Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai 4 kategori tender kerajaan yang anda patut tahu jika anda mahu memenangi Perolehan Kerajaan atau Tender Kerajaan.

Bila sebut mengenai tender kerajaan, perkara pertama anda perlu ingat adalah nilainya di atas RM500,001. Ini paling penting! Kerana ada yang masuk tender meletak harga di bawah nilai yang disebutkan tadi. Ini adalah satu kesilapan yang besar dan tidak harus dilakukan.

4 jenis tender kerajaan

Perkara kedua, tender kerajaan ada 4 kategori.

4 Kategori Tender Kerajaan

1. Tender Terbuka
2. Tender Terhad
3. Tender Secara Pra-Kelayakan
4. Tender Rundingan Terus

Mari saya ceritakan lebih dalam tentang kategori tender ini satu persatu.

Tender Terbuka dan Tender Terhad

Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

1. Tender Terbuka/Terhad Tempatan
2. Tender Terbuka/Terhad Antarabangsa
3. Tender Terbuka/Terhad Bumiputera
4. Tender Terbuka/Terhad Pembuat/Pengilang

Dua lagi kategori tender adalah Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus.

Tender Secara Pra-Kelayakan

Tender Secara Pra-Kelayakan, akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi kerana sebelum tender dikeluarkan, Jabatan perlu menentukan kreteria projek dan kelayakan kontraktor yang akan menyertai tender tersebut.

Tender Rundingan Terus

Bagi Tender Rundingan Terus akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi bagi mendapatkan perkhidmatan perunding (consultant). Jabatan haruslah menguruskan tender ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan dengan menyediakan menyediakan skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor.

Sampai di sini dulu perkongsian saya mengenai Tender Kerajaan dalam artikel kali ini. Jika anda berhasrat untuk memenangi tender kerajaan, saya cadangkan anda dapatkan segera ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.

p/s: Setiap hujung tahun, Jabatan dan Agensi kerajaan akan giat mengeluarkan sebutharga dan tender kerana akaun akan ditutup pada hujung tahun dan semua Jabatan dan Agensi perlu menghabiskan peruntukan yang telah mereka minta.

PANDUAN RAHSIA MEMENANGI PEROLEHAN KERAJAAN

Baca juga artikel berkaitan ini:

BACA JUGA :  Cara Beli Ebook Penolong Pegawai Penerangan S27
error: Content is protected !!