Aku percaya, orang yang kurus nak naikkan berat badan. Yang gemuk pula nak turunkan berat badan dan tercari-cari cara pantas untuk turunkan berat badan. Begitu lah manusia. Setakat ni, masa aku kurus sangat dulu, takdelah rasa nak naikkan berat badan pun. Sebabnya, ye lah kan, karang nanti lepas kahwin badan naik pula, so belum kahwin lagi ni biarlah kurus pun tak apa.
Bila tengok orang sibuk-sibuk nak turunkan berat badan dan tension berat badan makin naik je, aku pun seakan pelik lah kan. Awatnya lah hai depa ni beriya sangat nak turunkan berat badan. Tension sangat berat badan makin naik. Aku steady je lah, sebab aku makan banyak pun berat payah nak naik.
Tapi, bermula hujung tahun lepas, aku perasan berat badan aku macam dah naik je. Alamak!… Yang paling best, dia makin naik dan naik lagi. Sampailah total 10kg pertambahan berat badan aku. Walaweh… naik tak ingat dunia lah tu kan. Aku sendiri pun dah mula rasa tension masa tu. Mana tak tension nya, bila pakaian yang sedia ada dah mula rasa sendat bagai. Tak dan lah aku nak beli baju baru banyak-banyak. Kawan aku pun cakap, jangan beli baju baru. Jadikan motivasi untuk kurus balik. Ok, aku setuju tu. Selamatlah duit aku kan.
Bila berat dah naik tu, ramailah yang menegur. Adik-adik aku lagi lah, selamber rock je cakap “kangah gemuk!”. Cis! Sabar je lah. Dek kerana tekanan sekeliling dan juga tekanan dalam diri sendiri, maka aku pun mula merancang untuk turunkan berat badan. Muehehe.. Time ni lah baru aku tahu, perasaan orang-orang yang nak kurus ni. Haa… sekarang baru rasa, kan. Sebelum ni beriya pelik tengok orang lain. Hwa hwa…
Cara aku turunkan berat badan, dengan memakai slimming wear sekali dengan bulan Ramadhan. Haa… puasa kan, memang cepat lah turun berat badan. Lose 4 kg dan ketika berhari raya, makan banyak, tapi Alhamdulillah, berat masih maintain. Aku pun nak turunkan lagi ni, kurang-kurang pun lagi 2 kg ke. Tapi setakat ni, berat masih maintain.
Ok, kalau korang nak turunkan berat badan, bolehlah dapatkan panduan menurunkan berat badan dengan melayari pautan ini:
sila amalkan gaya hidup yang sihat supaya wang kita akan lebih jimat 🙂