Tips Berbuka Puasa
Pengambilan makanan di bulan puasa tidak berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindari beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.
1. Amalkan asas makan secara sihat
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.
Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
2. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :
– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran
– Ikan, ayam, daging dan kekacang
– Susu dan produk tenusu
– Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
3. Jangan makan berlebihan sewaktu berbuka puasa.
Setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat.
4. Makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu
Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.
Makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
5. Ambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa.
Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.
Walau bagaimanapun hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa.
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
6. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur.
Elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.
Elakkan mengambil makanan yang berat, cukup sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwich, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu.
Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mee atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur.
7. Tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran
Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses.
Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah-buahan atau pun sup sayur-sayuran.
Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam.
Selain daripada itu, lakukan senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.
Tip Berbuka Puasa ~ Kredit : Email dari Ikhwan Fahmi
bagus tips nih ^_^ nice sharing..
Salam Ramadhan.. Marhaban Yaa Ramadhan, T.Kasih penulisan artikel yang menarik. Kepada sahabat semua, Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga setiasa dirahmati Allah di bulan yang penuh Mahrifah ini. Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi informasi mengenai Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013 yang dikeluarkan oleh JAKIM. Setahun sudah tak terasa, Bulan Ramadhan kembali tiba. Semoga yang dilalui dan dilakukan menjadikan kebaikan di bulan mulia ini.