Malaysian Relief Agency (MRA)
Kuala Lumpur
11 Mei 2021
bantuan aman palestin ramadhan infaq alquds
.
๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ฃ๐ข๐ฆ ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐š๐ž๐ฅ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง
.
Malaysian Relief Agency (MRA) ingin mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim zionis Israel ke atas umat Islam di Masjid al Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin sejak beberapa hari yang lalu. Hampir 2000 umat Islam Palestin khususnya di kejiranan Syeikh Jarrah yang sedang menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al mubarak kini dihalau dari rumah dan menjadi mangsa kekejaman serangan tentera zionis Israel. Serangan bersenjata ini juga telah menyebabkan 300 rakyat Palestin mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.
.
Penjarahan dan pencabulan oleh rejim zionis Israel ke atas hak asasi manusia dan prinsip kemanusiaan di dalam undang undang antarabangsa ini adalah amat dikesali. Di dalam persidangan Geneva yang menjadi dasar kepada undang-undang kemanusian dunia telah menetapkan bahawa serangan tidak boleh dilakukan ke atas rumah ibadah, penduduk awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dan pusat yang menjadi tempat di mana kakitangan perubatan merawat mangsa yang tercedera. Namun prinsip asas ini tidak diendahkan. Negara-negara gergasi dunia yang kononnya menjuarai hak asasi manusia hanya mendiamkan diri daripada membuat apa-apa kenyataan malah ternyata mendokong pula dasar apartheid yang dilakukan oleh puak Zionis.
.
MRA ingin menggesa agar serangan yang bertali arus kepada rakyat Palestin dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh puak zionis Israel di Masjid al-Aqsa dan kawasan penempatan Syeikh Jarrah, Baitulmaqdis pada bulan Ramadhan ini harus dihentikan serta merta. MRA juga ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan dan kesaksamaan di antara kedua-dua pihak yang bertelagah perlu diangkat bagi memastikan perjanjian keamanan di Palestin dapat dimeterai. Negara-negara dunia perlu mengutuk perbuatan rejim Israel dan memberikan tekanan undang-undang kepada mereka.
.
.

Bagi mengukuhkan solidariti kepada rakyat Palestin, MRA telah melancarkan tabung infaq bantuan kecemasan al-Quds yang kini telah terkumpul sebanyak RM 60,000, hasil daripada sumbagan orang ramai. Ini bertujuan bagi membantu sebahagian usaha rakyat Palestin serta meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk yang memerlukan khususnya kepada keluarga yang kini telah kehilangan tempat tinggal di Baitulmaqdis. MRA menyasarkan bantuan sebanyak RM 200,000 dapat dikumpul dan dihantar ke sana sehingga berakhirnya Syawal.

.
Untuk makluman, sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, MRA telah menerima sumbangan Ramadhan menghampiri RM 2 juta dalam bentuk tunai, nilaian barangan makanan dan bukan makanan.
.
Segala sumbangan yang diterima telah diagihkan kepada penerima yang memerlukan yang terdiri daripada golongan komuniti terpinggir, asnaf, miskin bandar dan luar bandar, orang asli, OKU, warga emas dan golongan gelandangan melalui 11 cawangan MRA di seluruh negara. Terhimpit akibat kekangan ekonomi yang dirasai akibat pandemik Covid 19, MRA terus gigih membantu di dalam usaha menyampaikan bantuan yang diberi hasil sokongan korporat, yayasan kebajikan dan rakyat Malaysia amnya.
Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban rakyat Palestin di Baitulmaqdis,
โ€œMRA mengalu-alukan sumbangan kewangan ke โ€˜Tabung Infaq Bantuan Kecemasan al-Qudsโ€™ melalui akaun Malaysian Relief Agency Berhad iaituย Maybank (5640 9820 8020)ย atauย hubungi 013-337 1672ย atau layari akaunย Facebook Malaysian Relief Agencyย untuk maklumat lanjut,โ€ katanya.
Dr Mohd Daud Bin Sulaiman,
Presiden.
error: Content is protected !!