Pakej Sistem Jualan Pro (SJP) ini mungkin dilihat semata-mata begini “Anda bayar RM247, dan anda boleh promote SJP dan dapat komisyen RM100 bila ada orang join SJP melalui anda. Dan anda akan dapat bonus komisyen RM50 untuk tier-2. Seterusnya ahli di bawah anda akan buat perkara yang sama, dan begitulah seterusnya.”
Bukan begitu sebenarnya.
JIKA inilah yang Sistem Jualan Pro tawarkan, sebenarnya Sistem Jualan Pro tidak ada bezanya dengan program “Money Game” di luar sana. Nauzubillah. Minta dijauhkan.
Ok, saya nak anda faham ini..
1. SJP merupakan satu pakej yang menghimpunkan produk-produk terbaik & berkualiti yang boleh dijadikan rujukan oleh setiap ahli SJP untuk memulakan perniagaan melalui internet. Anda boleh rujuk pakej produk eksklusif, pakej reseller, & pakej SMS yang disediakan di ruangan membership. Jika anda memahami ilmu-ilmu yang ada dalam setiap pakej ini, saya amat yakin anda pastinya boleh menjual dengan cara PRO. Inilah konsep sebenar Sistem Jualan Pro. Anda menjual dengan ilmu & strategi PRO.
Kalau Sistem Jualan Pro bukan Scam, Kenapa Perlu Bayar Untuk Dapatkan dan Promosikan Sistem Jualan Pro?
2. Untuk menjadi ahli SJP, saya perlu letakkan bayaran RM247 sebagai komitmen untuk semua ahli SJP. Kerana saya yakin, orang akan lebih mudah berjaya apabila ada komitmen terhadap diri mereka. Jika ada yang rasakan RM247 tu terlalu mahal, saya minta maaf… Kerana itulah harga yang ‘reasonable’ buat masa ini. Jika anda ada matlamat yang jelas, fokus yang betul, anda boleh cover semula RM247 dalam tempoh yang singkat. Dan ianya terbukti, dah ada ahli SJP yang berjaya mencapai RM5000+ dalam tempoh 2 minggu sahaja. Jika beliau boleh lakukan, takda alasan yang anda juga tidak boleh lakukan, kerana beliau juga mendapat akses yang sama seperti ahli SJP yang lain. Tinggal lagi tindakan bagaimana yang anda perlu lakukan, sama ada tindakan biasa-biasa atau luar biasa.
3. Jika anda lihat keseluruhan pakej yang ada diberikan di dalam membership, anda akan lihat potensi pendapatan anda lebih jauh berbanding apa yang saya nyatakan di dalam website. Anda bukan sahaja boleh capai RM20,000 bahkan jauh daripada itu. Saya telah sediakan pelbagai jenis produk reseller, yang anda boleh jual semula. Inilah antara lubuk pendapatan yang lebih besar yang anda boleh capai. Namun, apa yang penting anda tidak boleh tergesa-gesa & gelojoh. Sebab ini punca ramai yang gagal dalam bisnes.
4. Pakej Tutorial SMS. Ini juga salah satu strategi pemasaran terkini yang saya sendiri telah gunakan dan berjaya close ribuan ringgit melaluinya. Ramai orang tanya, macam mana saya automasikan SMS saya? Apa skrip SMS yang boleh menghasilkan jualan? Semuanya saya ada terangkan dalam Pakej tutorial SMS ini. Peserta bengkel saya yang membayar lebih RM500 untuk hadir ke bengkel saya sebelum ini juga terbukti berjaya close sales kurang dalam 24 jam selepas gunakan strategi SMS marketing yang saya dedahkan dalam pakej ini. Jadi, sebagai ahli SJP, ini kelebihan anda, anda dapat tahu strategi pemasaran SMS cara PRO dengan pelaburan RM247 sekali seumur hidup anda.
5. Memang Sistem Jualan Pro direka khas untuk memberikan komisyen sehingga 2-tier, namun SJP bukanlah semata-mata “sistem affiliate 2-tier”. Idea asal saya setup sistem ini adalah untuk memudahkan setiap orang baru/lama untuk menjana pendapatan melalui internet. RM1, RM2, RM50, RM100. Ini adalah sebagai starting untuk anda. Di mana, saya tahu ramai orang yang tidak ada pengetahuan tentang perkara teknikal website, sistem follow up, dan seumpamanya. Jadi saya sediakan satu sistem yang menjalankan tugas itu untuk anda. Anda hanya perlu fokus kepada PROMOSI / PEMASARAN sahaja.
6. Persoalannya? Bagaimana untuk lakukan pemasaran?
Jawapannya ada di dalam setiap produk yang saya pakejkan di dalam Sistem Jualan Pro ini.
– Video Kursus Affiliate
– Ebook Split Affiliate
– Video Casestudy
– Video Cara Kumpul List
– FB Marketing
– Email Marketing
Dan banyak lagi… Hampir semuanya ada di dalam pakej produk yang telah saya rangkumkan di dalam Sistem Jualan Pro ini. Jika saya jualkan secara berasingan semuanya, harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Namun, istimewa untuk ahli SJP, anda hanya perlu bayar RM247 sekali seumur hidup dan anda bebas untuk memiliki ilmu tersebut.
Akhir kata, saya mohon maaf atas jika ada kekurangan pada sistem ini, Insyaallah dari semasa ke semasa saya akan lakukan penambahbaikan agar setiap ahli SJP akan mendapat manfaat melaluinya.
Ikhlas,
Rahman Basri
Sahabat Pemasaran Anda
Founder, Sistem Jualan Pro
Itulah dia, penjelasan dari pengasas Sistem Jualan Pro ini.
Pendapat Aku Tentang Sistem Jualan Pro (Review)
Sebenarnya, apa yang beliau terangkan di atas, itulah juga pandangan aku ketika mula-mula aku download satu persatu video tutorial dan ebook yang diberikan sebagai bonus dengan hanya membayar RM 247.
Pada aku, harga yang aku bayar ini sebenarnya tidak mahal. Bukan kerana aku kaya, aku banyak duit. Tetapi, aku nilaikan ilmu-ilmu pemasaran yang ada dalam pakej Sistem Jualan Pro ni, memang lebih dari RM 247. Sebab tu bagi aku ia tidak mahal.
Aku membeli Sistem Jualan Pro ini kerana aku nampak potensi yang ada dalam sistem ini. Kerana sistem ini telah lengkap dengan squeeze page, surat jualan, sistem autoresponder, emel dan sebagainya. Apa yang aku perlu buat hanyalah promosi. Ia jauh lebih menjimatkan masa dan tenaga berbanding dengan nak set up semua sistem satu persatu, kumpul list yang pastinya makan masa sebelum boleh berjaya menghasilkan jualan.
Aku bukan omong kosong. Tetapi aku cakap begini sebab sebelum ni aku pernah cuba untuk buat sistem autoresponder aku sendiri, tapi tersangkut di tengah jalan. Pening juga lah, sebab banyak sangat benda nak kena set up.
Apabila aku tengok semuanya dah tersedia dalam Sistem Jualan Pro ini, tanpa toleh kiri kanan, aku membelinya. Menyesal?. Tidak sama sekali, kerana teknik-teknik yang diajarkan dalam pakej bonus Sistem Jualan Pro ni aku boleh gunakan juga untuk jualan produk fizikal aku yang lain.
Sambil menyelam sambil minum air kerana ilmu pemasaran ini sangat berguna kerana ia bersifat universal. Boleh diguna pakai untuk apa-apa produk pun.
Sistem Jualan Pro (SJP) Money Game?. Tidak sama sekali.
Sistem Jualan Pro Scam? Lagi lah bukan!. Aku sendiri dah berjaya mendapatkan komisen beberapa kali. Boleh baca entri >>> Komisen Pertama dan Kedua Sistem Jualan Pro <<< ini.
Jika anda nak belajar ilmu pemasaran, nak produk anda laris dipasaran, saya amat menggalakkan agar anda dapatkan Sistem Jualan Pro ini kerana ilmu pemasaran yang terkandung dalam Sistem Jualan Pro ini sangat lengkap dan ditunjukkan step by step. Kalau nak beli satu-satu ebook atau video tutorial lagi mahal, tetapi untuk SJP ini, anda hanya perlu laburkan RM 247 sahaja dan anda boleh menggunakan ilmu dan sistem ini seumur hidup.
Money Back Warranty Sistem Jualan Pro
Jika tak puas hati, pengasas Sistem Jualan Pro ini menjaminkan money back warranty selama setahun. Jika selama setahun ini, satu sen pun ada tak dapat hasilkan dari Sistem Jualan Pro ini, anda boleh tuntut refund daripada Rahman Basri.
UPDATE TERKINI : PENDAFTARAN SISTEM JUALAN PRO TELAH DITUTUP.
Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui internet, saya sangat galakkan anda baca Case Study ini Bagaimana Seorang Newbie Menjana Komisen RM 21 Ribu Dengan Affiliate Dalam Masa 2 Minggu.
ciktom ada bc kat fb n email RB jgk psl ni..tgh berkira2 nk join SJP ke x? tgk testimonial cam best 🙂
memang best pun Cik Tom. Ramai newbie yang join. Turotial-tutorial yang terdapat dalam SJP lengkap dah untuk buat duit dengan internet.