Alhamdulillah, dah sebulan ni dapat minum Ephyra, minuman kolagen yang kaya dengan vitamin C dan 9 keajaiban alam semulajadi (kolagen ikan laut dalam, acai beri, astaxanthin, L-glutathione, acerolla cherry, serbuk tomato, bunga marigold, superberry dan gam akasia). Terima kasih kepada Eyriqazz dan Oceanlife2u yang memberi peluang kepada aku mencuba Ephyra ni untuk 40 hari 🙂

First Impression

Ephyra minuman kolagen kebaikan ephyra

First impression, sebaik sahaja buka bungkusan yang Ephyra hantar, aku dah teruja dah dengan kotaknya yang cantik. Packaging sachet juga cantik.

Ok, memang rasa tak sabar nak consume Ephyra, tapi memandangkan waktu terima parcel Ephyra ni, dah tengah hari, dan aku pun dah bersarapan, jadi tertundalah hasrat di hati. Esoknya, pagi-pagi sebelum sarapan, memang Ephyra lah yang aku terjah dulu. 🙂 Dah tak sabar nak rasa lah katakan, sebab sana sini orang dok cakap Ephyra ni sedap. So, nak lah juga rasa, kan ^_^

Rasa Ephyra ni, masam. Macam sunquick je rasanya. Tapi sedap lah. Aku suka je minum Ephyra ni. Memandangkan aku tak dapat shaker dan tak ada pun shaker, so aku kacau je Ephyra ni dengan sudu. Sambil kacau tu aku selawat, baca Al-Fatihah, doa. 🙂

rasa ephyra

Review aku ni adalah berdasarkan pada senarai khasiat pengambilan yang terdapat dalam flyers Ephyra yang diterima sekali dengan pack premium dan trial pack. Tapi, aku dah rangkumkan khasiat ini mengikut kategori yang difikirkan sesuai. Senang nak bandingkan, apa yang Ephyra janjikan khasiatnya dengan hasil pengalaman aku sendiri. Hehe… 🙂

khasiat pengambilan ephyra

Khasiat Pengambilan Ephyra vs Pengalaman Sendiri

 

1. Kulit (lebih anjal, lebih lembap & halus, tona kulit menjadi sekata, melicin, mencerah dan menegangkan kulit – anti penuaan)

Yang ni aku setujuuuu sangat. Sebab kakak aku kata, muka aku nampak lembap. Tak lah macam muka dia, kering je. Hehe… yabedabedewwwww 🙂 🙂 🙂

Ada sekali tu, aku teraba lah muka sambil-sambil tengok video… Letak jari kat muka, menjelajahi muka ni, tiba-tiba dalam hati “rasa licin lak muka ni”. O’ooooo…. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir… Mestilah, sebab aku dah perasan kulit muka aku licin macam kulit muka anak sedara aku yang baru setahun lebih tu. Ahaks! Makngah dah perasan ni, habislah… 😛

Ok, memang rasa lebih licin. Sebelum ni, rasa kasar juga lah kulit muka ni. Almaklumlah, jerawat rajin tumbuh kan.  Yup, Ephyra dah tolong baiki kulit muka aku ni. Boleh tengok gambar di bawah untuk melihat tahap kulit dah lebih licin berbanding sebelum minum Ephyra.

Lagi satu, memang sekarang ni suka juga lah tengok muka sendiri kat cermin. Sebab memang muka ni nampak lebih bermaya dan berseri. Sebelum ni selalu sangat orang tegur muka nampak penat je.

2. Jerawat (hilangkan jeragat, parut jerawat & sembuhkan jerawat)

testimoni review sebelum dan selepas minum Ephyra

Ok, inilah kesan minum Ephyra ke atas muka aku. Yeay! Nampak lebih flawless dan jerawat pun tinggal sebiji je lagi. Ni Memang kes jerawat degil ni. InsyaAllah, jika aku teruskan minum Ephyra ni, akan hilanglah jerawat tu, kan.

Lagipun ni baru sebulan minum Ephyra. Kalau teruskan minum should be better lah kan. 😀

Sila abaikan warna kulit muka aku sebelum dan selepas ni sebab gambar diambil menggunakan device yang berlainan. Yang ‘sebelum’ tu shoot guna Tab, yang ‘selepas’ tu pula shoot guna kamera. Huhu…

BACA JUGA :  EPHYRA IDAMAN SAYA

3. Rangsang kulit baru dan penyembuhan luka

Ermm.. yang ni aku tak perasan pula kesannya pada aku. Nak kata ada luka mana-mana tak ada lah pula. So, tak boleh komen part ni.

4. Kurangkan masalah resdung

Memangdangkan aku tak ada masalah resdung, jadi, no komen juga. Kawan-kawan boleh try baca testimoni / review pengguna Ephyra yang lain yang mempunyai masalah resdung. Tengok apa mereka kata 😀

5. Memberi tenaga sesuai untuk warga emas dan uzur.

Ahah! Yang ni memang superb. Ephyra memang energy booster yang sangat bagus. Aku ni jenis yang suka skip lunch. Pagi pula sarapan roti je.  Biasanya bila dah petang dalam pukul 3 ke atas tu, aku akan rasa lembik, tak bermaya. Rasa tak larat je nak buat kerja. Nak baring je rasa.

Tapi lepas consume Ephyra ni, yang aku perasan, walaupun aku tak lunch, aku masih segar dan larat nak buat kerja sampai ke petang tu!. Wow! Memang terbaik lah. So, apa yang aku baca kat blog-blog, yang mengatakan Ephyra ni energy booster,  memang betul. Oh yeah!. Pengguna Ephyra tak tipu dan tak buat review yang tak betul.  Tak baik tipu tau… tipu dosa 🙂

gambar Ephyra

6. Rambut (Kuatkan folikel rambut & mengurangkan keguguran rambut, merawat rambut gugur)

Tang rambut gugur ni aku memang ada masalah rambut gugur. Memang kritikal lah masalah keguguran rambut ni. Rasa sedih tau bila tengok rambut banyak gugur ni. Ye lah, karang muda-muda lagi dah botak. Tak cantik lah kan. Rambut kan mahkota wanita.

Masalah rambut aku ni, bila lalukan jari jemari ke rambut ni (ala-ala iklan syampu guna jari pun boleh), oh mak ai… kemain lah banyaknya rambut yang tercabut. Huhuhu… memang kritikal. Tapi Alhamdulillah, lepas minum Ephyra ni,  bila lurutkan jari ke rambut, ada dalam sehelai dua je rambut. 🙂 Happy lah kan, sebab rambut dah kurang gugur.

7. Kesihatan (meningkatkan sistem imunisasi & metabolisma badan)

Yang ni, Alhamdulillah, sepanjang minum Ephyra ni, tiada sebarang penyakit yang melekat kat aku ni. Alhamdulillah.

8. Merawat kuku dan rekahan tumit kaki

Alhamdulillah, aku tiada masalah kuku dan rekahan tumit kaki. Tuan puan boleh baca review dari seorang rakan blogger ni yang ada masalah rekahan tapak kaki. Untuk kuku cantik pula boleh baca pengalaman blogger wanita ini.

9. Penyakit kronik ( tekanan darah tinggi & kencing manis, risiko kanser dan tumor, gout / stroke)

Ephyra membantu menurunkan kolestrol dan menstabilkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan risiko kanser dan tumor dan merawat penyakit gout / stroke. Selain dari itu, Ephyra juga sesuai merawat sembelit, buasir dan mampu menstabilkan pesakit yang mempunyai sakit jantung.

Alhamdulillah, semua penyakit ni aku tak ada. Jadi, aku tiada pengalaman untuk menguji sejauh mana keberkesanan Ephyra terhadap penyakit-penyakit ini.

10.  Memberi kekenyangan (sesuai untuk proses diet)

Bila minum je Ephyra ni, memang lepas tu rasa kenyang dalam sejam gitu. Tapi lepas tu rasa lapar lah. Hehe… Aku minum Ephyra ni setiap pagi sebelum sarapan. Akak aku kata, memang lah kenyang air. Huhu… Anyway, biasanya kalau aku kenyang air pun, boleh bertahan dalam setengah jam je. Ephyra ni tahan lebih lama.

11. Mengurangkan berat badan tanpa diet

Wink-wink. Ni part yang paling best dan paling menggembirakan aku. Ok, memang tak sangka tau. Aku dapat kembali kepada berat asal. Sebelum ni berat aku dari 42 pergi ke 51. Lepas tu, aku berusaha lah menurunkan berat badan ni (tapi aku memang takde nya lah nak diet-diet control makan ni).

BACA JUGA :  EPHYRA IDAMAN SAYA

Apa yang aku buat, aku pakai je slimming suit (ala… girdle tu lah)… Turun memang lah turun, jadi 47 kg. Lepas tu yang bestnya, dia naik balik pula. Jadi 49. Cis! Aku dah tensen dah tau. Dah lah orang dok kata aku gemuk je. Berat badan ni pula boleh tahan juga degilnya. Dah naik, tak mahu turun.

Pastu ni, tup-tup, lepas 2 minggu minum Ephyra, aku timbang lah. Masa tu kat kampung. Terperanjat tau, macam tak percaya je. Eh… 45?. Biar betul. Fikir-fikir balik, apa yang aku buat sampai berat boleh turun?. Girdle tu pun aku dah jarang pakai. Nak kata rajin joging pun, tak juga. Ada-ada pun tiap-tiap petang aku round satu kolej, jual makanan.

Haha… tiba-tiba teringat Ephyra pula. Ephyra?. Cek balik kat dalam flyers, sah lah. Memang ada tulis kat sini boleh turunkan berat badan. Wink wink. Ok, I like!

Sekarang ni pun, perut yang buncit ni dah tak sekeras dulu. Kalau dulu keras perut ni bila ditekan. Memang lah susah nak kempiskan perut buncit ni kalau ia keras. Tapi sekarang, Alhamdulillah, dah lembik bila ditekan. Hehe… Aku dah terbayang dah, best lah lepas ni perut aku senang lah nak kempis. Sebab lemak degil kat perut ni pun dah pecah kan.

Memang tak payah susah-susah pun nak berdiet dengan adanya Ephyra ni 🙂

Kesimpulan

Ok, basically, itulah dia kebaikan yang Ephyra janjikan dan juga kesannya terhadap aku selepas 30 paket Ephyra aku minum. Kesannya paling nampak ketara pada kulit wajah dan tenaga. Lagi satu kesan yang ketara yang aku alami ialah masalah keputihan. Ha…. memang beres lah. Dah tak ada masalah keputihan lagi. Rasa jauh lebih selesa 🙂

Bagi yang nak cuba Ephyra ni, boleh lah cuba. Aku sendiri pun rasa memang nak teruskan consume Ephyra ni. Sebab memang dah nampak kesan positif pada diri sendiri. Lepas ni boleh lah kempis perut, muka pun boleh bersih nanti. Tak sabar tau nak muka bersih. Jerawat dah lah suka sangat kat muka aku ni. hua huwa…

p/s: Kesan untuk setiap orang tak sama lah kan. Masing-masing punya diri kan. Sebelum ni asyik baca orang kata Ephyra ni bagus, bila sendiri dah minum Ephyra ni, baru tahu, memang bagus pun. Dan memang sungguh bagai di kata. Tak rugi cuba Ephyra. 😀

Bagi yang nak cuba-cuba minum Ephyra ni,

Harga sekotak : RM197.00
Harga 2 kotak : RM394.00

Tapi sekarang nampak kat FB Page Ephyra ada buat promosi. 2 kotak, RM 360 sahaja. Nak grab, meh cepat grab!

Maklumat lanjut mengenai Ephyra, boleh didapati di laman berikut :
Instagram EPHYRA : @ephyra2u
Telefon: 0341417889 atau SMS/ WhatsApp :  019 – 626 3820
Selamat mencuba! 🙂

Baca juga artikel berkaitan ini:

error: Content is protected !!