FORMAT, TIP, CONTOH SOALAN & RUJUKAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN WA41/

contoh soalan akauntan wa41 download jawapan ebook rurukan akauntan

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan dicari-cari oleh calon peperiksaan Akauntan Gred WA41. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas.

Saya akan kongsikan contoh soalan peperiksaan online Akauntan di sini. Tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred WA41. Bukan juga soalan ramalan.

Jawatan Akauntan WA41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Kali terakhir peperiksaan akauntan gred WA41 adalah pada tahun 2017. Sebelum itu, pada tahun 2014. Kini, tahun 2020, sekali lagi SPA mengadakan peperiksaan online Akauntan WA41. Nampaknya, 3 tahun sekali peperiksaan Akauntan diadakan. Jadi, jika anda dipanggil ke peperiksaan Akauntan, jangan lepaskan peluang. Study betul-betul, lulus exam dan layakkan diri anda ke temuduga,.

Untuk memudahkan anda study untuk lulus peperiksaan online Akauntan, anda boleh dapatkan Nota Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Akauntan WA41 di bawah ini :

contoh soalan dan jawayan Akauntan WA41 2020 download

SAYA NAK RUJUKAN AKAUNTAN NI

Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Ujian ini mengandungi 4 seksyen iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

 

Tip Menjawab Soalan Akauntan WA41

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 #1

Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan.

Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

Ini adalah kerana, masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan sangat suntuk. Untuk dapat menjawab semua soalan, calon tidak boleh buang masa berfikir panjang. Untuk satu-satu soalan, calon perlu jawab dalam masa kurang dari 1 minit.

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 #2

 

Soalan berbentuk objektif  yang mengandungi 4 opsyen jawapan dan calon perlu memilih 1 sahaja jawapan yang tepat. Perlu diingat, jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat.

Apabila membaca, anda perlu mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Cara yang lebih mudah, anda tanda pangkah pada jawapan-jawapan yang difikirkan salah terlebih dahulu. Dengan cara ini, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu anda memilih jawapan yang tepat.

 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 #3

Jawab dengan cepat dan tepat. Anda tidak ada banyak masa untuk fikir semasa peperiksaan kerana masa peperiksaan sangat suntuk. Untuk membolehkan anda menjawab dengan cepat dan tepat, anda perlu buat banyak latih tubi. Latih diri anda jawab soalan-soalan peperiksaan online SPA. Anda boleh gunakan himpunan koleksi contoh soalan Akauntan WA41 yang boleh anda download di bawah : 

DOWNLOAD CONTOH SOALAN JAWAPAN AKAUANTAN WA41

KLIK & DOWNLOAD CONTOH SOALAN & JAWAPAN AKAUNTAN  

CONTOH SOALAN AKAUNTAN GRED WA41

contoh soalan akauntan wa41 download jawapan ebook rurukan akauntan

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan W41  #1

Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41  #2

Syarikat Sya Isya Enterprise telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41  #3

Pada 28 Julai 2013, Aziman membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Aziman pada 3 Ogos 2013?

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41  #4

Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?

A. Kos Pembaikan

B. Harga Kos Belian

C. Nilai Skrap Aset

D. Jangka Usia Penggunaan Aset

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41  #5

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan WA41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan

Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;

[+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan WA41

Buat persediaan secukupnya bermula dari sekarang!. Apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat.

contoh soalan dan jawayan Akauntan WA41 2020 download

Nota Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Kejayaan anda, kebanggaan keluarga!. 🙂

Semoga contoh soalan Akauntan WA41 yang kami kongsikan ini dapat membantu anda membuat persediaan peperiksaan nanti. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan. 🙂

You May Also Like..

error: Content is protected !!