TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA SALING MENGHARAP REDHA ILAHI

Walaupun belum berkahwin lagi, tapi itu tak bermakna aku tak boleh nak buat entri Tips Rumah Tangga Bahagia. Bukan apa, sebelum kahwin lagi pun dah perlu cari ilmu-ilmu rumah tangga. Untuk ilmu rumah tangga ni, aku suka dengar ceramah Ustaz Kazim Elias. Ustaz ni kelakar, dan senario-senario yang beliau sebut bukanlah rekaan semata-mata. Tetapi memang berlaku di dunia nyata ini.

Alam rumah tangga pastinya banyak cabaran. Tidak sentiasa indah. Tapi tidak juga sentiasa suram muram. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk dua jiwa yang mempunyai jasad yang berlainan, tetapi ingin bersatu hati, pastinya kadang-kala tidak menari rentak yang sama. Ketika suami sedang ‘rock’ isteri pula ‘sentimental. Ketiga suami sedang ‘tango’, isteri pula ‘salsa’.

Seperti mana bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga, banyak prosedur yang perlu diikut, banyak borang perlu ditandatangan, begitu juga lah dalam hal mengemudikan hal ehwal rumah tangga. Tolak ansur, sabar, memahami antara satu sama lain, saling memberi dan menerima adalah antara tonggak utama dalam menjamin rumah tangga yang bahagia.

Susah senang bersama, berhujan bersama, melihat pelangi juga bersama-sama. Barulah boleh sehati sejiwa seiya sekata. Kadang-kadang kalau angin kus kus pasangan datang, tu biasalah. Tension kot.

Tapi paling utama ialah kedua-dua suami isteri, perlulah sama-sama mengharapkan keredhaan Allah. Berusaha bersama-sama ke arah itu. InsyaAllah, rumah tangga akan diberkati, dilimpahi dengan rahmat Ilahi. Si isteri bercita-cita untuk menjadi bidadari di syurga untuk suami, suami pula bercita-cita untuk menjadi bidadara di syurga untuk isteri. Alagkah indahnya. ^_^

Sekian sahaja Tips Rumah Tangga Bahagia dari seorang blogger wanita berdasarkan teori dan pemerhatian. Praktikalnya,belum lagi. InsyaAllah, bila tiba saatnya, suatu hari nanti…. 🙂

p/s: Suami isteri bukan untuk dimiliki!

BACA JUGA :  GAMBAR GUBAHAN HANTARAN ANA RAFFALI DAN AZNAIM
error: Content is protected !!