Hari ni hari pertama 2022. Masuk je tahun baru, ramai orang pasang azam tahun baru. Ada orang panggil azam, ada orang panggil impian.
Tak kesah lah azam ke, impian ke, tapi yang pastinya, semua orang nak apa yang kita nak tu jadi realiti. Best kan, bila kita dapat apa yang kita nak.
“Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati”.
Haa…. Bila kita ingat mati, memang tak lengahkan masa lah untuk capai apa yang kita impikan.
Sebab mati itu kan pasti. Bila-bila masa je kita boleh pergi meninggalkan dunia yang sementara ni.
Cerita mengenai impian ni, macam-macam impian yang diinginkan. Ada orang nak kereta mewah, nak rumah besar, nak suami soleh, nak isteri solehah, nak anak mithali, nak jadi tetamu Allah tunaikan haji dan umrah, nak buat qurban, nak melancong satu dunia, haaa… macam-macam impian ada. Memang tak larat lah nak senaraikan. Kalau orang bisnes, nak bisnes makin maju, ada team power, ada ramai customer. Macam-macam lah kan.
Apa pun impian yang kita nak, asalkan niatnya baik dan kerana Allah Taala, insyaAllah, kita usahakan lah sampai impian kita tu jadi realiti. Pastilah kita nakkan kejayaan dunia dan akhirat.
Tapi…
Kenapa susah sangat capai impian?
Sebab, selalunya, kita tak jelas dengan apa yang nak dicapai.
Clarity = Power
Bila kita jelas dengan apa yang kita nak buat, maka ianya akan jadi power.
Contoh :
Impian saya nak maju dalam bisnes (Tak Jelas)
Impian saya nak dapatkan keuntungan RM 10,000 pada 30 Januari 2022 (Jelas).
Macam mana pula nak tulis impian yang jelas ni? Ada caranya?
Cara untuk dapatkan target yang jelas.
- Yakin Allah yang berikan rezeki dan jadikan impian kita kenyataan. Bukan atas usaha kita semata-mata.
- Guna formula SMART :
Specific – Nak kereta baru, kereta Vellfire pada 31 Disember 2022.
Measurable – Boleh diukur.
Achievable – Impian yang kita nak capai tu boleh dicapai.
Realistik – Saya nak kahwin dengan puteri bunian (tak realistik). Nak turunkan 10kg dalam masa 3 bulan (realistic).
Time – Bagi masa yang realistik.
Rahsia Capai Impian Lebih Cepat
1.Bersangka baik dengan Allah.
Percaya yang impian kita tu pasti kita boleh dapat. Bersangka baik dengan Allah. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Yakin jadi dengan izin Allah, insyaAllah, impian jadi kenyataan.
Kita percaya yang Allah yang jadikan unlimited resources. Allah yang izinkan semuanya terjadi. Allah Maha Kaya. Semua yang ada dilangit dan bumi ni kepunyaan Allah.
Jadi, kita sandarkan segala harapan kita pada Allah untuk Allah jadikannya realiti. Kita bersangka baik dengan Allah, dan kita bergantung pada Allah. Jangan bergantung pada kekuatan diri sendiri.
Semuanya adalah dengan izin Allah. Kita tak mampu buat dengan kekuatan diri sendiri tanpa kekuatan yang diberikanNya.
Jangan rasa dengan usaha kita yang membuatkan kita berjaya dapat apa yang kita nak. Tetapi, semuanya yang kita dapat, adalah dengan izin Allah. Allah yang berikan kepada kita. Usaha kita, adalah asbab. Rezeki tak pernah salah alamat. Jadi, kita kena sediakan alamat untuk rezeki tu datang kepada kita.
Hak kita adalah usaha. Hak Allah adalah beri rezeki.
2. Selawat 1000x sehari
3. Perbanyakkan Saiyidul Istighfar setiap hari siang dan malam.
4. Setiap kali terlintas je apa yang kita nak, terus berdoa.
Jangan mengeluh, tapi tukarkan keluhan itu kepada doa.
Buang Sikap Ini Untuk Cepat Capai Impian
Andai kita buang sikap ni, insyaAllah kita dapat apa yang kita nak capai.
Apakah sikap itu?
.
.
.
BERTANGGUH.
Perasan tak, selalunya bila kita bertangguh nak buat sesuatu, akhirnya kita tak buat pun.
Jadi, untuk capai impian yang kita nak, terus buat apa yang kita dah rancang dan apa yang kita nak buat. Jangan tangguh-tangguh.
Tangguh-tangguh ni, sedar-sedar dah hujung tahun, dah habis 1 tahun, dah masuk tahun baru. Penyudahnya, impian tahun lepas pun tak tercapai, masuk tahun baru, buat lagi impian baru.
Sedih kan jadi macam ni?.
Maka, marilah kita buat je apa yang kita nak buat dan apa yang kita patut buat. Supaya impian kita dapat capai.
Rasa susah nak istiqamah dan rasa susah nak mulakan kerja? Amalkan baca doa ini. Rujuk video di bawah pada minit ke-7 hingga minit ke-8. InsyaAllah, Allah akan permudahkan kita untuk istiqamah dan beramal soleh.
Doa untuk istiqamah dan berjaya dalam hidup :
Mulakan tulis 101 impian hari ini.
Impian Sya tahun ni, Stileina ada team jahit beg seramai 30 orang pada 31 Disember 2022. Cukup lah menjahit dan bekerja seorang diri selama ini. Tiba masanya untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bisnes. Bisnes secara berjemaah. Bergerak beramai-ramai. Dengan niat untuk membantu 15 orang ibu tunggal dan 15 orang wanita B40 menjana pendapatan yang tetap sekurang-kurangnya RM 1,200 sebulan, dengan kemahiran menjahit beg dan kraf. Latihan Sya akan berikan. Projek jahitan Sya akan berikan juga. Moga Allah terima dan kabulkan impian Sya ini. Bismillah. Aamiin Ya Mujib Ya Razzaq Ya Baari.
Nak join team jahit Sya atau team marketing? Boleh emelkan resume anda ke afrahaventure@gmail.com.
p/s: Sedang hujan lebat ni. Rezeki turun lebat mencurah-curah dari langit. Subhanallah.