di sini, kita dah biasa dah pun berbelanja sekian banyak mengikut gaji bulanan yang diterima. Maka duit bonus ni duit extra yang kita dapat.

Ada orang tukar sport rim kereta bila dapat bonus atau beli gadget impian. Ada juga yang pergi melancong. Ada juga yang beli emas dengan duit bonus. Buatlah pilihan yang bijak. Tak rugi pun beli emas ni. Satu masa nanti, kalau terdesak pun, boleh gunakan emas yang ada tu, Ar-Rahnu mahupun menjualnya. Pilihan ditangan anda. Duit anda, kan.

BACA JUGA :  KURSUS PERCUMA UNTUK MENJADI USAHAWAN EMAS YANG BERJAYA

 

2. Masa harga emas semasa rendah

Masa yang bagus untuk beli emas ialah ketika harga emas rendah. Bilakah harga emas rendah?. Jawapannya ialah bila-bila. Banyak faktor yang mempengaruhi harga semasa emas. Jadi, macam-macam ramalan ada tentang kenaikan dan penurunan harga emas. Harga emas tidak sentiasa naik. Kadang-kadang dia turun juga. Tahun 2012 ni, emas murah. Cer tengok graf kat bawah ni, harga emas untuk bulan 11 dan bulan 12 tahun 2012 ni:

harga semasa emas malaysia 2012

Harga emas terkini November dan Disember 2012

Ya, harga emas semasa sedang menjunam. Wahh.. best wooo dia turun, boleh lah beli emas dengan harga yang lebih murah jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tapi kalau nak bandingkan dengan 10 tahun lalu, memang teramat jauh lah beza harga emas.

Dulu, puluh-puluh ringgit je segram. Sekarang, kalau RM 160/g untuk emas 916 pun dah kira murah.Tak caya, pi tanya emak-emak kita. Tak pun, orang yang mendirikan rumah tangga tahun 90-an mesti tahu harga cincin yang dibelikan untuk isterinya. 😀

Jadi, adalah peluang yang baik untuk beli emas masa harga murah. Tapi kalau nak beli masa harga mahal pun boleh je. Takde hal. Suka hati lah. Duit anda, kan  😀

Ada orang dia suka kalau emas naik dan orang ini ialah orang yang beli emas untuk melabur atau untuk peniaga. Dan juga orang yang dah banyak simpan emas. Hehe…. 😀

Aku?. Harga emas terkini naik pun aku suka, turun pun suka juga. Tapi lagi suka bila emas turun a.k.a. emas murah. Muehehe…

3. Masa dah nak kahwin / bertunang

cincin emas belah rotan murah

cincin emas murah


Wahaha.. untuk yang ni, memang emas sinonim dengan perkahwinan. Nak kahwin, paling tak pun, sarung cincin emas 916 kat jari pasangan. Tanda bahawa si polan yang cantik rupa dan akhlaknya ni, dah ada orang cop. Ehehe… Alaa…cincin tu kan, tanda kan. So, orang lain, sila jangan kacau!.

Tak semestinya dah nak kahwin /bertunang baru nak beli cincin. Kalau takde calon lagi pun boleh je beli. Kot nanti 2-3 tahun lagi nak kahwin harga emas melambung naik… haa dah kena beli cincin tu dengan harga yang mahal.

Habis tu, takde calon, mana nak tahu saiz jari?. Alaa…nanti bila dah nak kahwin tu, pi lah trade in. Tak pun jual cincin tu, duit tu beli cincin baru. Apa de hal. Kalau aku lelaki aku buat gini lah. Tapi aku bukan lelaki. 😀

Yang student lagi tu, masa kat U, beli cincin 1gram atau 2gram pun boleh dah. 1gram pun RM100 lebih je. Kot nanti lepas grad je terus nak minang anak dara orang, kan. Muehehe…

BACA JUGA :  HARGA EMAS 2013: HARGA EMAS DIJANGKA CECAH AS1,800 SEAUN

Ok, ni pendapat aku je yang juga merupakan seorang student. 😀 1 sem beli 1 gram je pun, ok pe…. Buat simpanan masa hadapan.

 p/s: Cantik tak cincin-cincin dalam gambat kat atas ni?.  Boleh dapatkannya kat SINI. Aku pun dah beli beberapa bentuk cincin guna duit blog. Kenapa cincin? Sebab mampu milik. Hehe…

error: Content is protected !!