Ramai yang dah dapat baucar buku 1 Malaysia, tapi tak tahu di mana tempat / kedai yang terima baucar buku 1 Malaysia ni. Walaupun aku masih belum terima lagi baucar buku ni, tapi adalah juga buat survey kat kedai-kedai buku, tengah fikir dan plan macam mana nak gunakan baucar buku 1 Malaysia bernilai RM250 ni.
Banyak tu RM 250. Macam-macam boleh beli. Lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu, jika menggunakan baucar buku sebanyak RM250 di kedai buku Popular, dalam 1 resit, Popular akan bagi lagi baucar buku Popular RM50 + kad keahlian Popular. Haaa… tawaran yang menarik, kan. RM 250 + lagi RM 50, total boleh dapat RM300 baucar buku. Yabedabeduuu… I like!. Tapi aku memang dah ada kad Popular dah pun.

Tebus baucar buku di Popular dapat free baucar lagi
Tapi tulah, kenalah plan betul-betul kan, nak beli apa, kalau nak habiskan one shot RM 250 tu. Tu yang aku survey sana sini. Ada buku yang aku nak beli, tapi takde pula kat kedai Popular ni. Ada kat MPH atau Badan Cemerlang Plaza Angsana pula. So, kenalah fikir betul-betul.
Boleh beli external hard disk dengan baucar buku 1 Malaysia?
Ramai yang berhajat nak beli external hard disk dengan baucar buku ni. Boleh ke tidak, beli hard disk ni dengan baucar buku?. Jawapannya, boleh. Kalau kedai Popular tu, memang dia bagi beli apa je dengan baucar buku tu. Beli je lah apa pun barang yang ada dalam kedai tu. So, kenalah cari kedai Popular yang ada jual external hard disk ya, kalau nak beli hard disk guna baucar buku ni. 😀
Semalam, aku pergi Jaya Jusco Bukit Indah, Johor Bahru, Popular kat sana ada external hard disk. Kalau 1 Tb, harga dalam RM 279. So kena tambah sikitlah duit kalau nak guna baucar buku tu. Tapi, kalau external hard disk 500Gb, harga dalam linkungan RM179 je. 😀 Printer pun banyak kat sana. Rasanya boleh juga beli printer. Syarat pembelian menggunakan baucar buku di Popular memang tak ketat.
UPDATE TERKINI: Syarat guna baucar buku di Popular kini sudah ketat. 80% mesti beli buku, 20% baru boleh beli stationary. Contoh, kalau belanja sekeping baucar RM50, RM40 mesti buku, baki RM10 baru boleh beli barang lain.
Kat Popular, kalau belanja RM150 baucar buku, boleh dapat percuma RM 10 baucar Popular + kad Popular. Maka, aku sedang merancang, bagaimana nak gunakan baucar buku ini sebaiknya. Ada banyak sebenarnya buku yang aku nak beli. Antaranya buku mengenai pelaburan emas, pelaburan silver, buku perniagaan / buku buat duit di internet, buku agama / buku motivasi. Beli novel?. Erm… mungkin aku beli novel guna baucar buku Popular yang RM 50 tu. Plannya macam tu lah. Hehe 🙂
Guna baucar buku beli aksesori komputer di PC Fair / Book Fair
Nak beli hard disk tak, guna baucar buku 1 Malaysia ni?. Erm… aku sedang pertimbangkan. Sebab aku dah ada pun external hard disk 1 Tb. Dah nak penuh dah pun hard disk ni. Pastu laptop baru Lenovo aku ni pun, hard disk nya 1 Tb juga. Rasa macam tak perlu kot kalau aku nak beli external hard disk ni.
Tambahan pula, punyalah banyak pendrive aku. Tahun lepas, sempat lagi tu aku beli pendrive 16 Gb guna baucar buku ni. Hehe… masa tu beli kat Book Fair yang pihak UTM anjurkan. Memang boleh tebus baucar buku kat book fair ni. Dan ada juga booth yang jual barang komputer. Sah-sah lah boleh beli barang computer kat sini guna baucar tu je. Hihi.. best kan?.
Tahun ni pula, siap ada PC Fair kat UTM. Dan kat banner pun terpampang tulis “Tebus Baucar Buku Anda Di Sini”. 😀 Terbaik lah!. Tak yah pening-pening kepala student UTM Skudai ni nak cari tempat yang boleh tebus baucar buku 1 Malaysia ni. Kat kedai komputer dalam UTM ni pun terima baucar buku tu. Yeehaaa…

Senarai syarikat atau kedai buku yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia BB1M 2013:
1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti korang
15. Badan Cemerlang Plaza Angsana, JB.
Tapi kalau kat Badan Cemerlang ni, barang yang boleh dibeli menggunakan baucar buku ialah buku ilmiah, majalah ilmiah dan juga jurnal sahaja. Kalau ada balance lagi sikit untuk cukupkan RM250 / RM50 untuk guna baucar tu, baru lah dibenarkan untuk beli alat tulis / stationery. Itulah yang tertera di board depan kedai Badan Cemerlang ni 😀
p/s: Actually, banyak nama kedai / syarikat kat atas ni yang aku pun tak tahu tempatnya. Kalau Kinokuniya tu taulah kat mana. Kat Suria KLCC. Hehe… mesti banyak pilihan kat Kinokuniya tu kan. Maunya bertapa 5 jam dalam tu kalau nak pilih buku. Ngeh3…
Jom like FB page syaisya.com untuk info lebih lanjut baucar buku 1 Malaysia ni. Entri ni pun dah panjang. Akan ada entri susulan nanti. Ada banyak tempat yang best ni aku jumpa untuk tebus baucar buku ni. Tapi kat Low Yatt tak pasti pula boleh guna ke tak baucar buku 1 Malaysia ni. 😀
Tekan like / tweet untuk share info ni dengan kawan-kawan 😀
kt popular boleh beli hardisk ke ? aritu pg xboleh. diorg ckp 80% buku 20% stationary. huhu
ble pc fair kt UTM tu?
26-28 Feb di Dewan Sultan Iskandar
Yup, betul. 80% buku, 20% alat tulis. Kalau nak beli hard disk, cari pc fair yang memang terima baucar. Contoh, PC Fair di UTM Skudai 26-28 feb ni.
baru call PIKOM pc fair kali ini x boleh pakai voucher buku tp PIKOM kata dia cuba jugak untuk apply kat kementerian sbb sekarang dh ketat sikit.Apa2 pun tunggu jelah.
ala..dh terlepas.. tau x kat mane lg blh beli external dgn baucer.. huhu
tak tahu lagi kat mana boleh guna untuk barang komputer. tak semua kedai komputer terima
klau nak bli printer boleh lgi ke?
kat tesco amgpang ada…mcm2 barang computer ada kecuali tablet..
huhuhuhu
nak tnya cnfirm kea boleh guna baucer buku at mana2 kedai popular untuk beli external hardisk?
saya dah update entri ni, dalam kotak biru tu ada saya nyatakan update terkini.
Tak boleh beli hard disk je semata-mata. Sekarang ni dah strict. Mesti beli bahan bacaan, sikit je boleh beli stationary, tapi mesti beli sekali ngan bahan bacaan (buku/novel) pun boleh.
kalau nak beli hard disk better cari kedai komputer yang accept baucer ni. Kalau kat JB ni, kat Skudai Parade.
tesco ampang kedai mana 1?
boleh kot, kalau kat kedai komputer yang terima baucar. Popular tak boleh.
yup, betul. sekarang dah ketat tak macam tahun lepas. popular, MPH pun ketat je. siap kira berapa percent stationary yang kita ambil (if beli stationary)
Kalau ade sape2 tau kt mane nk beli brg2 komputer Klang Valley guna voucher ni, tlg gtau. Tq.
skudai parade ape name kedai dy? sy nak tukar dengan harddisk la…
Nak tahu satu benda ni, kat mana je boleh guna baucar tanpa sebarang syarat? Means boleh beli je apa yang nak dibeli, ada ke?
nk tanya gak, kedai mana dlm tesco ampang yg leh beli guna voucher? jenuh pusing 1 tesco cari kedai komputer yg leh accept.
Dekat area shah alam, kedai buku MRKB Agency pun terima baucar buku 1 Malaysia. Syarat tak berapa ketat. Tahun depan boleh pergi situ, novel pun berlambak kat kedai ini.
Klau kat seremban….ade x kdai pc yang terima baucer? Heee…thankss
tu kena cari area seremban. Tanya kawan-kawan. Sya kat JB 🙂
Saye baru je pergy minggu lpz.kedai pppular kat batu pahat johor.x blh beli alat tulis.100% boucer buku beli buku saje.test pad pun x blh.so,cadangan kedai laen area batu pahat blh terima voucher?
Ye betul. Masa tahun pertama BB1M je boleh. Tahun ke-2 dan seterusnya BB1M tak benarkan beli barang lain selain buku